Isnin, 3 Mei 2010

TABIK SPRING KEPADA MP P.KAMALANATHAN!


Fuhh. . dahsyat betul ahli parlimen kita yang terbaru ni. Bersungguh buat kerja bantu rakyat. Kalau tak silap Mc baru 11 hari P.Kamal jadi ahli parlimen tapi dah setiap sudut Hulu Selangor beliau dah pergi melawat.

Dari bandar ke kampung, dari kampung ke Felda, segala pelusuk dan ceruk sudah beliau turun. Pasar malam, pasar raya, pasar pagi, pasar petang semua beliau dah bertanya kabar. Melayu, cina dan india beliau langsung tak kisah. Nampak sangat jiwanya betul-betul pegang semangat 1Malaysia.

Nampak sangat warga Hulu Selangor tidak silap pilih calon mereka. Apa pun Mc kasi tabik spring pada P.Kamal kerana berusaha keras bagi mengambil hati dan memenuhi janjinya sebagai ahli parlimen Hulu Selangor.

Mc minta supaya P.Kamal teruskan semua usaha dan agenda kerajaan BN di Hulu Selangor sekaligus mengekalkan kecemerlangannya disana. Jalan masih jauh, pelbagai rintangan akan mendatang. Nescaya dalam suka atau duka P.Kamal kena hadapinya dengan tenang.

MctHeory:
Pembangkang takkan senang melihat apabila kita senang!

Tiada ulasan: