Khamis, 13 Mei 2010

LOMPAT PARTI! ANTARA CITA-CITA DAN REALITI!


Hehe! Topic menarik pagi ni, lompat parti! antara cita-cita dan realiti. Kecoh sekarang ni bahawa geng UMNO kat Alor Star sekarang ni dalam perancangan nak lompat masuk Pas. Pas pula dok heboh sana-sini kata depa dah dapat lagi orang UMNO nak masuk parti depa.

Mc tak nafikan bahawa ada orang UMNO masuk Pas. Fenomena ni dah bermula sejak 2008 lagi. Kebanyakan ahli UMNO yang berpaling tadah kepada Pas baru-baru ini sudahpun berminat masuk kedalam Pas sejak pilihanraya umum ke12. Kalau pembaca semua masih ingat, bukan kata masuk Pas. UMNO masuk PKR pun banyak, berduyun-duyun masuk dan sekarang ni berduyun-duyun keluar.

Cuma ahli UMNO masuk Pas yang dihebohkan baru-baru ini ialah ahli UMNO yang dah lama tak aktif dalam UMNO. Kawasan-kawasan yang disebutkan itu juga merupakan kawasan kuat Pas. Mergong dan Alor Mengkudu merupakan kawasan bersebelahan dan berhampiran dengan Gunung Keriang yang merupakan markas besar Pas.

Boleh katakan kawasan-kawasan ni merupakan kawasan hitam bagi UMNO. Kalau betul ada ramai ahli UMNO yang menyertai pas, sila dedahkan identiti mereka. Untuk pengetahuan saudara pembaca. Sejak dari awal tahun ini, UMNO sudah pun melakukan pembersihan ahli.

Pembersihan ahli bermaksud, bagi ahli yang tidak aktif, keluar parti, berpindah atau sudah lama tidak dapat dihubungi akan dibersihkan dari senarai ahli. Mc percaya ahli UMNO yang kononnya masuk Pas ni, bukanlah ahli UMNO yang aktif dan mungkin juga mereka sudah lama meninggalkan UMNO cuma baru umumkan keluar parti.

Ini semua permainan Pas Kedah. Pas Kedah percaya bahawa akan ada adun Pas dan PKR yang akan lompat kepada UMNO, sebab itulah mereka mula membuat cerita berbagai bagi menaikkan moral penyokong Pas di Kedah. Hakikat sebenar, Azizan Taici sudah pun ketaq lutut dengan penangan berani Ahmad Basha. Depa janji nak buat kejutan 28 Mei, kita tengok sapa yang kena!

MctHeory:
Jom turun Kedah! Lama tak balik Kampung!

Tiada ulasan: