Sabtu, 22 Mei 2010
SEJARAH MELAYU DIUBAHSUAI UNTUK TUNDUKKAN KETUANAN MELAYU!
Mc bukan nak mengajar sejarah, Mc bukan nak mengubah sejarah. Mc menulis daripada hasil penyelidikan sendiri dan membaca dari buku-buku dan blog yang banyak memberi pandangan serta fakta sejarah wujudnya Melayu di Malaysia.
Mc pernah memberitahu kepada pembaca mengenai sejarah asal orang melayu yang telah dirompak oleh british. Kini Mc mahu mendedahkan betapa perancang jahat kerajaan British di Malaya mengubahsuai sejarah sebenar orang Melayu hanya untuk tunduk orang Melayu daripada bangun melawan penjajahan British.
Sejarah melayu sebenarnya sangat hebat! sangat panjang dan sampai sekarang masih tidak dapat dibuktikan. Hanya tinggal cebisan-cebisan sejarah yang telah dirompak. Sejarah yang ada kini sebenarnya banyak sudah diubahsuai oleh British. Terutamanya sejarah sebelum merdeka dan asal Tanah Melayu.
British mengubah sejarah asal orang melayu hingga menjadi kedudukan orang melayu sama taraf dengan lainnya. Dizaman pemberontakkan untuk merdeka, ramai tokoh-tokoh melayu zaman dahulu yang menentang penjajah akan tetapi hampir semuanya dikatakan menemui ajal di tangan tentera British, ada yang betul ada yang tidak.
Bukan semuanya mati ditangan British. Samala juga dengan cerita-cerita yang membodohkan orang melayu seperti Mat Jenin, Pak Pandir, Lebai Malang dan yang lain-lainnya. Cerita-cerita begini sebenarnya menunjukkan betapa bodohnya orang melayu dan membuatkan orang melayu yang lainnya tidak berani untuk membuat sesuatu yang luar biasa.
Contohnya cerita Mat jenin, seseorang pemuda kampung yang mempunyai wawasan yang tinggi, akhirnya jatuh mati kerana berangan diatas pokok kelapa. Kenapa cerita ini tidak diakhiri dengan kejayaan mat jenin menjadi usahawan yang kaya. Kerana British mahu menunjukkan kepada semua orang melayu bahawa mereka tidak boleh berangan-angan untuk berjaya, kerana nanti pasti akan sia-sia.
Kaum Melayu yang saban hari dimomokkan dengan cerita-cerita bahawa melayu takkan berjaya, akhirnya menjadi lemah dan tidak yakin bahawa bangsa melayu boleh memerintah negara dan membawa Malaya kepada kemerdekaan. Cerita tentang kemerdekaan Malaya, British sebenarnya tidak pernah sangka bahawa mereka akan kalah kepada Jepun. Menangnya mereka disebabkan BOM di Hiroshima dan Nagasaki, kalau tidak sampai kesudahla kita masih dibawah Jepun. British melepaskan Malaya dulu pun disebabkan mereka sudah tidak mampu menjaga jajahan mereka yang amat besar.
Ketika itu pula banyak jajahan British yang sudah memberontak dan pentadbiran British di London juga sudah lemah akibat peperangan dunia kedua. Hasilnya, Malaya dimerdekakan atas usaha bersama yang didokong oleh UMNO. Hinggalah sekarang melayu masih memegang teraju. Tapi taktau la sampai bila. .jika masih ada melayu yang tidak sedar bahawa hak mereka sedang dalam usaha digadaikan oleh puak melayu yang tidak sedar diri.
MctHeory:
Kita sudah hilang sejarah diri, jangan pula sampai kita hilang harga diri!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
SLM BRO...PSL TU LA ADA ORG MELAYU SANGGUP JADI MAT JENIN 16 SEPT WLAU PUN TERPAKSA MENGADAIKAN MARUAH HARGA DIRI..ADOIYAIII
salam tuan...
saya juga bersetuju dengan tuan bahawa sejarah melayu telah diubah-ubah demi kepentingan british.
kalaulah mat jenin itu mati jatuh dari pokok kelapa, bagaimana kita sekarang ini tahu apa yg difikirkan mat jenin ketika memanjat pokok kelapa...
pastinya mat jenin itu tidak mati jatuh dari pokok kelapa kerana dia sempat memberitahu tentang buah fikiran ataupun wawasannya kepada org lain...
sejarah disekolah perlu diubah bagi menceritakan kehebatan ketamadunan melayu itu sendiri.
betui tu bro jeff dan kawie2020
Kapaktajam, mencadangkan kita dok pakat2 perbetolkan senua ini. Ketuanan Melayu wajib dipertahankan jika mahu ISLAM terbela. Di Malaysia dh sinonim bahawa Melayu tu Islam, kuatnya Melayu kuatlah Islam.
Catat Ulasan