Nampaknya isu felda bankrap masih belum selesai, malah isu ini akan menjadi semakin buruk apabila ada pihak dari PKR yang masih belum mahu mengalah dan cuba menegakkan benang yang basah.
Nampaknya Mazlan Aliman masih belum takut untuk menyebarkan fitnah walaupun dia tahu dengan fitnah yang akan mereka edarkan itu akan memecahbelahkan orang melayu. Beliau lansung tidak sedar, bangsa lain hanya memerhatikan dan ketawa bila melihat orang melayu bergaduh sesama sendiri.
Semalam, Mazlan dengan bangga membuat sidang akhbar untuk mengedarkan risalah bertajuk 'Felda Bangkrap' secara percuma dan akan di edarkan ke seluruh negara. Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran, mengapakan Mazlan bersungguh-sungguh hendak menabur fitnah ini, walaupun beliau tahu Felda dan Kerajaan Malaysia telah menafikannya? Akhbar Suara Keadilan juga akan di saman sebanyak RM 200 juta dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibicarakan.
Saya percaya, ramai yang menantikan saat apabila perbicaraan saman fitnah ini berlansung kerana pada ketika inilah kita akan dapat melihat segala fakta dari Felda dan Kerajaan Malaysia akan di kemukakan. Saya percaya dan yakin, segala kekusutan dan persoalan akan terjawab dengan terperinci berkaitan untung rugi Felda. Kesemua jawapan sudah semestinya akan keluar kerana Suara Keadilan sudah pasti akan datang bersama peguam-peguam mereka yang hebat. Agaknya, kalau Karpal Singh sihat, mungkin beliau juga akan hadir sama.
Persoalan demi persoalan timbul terhadap Mazlan yang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan fitnah. Antara persoalan yang bermain di fikiran saya adalah seperti berikut :
1) Mengapakah Mazlan sudah tidak sabar-sabar untuk mengedarkan fitnah ini? Tak bolehkah beliau tunggu dulu sehingga perbicaraan saman ini di bicarakan kerana semua persoalan beliau akan dijawab semuanya?
2) Untuk mencetak dan mengedarkan risalah FITNAH ini memerlukan perbelanjaan. Siapakah dan dari manakah Mazlan mendapatkan peruntukan untuk mencetak risalah ini?
3) Mengapakah sejak kebelakangan ini, fokus yang di berikan pada Felda adalah lebih berbanding dengan agensi milik kerajaan yang lain seperti RISDA, FELCRA dan sebagainya?
Sepatutnya sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang hampir tiba, adalah lebih baik beliau mencetak risalah yang boleh menyatukan Islam dan orang melayu. Pahala pun dapat namun bala yang beliau cari. Agaknya beliau dah tak sabar-sabar nak tunjuk kepada kepimpinan PAS yang beliau sesuai untuk jadi calon untuk PRU yang akan datang.
Jangan sampai di atas perbuatan Mazlan pada masa sekarang akan menyebabkan Felda runtuh pada masa kan datang. Pada masa itu bangsa lain pula sudah mengambil alih Felda dan peneroka pada masa itu sudah merempat di tanah milik sendiri. Pesanan saya pada Mazlan, sudah-sudahlah tu menabur fitnah terhadap Felda. Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba, apa kata pergilah buat umrah di Mekah dan bertaubatlah pada Allah. Insyaallah Allah akan beri petunjuk kepada hambaNya yang ikhlas mencari keredhaanNya. Kalau ke sana nanti, bolehlah menetap kat Hotel milik Felda dan makan kat restoran D'Saji. Mana tahu, pengurusan Felda boleh sponsor makan ke...
Sumber Anti Fitnah
P/s: Orang macam mereka ni, bukan kisah pun kalau Agama dan Bangsa tergadai. Janji dapat puaskan nafsu politik mereka sudah la.
MctHeory:
Alaa..PKR dan PKM kan tak jauh bezanya.
4 ulasan:
si penceramah tu kata.. felda ni tuan puan dah ada kapal angkasa kat russia nun.. abis duit rakyat tau tak.. pot pet pot pet fitnah fitnah fitnah.. yang mendengar lak.. betui betui.. ui betui betui.. (apa punya benggong pas ni.. fitnah je kejenya syok sgtker.. buang lah kopiah tu pakai cap terbalik baru betui..)
Apa yang Suara Keadilan tulis tu, tu cuma provokasi tuan.. Bukan betul pun. Felda memang untung, tapi bukan menguntungkan.
Keuntungan Felda sangat rendah kalau dibanding dengan aras industri. RM200 juta tunai tu dikira amat rendah sebenarnya, dibandingkan dengan jumlah keluasan ladang yang felda ada. Jika ratio pada syarikat ladang kelapa sawit lain macam Wilmar, tu kira memang ciput sangat.
Tu yang dibangkitkan SK tuan..
Jln Ledang ke Kg. Gelam...
Bro Mc...
Ko tibai je mamat tak sedar diri abis2. Kasi flying kick biar terbaring tak bangun-bangun. Mazlan ni bingai, bangang dan dungu.
Bro... cuba ko selidik sikit Mazlan ni ada labur tak dalam saham KPF yang amat-amat menguntungkan para peneroka FELDA yang melabur dalam saham tersebut. Kalau dia tak buat itu tandanya dia tak tahu yang FELDA amat menjaga kebajikan peneroka.
Selain drpd tu, FELDA ada offer tanah-tanah lot untuk generasi kedua. Cuba selidik ada tak Mazlan rebut peluang ni?
Najib pun dah buat pengumuman untuk saham KPF buat generasi kedua sebanyak RM250 000. Sekali lagi Mazlan ada tak buat pelaburan?
Akhir sekali FELDA ada mengeluarkan pinjaman dengan bayaran bulanan pinjaman yang amat rendah untuk pengubahsuaian rumah. Bayarannya tak sampai pun RM200 setiap bulan. Ada Mazlan mohon pinjaman ini bagi pihak ibu bapanya yang mana dia sebagai penjamin.
Kalau Mazlan tak de buat perkara-perkara yang saya sebut di atas, saya harap agar Bro Mc benamkan saja Mazlan ni sampai tujuh petala bumi ...
Spesis tak tahu diuntung. Satu FELDA dengan hantu kum kum!
Catat Ulasan