Isnin, 7 Jun 2010

Perlunya ‘Kongres’ menyatupadukan ummah



UMAT Islam di Malaysia hari ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan ancaman yang menyesakkan. Daripada permasalahan yang dicetuskan arus gelombang ‘Islam liberal’, ajaran-ajaran sesat yang berleluasa,

bawaan fahaman-fahaman luar yang mengelirukan (yang ada perbezaan tertentu berbanding fahaman mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah), hinggalah kepada perpecahan yang tercetus gara-gara kefanatikan politik yang melampau.

Lantaran dari itu, umat Islam dilihat bagaikan hilang punca, lemah dan tidak lagi mempunyai kekuatan iman yang sejati. Jauh daripada menjadi model akhlak kepada penganut-penganut agama lain, pencapaian Islam dilihat mundur serba-serbi sementara generasi muda pula dilihat semakin lari dari nilai dan penghayatan roh Islam. Apa yang dibimbangi tentunya ialah kesan buruk terhadap masa depan Islam dan Melayu selaku tunggak utama peneraju negara.


Menjiwai Erti Kata Mentauhidkan Allah

Hakikatnya, kesemua isu ini timbul oleh kerana kegagalan kefahaman dan pendefinisian Islam itu sendiri. Seandainya dari aspek pentauhidan Allah dan kekuatan akidah itu sendiri pada asasnya lesu, luntur dan kucar- kacir, bagaimanakah mungkin penjiwaan Islam yang hakiki mampu hadir dalam terjemahan realiti?

Inilah silapnya. Di sinilah hadir puncanya.

Bagi golongan muda-mudi, dapat dilihat bagaimana rapuhnya iman dan kekuatan jiwa mereka yang mudah ‘diresapi’ oleh hiburan Barat, budaya kuning dan liar yang melalaikan serta terlibat dalam pelbagai jenayah serta gejala sosial.

Bagi yang berpelajaran, dek kerana asas akidah yang tidak kukuh, sesetengahnya teraba-raba mencari erti kata rasional yang berakhiran dengan melibatkan diri dengan ajaran-ajaran sesat dan fahaman-fahaman yang menyimpang atau terlalu berbeza daripada pandangan-pandangan dalam mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lebih buruk dari itu, ada yang dikatakan terjerumus ke dalam gejala yang lebih dahsyat seperti murtad.

Dari kalangan kumpulan umur yang lebih ‘senior’, masalah kefahaman Islam pula terbentuk gara-gara mentaliti ‘ikut-ikutan’ yang telah terpupuk dalam minda masyarakat Melayu sejak sekian lama. Fenomena mentaliti ‘ikut-ikutan’ ini menyebabkan kurangnya minat penggalian dan sintesis ilmu.

Kesan dari itu, terjadilah perlakuan taksub membuta-tuli, semberono dan ‘ikut apa saja’ oleh segelintir umat Islam terhadap ‘imam yang dianuti’ sekalipun yang diserunya ialah ke arah perpecahan ummah!

Dalam masa sama, musuh-musuh Islam juga tidak pernah leka merencana pelbagai gerakan yang bertujuan memecah belah dan menjahanamkan Islam. Ia dimulai dengan pewarisan sistem ‘divide and rule’ yang disemai ketika era penjajahan, penyebaran dakyah-dakyah modenisasi yang meninggi-ninggikan budaya Barat, gerakan-gerakan tersusun ‘bawah tanah’ hinggalah kini pula strategi ‘penjajahan alaf baru’ dan penggunaan helah muslihat menggunakan ‘pemimpin boneka’.

Hakikatnya, kalau dari aspek asas sendiri kita telah gagal untuk menjiwai roh Islam, tentulah sukar untuk menangani cabaran-cabaran Islam dari luar yang lebih besar. Justeru, kita kini sebenarnya terdesak di suatu posisi yang menuntut supaya kembali kepada kebenaran Islam.


Kembalikan Roh Islam Melalui Kongres Perpaduan!

Atas kesedaran inilah saya terfikir, alangkah baik sekali kalau-kalau ada usaha dalam bentuk simposium dan perhimpunan yang mampu menyatupadukan kembali umat Islam.

Mesej suci 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak hakikatnya akan lebih mudah dilentur dan dipupuk dalam jiwa masyarakat Malaysia seluruhnya, jika keutuhan perpaduan Melayu dan penjiwaan Islam dapat direalitikan ke tahap terbaik dan paling perkasa terlebih dahulu.

Kongres sebegini, jika diadakan tidak mustahil bakal menjadi suatu medium dan instrumen pemangkin, menyedarkan umat Islam terhadap cabaran dan ancaman yang terbentang. Sekali gus mengajak umat Islam kembali kepada Allah dan ajaran-Nya yang sejati.

Kalau hendak dirujuk sepanjang tahun lepas dan isu-isu berkaitan kepentingan Islam pada awal tahun ini, ramai yang pasti bersetuju bahawa kongres sebegini sebenarnya perlu diadakan pada peringkat nasional supaya impak mesejnya lebih meluas.

