Ahad, 9 Mei 2010

PRK SIBU: DAP KUASAI KAUM CINA!



Huh! dah lama juga Mc tak update Blog Mc ni. Almaklumlah, agak sibuk dengan kerja. Mc ni sekadar part-time blogger bukannya full time yang berbayar. Berblog pun untuk kongsi pengetahuan Mc dengan pembaca dan blog lain mengenai salahlaku kumpulan Anwar al-jubs, Kumpulan Wali selipar dan geng komunis Malaya Kit Siang yang sering menipu rakyat Malaysia sejak dahulu kala lagi.

Hari ni kita berbincang mengenai PRK Sibu. Ini pertama kali Mc berbincang mengenai PRK Sibu, pertembungan tiga penjuru, diantara Robert Lau Jr (BN), Wong Hong Leng (Dap) dan Narawi Haron (Bebas). Mc pun agak kurang arif mengenai keadaan politik di Sarawak, cuma mendengar cerita dari rakan-rakan Mc.

Apa yang Mc dengar ialah, walaupun Dap membuat kenyataan bahawa mereka hanya ada peluang 40 peratus, hakikat sebenarnya ramai kaum cina yang mula berpihak kepada mereka. Kit Siang amat bijak dalam perang minda yang mahu komponen BN menjadi leka dengan kenyataannya lalu terus melancarkan kempen demi kempen dan ceramah ke kubu kuat BN.

Kemenangan BN di Sarawak bukannya berlandaskan kekuatan parti tetapi pada kepopulariti lambang dacing dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud. Jika Dap berjaya menganggu gugat keyakinan rakyat kepada kerajaan Sarawak sekarang, tidak mustahil peluang mereka untuk memenangi kerusi parlimen kali ini adalah cerah.

BN Sarawak pula bagaikan terlalu yakin, hinggakan kempen mereka agak perlahan berbanding dengan pihak lawan. Pas, PKR dan Dap walaupun di Sarawak mereka agak kurang bersatu, tetapi demi untuk menentang BN Sarawak, mereka sanggup bergolok bergadai dalam PRK kali ini.

Jika BN kalah di Sibu, ini bermakna Pakatan mempunyai harapan cerah untuk mengugat BN di Sarawak. Jika BN teruskan dengan kemenangan. Harapan untuk Pakatan bertapak kukuh di Sarawak bakal tinggal kenangan. Paling penting BN perlu memikat hati pengundi kaum cina yang sudah terpengaruh dengan tipu helah Dap. Permainan lagu lama oleh Dap, berjaya memikat hati mereka.

MctHeory:
Laporan seterusnya akan menyusul!

4 ulasan:

light berkata...

salam, peluang BN nak menang kat Sibu O% sebab Cina Serawak akan memberi undi sepenuhnya kepada DAP.Faktor skandal Ketua Menteri yang melibihi Raja menjadi halangan kpd BN.Keluarga dia yang paling berpengaruh terutama projek kerajaan Persekutuan dan juga projek di Kerajaan Negeri. Sikap ini amat di benci oleh penduduk disana. Oleh itu jangan lan kerajaan BN nak janjikan apa apa , cukup dengan apayang telah dirancang . Bangsa yang tak mengenang budi ni tak perlu diberi pertolongan berlebihan.

Tanpa Nama berkata...

ungkapan rasis. baguslahtu.
wahai si pencacai dan si pengikut peminum todi segar, bn mempunyai harapan yg cerah kerana org cina sarawak beza dari di semenanjung. walaupun dipandang rendah oleh puak rasis umno mereka tetap bersama BN sarawak

IES Agencies berkata...

BREAKING NEWS: Anti KJ can save you from lung problems and other diseases

JoN berkata...

selalunya bila tiba DAPig ke mana2 tempat pasti akan ada masalah berbau perkauman..sebelum DAPig datang x dengar sangat masalah2 perkauman, tp pabila lahanat2 DAPIg ni muncul suasana gerenti akan keruh seketika..
jd apa agenda DAPig ni sebenarnya..
jgn termasuk jerat DAPig ni... islam ke kristian ke kena buka mata luas2...

(Tango in scope)