Rabu, 16 Jun 2010
KERAJAAN DAP PUPUSKAN PANTAI PELANCONGAN DI PULAU PINANG!
Kerajaan Dap Pulau Pinang begitu sibuk memajukan Pulau Pinang hingga mereka lupa akan khazanah sebenar yang begitu berharga di Pulau Pinang. Jika anda mahu melancong ke Pulau Pinang, apa yang anda fikir dahulu? Anda tentu teringat pantai Batu Feringgi dan Teluk Bahang. Mc dimaklumkan bahawa pantai-pantai di Pulau Pinang sekarang sudah hampir pupus. Ini disebabkan kerakusan kerajaan negeri membenarkan para pemaju membangunkan kawasan persisiran pantai.
Cuba anda fikir, sememangnya tanah dipersisiran pantai adalah tinggi harganya. Boleh mencecah ratusan ringgit sekaki. Bagi pemaju perumahan ataupun penghotelan ini adalah peluang keemasan, walaupun tanahnya mahal, tetapi disebabkan kawasan yang strategik dan pemandangan yang menarik, semestinya menjadi rebutan golongan berada untuk memiliki rumah yang mahal sebegitu.
Bayangkan jika semua kawasan pantai dibangunkan oleh kerajaan negeri, apa yang tinggal kepada rakyat Pulau Pinang? bagaimana pula dengan industri pelancongan? Bukan semua mampu berkunjung ke hotel mewah, bukan semua mampu memiliki rumah yang ratusan ribu. Mc berminat untuk membuat posting ini apabila Mc terbaca satu laporan didalam akhbar The Sun yang mengisahkan kemarahan rakyat Pulau Pinang kepada kerajaan negeri yang membangunkan tanah dipersisiran pantai.
Temubual dengan penduduk sekitar juga dilakukan bagi mengenal masalah sebenar. Kebanyakkan penduduk tidak bersetuju bahawa tanah persisiran pantai dibangunkan, nak bangunkan boleh, tapi ada hadnya. Ini tidak, habis semua disapu bersih. Malah beberapa warga asing yang membeli rumah disekitar batu Feringgi sudah pun membuat keputusan untuk menjual rumah masing-masing kerana rumah mereka terlindung dengan bangunan yang baru dibuat.
Mengikut kata warga asing, mereka membeli rumah dan menetap di Pulau Pinang kerana pantainya yang bersih dan cantik, apabila pantai sudah tiada dan pemandangan semulajadi juga sudah tercemar dan terlindung, apa gunanya lagi mereka menetap disini. Ada yang bercadang mahu pindah ke Thailand seperti di Kerabi atau Patthaya kerana pantai disana bersih dan cantik juga merupakan tarikan utama pelancong.
Jika semua pelancong dah lari, apa yang tinggal lagi di Pulau Pinang? Kerakusan Kerajaan Negeri membuat projek tepi pantai umpama mahu menyapu bersih segala yang ada sebelum PRU ke 13. Mungkin mereka dah tahu bahawa rakyat Pulau Pinang mesti menghalau mereka keluar pada PRU nanti. Oleh itu mereka sapu dulu mana yang sempat.
Ada juga laporan yang mengatakan pantai di Pulau Pinang sudah tercemar teruk akibat pembangunan, nak baca klik sini. Mungkin tak banyak orang yang tahu akan kisah ini. Blog Mc membuka bicara terlebih dahulu, jika ada berita terkini mengenai hal ini, Mc akan kemaskini padap post yang akan datang.
MctHeory:
Apa kebaikkan Dap kepada rakyat Malaysia? Sapa tahu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
ALOOO BEWAK MCTHEORY.........
AKU GHASA BEWAK MCTHEORY KENA PI TEST OTAK HANG KAT WAD GILA.....
TAKUT HANG KENA PENYAKIT PSYCHOSIS.
AWAT BEWAK DOK KALUT KIJA DEPA. KAN PRU 12 DEPA MENANG, DEPA ADA HAK UNTUK WAT SESUATU YANG DEPA PIKIAQ LEBIH BEIK UNTUK RAKYAT.
TENTU LA PALA OTAK BEWAK TAK SAMA NGAN PALA OTAK MAKNUSIA. HORMAT LA SIKIT. KALU PUAK2 BEWAK MENANG KELIK PRU 13 NANTI, BEWAK SODOK KELIK LA KALU NAK WAT PANTAI PERANGINAN SECANTIK MANA PON.
he he he
altarbiatun fil beewakun
Sekarang topic salahguna kuasa merosakkan pantai. bincang hal ini dahulu, jangan buka hal lain. Bangkai betul ko lord!
mmg bangkai mamat sorang ni..cakap cam sial..pas2 gune ayat quran..buat la cam2,nnt jawab la kat akhirat sok..
Catat Ulasan