Selasa, 22 Jun 2010

PAKATAN RAKYAT PASTI AKAN MENANG PRU JIKA?.....


Bendera menjadi menjadi ukuran undi terbanyak...



Lihat saja gambar diatas, bersepah-sepah bendera.



Kalau dikumpulkan, mau dekat dua tiga juta bendera ni. Lebih Bendera dari orang.


Gimik tu penting! Saiko lagi penting!. Agaknya taktik pembangkang dengan meletakkan bendera banyak-banyak dikawasan tertentu, boleh mengecutkan hati parti yang lawan dengannya. Bagi mereka yang tak faham dengan politik ni pasti akan terkejut dan terpinga-pinga dengan perkembangan terbaru di Selangor. Apabila parti politik yang dah tahap nazak ni mula pasang bendera banyak-banyak.

Jika dulu taktik pasang bendera bersepah ni cuma dibuat oleh Pas. Kini rakan baik mereka dalam Pakatan Haram iaitu PKR dah mula belajar. Banyak kawasan yang penduduknya melayu, sudah dihujani dengan bendera-bendera PKR yang bersepah disana-sini. Yang menjadi persoalannya, tak ada pula pihak berkuasa yang mahu membuang bendera yang bersepah buat sakit mata tu.

Mungkin mereka boleh bagi alasan tidak menyedari dan tak perasan kot. Tapi dah hampir 4 bulan bendera dok terpacak sepanjang jalan, kami rakyat tengok pun naik semak. Agaknya kalau Mc pergi pasang bendera BN, berapa lama boleh tahan? Jawapannya Hari ni pasang, esok petang dah hilang la.

Kalau dah rasa kuat, tak payah la pasang bendera banyak-banyak. Bendera bukan boleh pergi mengundi pun. Simpan duit bendera tu untuk Anwar pergi enjoy dengan rakan-rakan yahudinya diluar negeri lagi bagus.

MctHeory:
Ahhh!...sakitnya mata ku!

Tiada ulasan: