Jumaat, 18 Jun 2010

USTAZ PAS USTAZ MEE SEGERA!



Kepada pembaca, anda faham apa itu mee segera? Pasti ramai yang faham bukan, satu makanan segera yang amat mudah dimasak. Dalam 2 minit dah masak dan boleh dimakan. Cuma makanan segara ni tidak baik untuk kesihatan kerana ada bahan pengawet, rencah yang tak berkualiti dan msg sebagai penyedap.

Mc bukan nak bercerita tentang makanan, cuma ini gambaran untuk makanan segera, bagaimana pula dengan ustaz-ustaz segera yang berada di masyarakat kita sekarang? Mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak.

Ustaz-ustaz ala mee segera ni amat mudah untuk didapati. Semakin bersepah didalam masyarakat kita. Ia seperti juga mee segera, benda segera ni memang banyakla keburukannya dari kebaikkan.

Bukan Mc nak menghina orang yang pangkat ustaz. Mc cuma nak pembaca dan masyarakat menjauhi ustaz-ustaz mee segera yang tidak mempunyai tauliah ustaz, tetapi lagaknya pandainya Masyallah. .serupa belajar di Al-Azhar daa.

Ustaz-ustaz begini banyak dalam Pas, maunya tidak. Tandatangan borang Pas, pakai lebai atau kopiah, pergi masjid 4 atau 5 kali, mengadap terlopong mulut kat ceramah Pas, takbir tak tentu hala, tiba-tiba esok naik pentas cakap pasal agama. pehh. .tak segera ka nama dia tu.

Ustaz segera yang maksudkan ini sebenarnya golongan yang berlagak alim dan kononnya pandai dalam agama, sedangkan jika diselidik latar belakangnya. Sekolah Menengah pun tak lepas, kursus tauliah dan pengajaran agama Islam pun tak pernah pergi tapi bersyarah bukan main terer, hentam sana, hentam sini, kiranya bab agama dia sorang saja la pandai, orang lain semuanya tak betul, dahsyat-dahsyat.

Bila dalam masyarakat, golongan ni yang pakai lebai dok lepak kat kedai kopi sambil main dam atau dok belek tiket ekor (4D), pastu dok kutuk sana-sini, itu tak betul, ini tak betul.

Golongan ustaz segera ni di peringkat pemimpin pula lagi bahaya. Bila sesuatu isu keluar kita akan lihat golongan ustaz-ustaz segera ni la yang akan bagi fatwa yang bukan-bukan dulu. Biasa la tin kosong akan berbunyi kuat dari tin yang penuh. Kosong serupa otak mereka juga.

Contoh ustaz-ustaz segera ni serupa Mat Sabu, Mahpuz, Akhil Hayz, dan banyak lagi dalam puak Pas. Tauliah agama takdak, tapi bab agama, mereka ni memang pakar. Mufti atau tokoh agama yang dilantik pun kalah. Apa mereka cakap semuanya betul tak pernah la dia kata tak betul.

Oleh itu Mc harap masyarakat Malaysia lebih cerdik memilih yang mana intan yang mana kaca, yang mana tokoh agama sebenar dan yang mana ustaz segera. Mufti Perak Dr. Harussani, Ustaz Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah dan ramai lagi tokoh yang dilantik merupakan tokoh agama yang sebenar dilantik oleh kerajaan dan mempunyai tauliah untuk mengajar agama.

Jauhkan diri dari ustaz mee segera kerana mereka ini pemusnah masyarakat dengan dakwah mereka yang songsang dan syok sendiri, dakwah mereka hanya untuk kuasa, duit dan parti Pas semata-mata.

MctHeory:
Boleh dikatakan, benda segera ni memang tak bagus, patut buang je jauh-jauh.


p/s: ulang post!

1 ulasan:

Wake UP! berkata...

Perangai suka menipu pemimpin PAS sama dengan perangai suka menipu pemimpin DAP dan PKR.

Patutlah boleh berkawan dengan syaitan.