Namun sebagai permulaan, ada baiknya juga kita mula ‘bertatih’ di negeri-negeri yang berkecamuk. Jika hendak katakan saya prejudis dan memihak pun tidak apalah, tetapi pada saya negeri-negeri yang huru-hara secara nyatanya adalah negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang!

Ambil sajalah contoh seorang Ahli Parlimen pakatan pembangkang yang baru-baru ini mencabar Mufti Perak meletak jawatan kerana kenyataan ikhlas beliau demi perpaduan umat Islam. Siapa beliau hendak mencabar Tan Sri Harussani dan lebih penting lagi apa kelayakannya hendak menegur? Sedangkan teguran Harussani nyata terang-terang atas kapasiti mufti dan demi kebaikan semata-mata!

Lantaran itu, memulakan usaha suci ini di negeri-negeri tersebut dilihat sebagai kritikal. Insya-Allah, kalau hati jujur ikhlas dan semangat pula kekal tabah, masa pasti akan membuktikan cita-cita ke arah kesatuan ummah dan masa depan Islam yang cemerlang akan menjadi realiti jua.

Seterusnya meletakkan ummah ke atas landasan kemajuan yang sempurna; tidak hanya pada ekonomi kukuh dan teknologi ampuh, tetapi juga pencapaian masyarakat Malaysia yang tinggi akhlaknya!

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

MctHeory:
Satu lagi tulisan menarik untuk kita baca dan berfikir!

3 ulasan:

Wake UP! berkata...

Satukan umat Islam di Malaysia agar mereka lebih kuat dan ditakuti oleh musuh Islam di Malaysia ini.

Lies by the Israeli terrorists.

lord ried berkata...

ALOOOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU...

BEWAK2 SUMA CAYA KA LANI ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM? SAPA2 YANG DOK ATAIH JALAN ISLAM DEPA ADALAH MENGIKUT ARUS. SAPA2 YANG DOK ATAIH JALAN ISLAM SUKU POLITIK SUKU, DEPA ADALAH MELAWAN ARUS.

YAHUDI DAN NASARA YAKIN BAHWA ISLAM AKAN BANGKIT AKHIR ZAMAN.SABIK TU LA DEPA BUAT MACAM2 SUPAYA BULIH MEMPERLAHANKAN KEBANGKITAN ISLAM.AKIDAH ISLAM DEPA TAKLEH NAK GODAM OOOIII...
DEPAN RANCANG PROGRAM2 LAGHA YANG BULIH MENCELAGHUKAN AKIDAH. ADIK2 BEWAK TAU DAK RANCANGAN TUH......
TAK LEIN DAN TAK BUKAN 1. PAKAIAN 2. SUKAN DAN PERMAINAN DAN 3. HIBURAN. SUMA KETIGA2 MEDIUM NI
DIULI, DIGAUL DAN DIHIGHLIGH BEGITU GHUPA SUH KITA LALAI NGAN RANCANGAN DEPA TUH.SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN DEPA BUKAN SAJA LAGHA TAPI ADA JUGAK YANG SYIRIK. CONTOHNYA LARIAN OBOR. ADIK2 BEWAK TAW DAK LARIAN OBOR TU ADALAH UPACARA PEMUJAAN DEWA OLYMPUS DALAM SUKAN OLYMPIK DI ROME. INI BERSESUAIAN NGAN MAKSUD AYAT" YAHUDI DAN NASARA TAKKAN BERDIAM DIRI SEHINGGA KAMU MENGIKUT MEREKA"

SEDAQ ATAU TIDAK ADIK2 BEWAK, DI MALAYSIA EJEN UNTUK MERUSAKKAN AKIDAH ORANG MELAYU ADALAH PARTI BEWAK......SABIK SUMA RANCANGAN2 YAHUDI DAN NASARA ITU MASUK KE MALAYSIA MELALUI UMNO. TAK CUKUP NGAN PENYANYI TEMPATAN...JEMPUT GEMULAH MAIKEL JEKSEN.

ADIK2 BEWAK TENGOK LA SAPA2 YANG BERGIAT DAM KETIGA2 BIDANG NI MISTI MUDA2 LAGI DAPAT GELARAN DATUK. KALU USTAZ2 YANG BERJASA NGAN ISLAM....... NAK MAMPUIH PON TAK BAGI GELARAN DATUK... RUGI KOTA JER.

BENGONG LA ALI RUSTAM BAGI PINGAT KAT SHAH RUKH KHAN, SABIK JASA SHAH RUKH KHAN TU BANYAK JASA KAT MELAKA TUH. DAPAT JUGAK SEMAH KATIB TU PELUK SHAH RUKH KHAN TU.

he he he
gurau ngan puak2 bewak

McTheory berkata...

lord ried!

ya adik2 bewak tau sangat la abg bangkai woii. .