Jumaat, 30 Julai 2010
BN TERGOLEK! MCA DAN GERAKAN YANG HAMPEH!
Artikel yang Mc ambil dari blog Paneh Miang ni amatlah mengejutkan. Mc tak sangka dua parti komponen cina BN begitu malas nak buat kerja. Cara dan tindakan mereka ini umpama ada udang disebalik batu. Jika tidak ada sesuatu masakan tindakan MCA dan Gerakan bagai memberi laluan mudah kepada Dap memenangi hati pengundi cina.
Sehingga bulan Jun 2010, jumlah bakal pengundi yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih di Negeri Sembilan adalah seramai 156,556 orang (21 tahun ke atas). Berikut merupakan pecahan bakal pengundi yang masih belum berdaftar di Negeri Sembilan:-
Melayu = 83,670 orang
Cina = 38,641 orang
India = 28,602 orang
Orang Asli = 2,123 orang
Lain-lain kaum = 3,023 orang
Sehingga bulan Jun 2010 juga, senarai parti politik di Negeri Sembilan yang telah berjaya mendaftarkan pengundi baru adalah seperti berikut:-
UMNO = 1,233 orang
MCA = Tiada (0)
GERAKAN = Tiada (0)
MIC = 25 orang
DAP = 1,281 orang
PKR = 96 orang
PAS = 50 orang
1. Berdasarkan statistik terbaru SPR ini, jelas menunjukkan bahawa parti komponen Barisan Nasional terutamanya MCA & Gerakan memang TAK BOLEH HARAP.
2. Apabila akhbar berbahasa Cina hampir setiap hari mengutuk, menghina dan menuduh orang Melayu sebagai racist, tiada langsung pimpinan MCA atau Gerakan yang tampil untuk memberi penjelasan atau penerangan kepada kaum mereka sendiri. Bahkan mereka pula kelihatan bersekongkol dengan DAP untuk menghentam Melayu.
3. Semenjak PRU-12, kelihatan tiada sebarang usaha yang benar-benar menonjol dilakukan oleh MCA mahupun Gerakan untuk memperbaiki keadaaan dan menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.
4. Tambah menyedihkan apabila segelintir kepimpinan sengal UMNO dilihat bersungguh pula 'menjilat' dan memberikan pelbagai keistimewaan kepada kaum Cina, sedangkan MCA & Gerakan hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.
5. UMNO perlu bertegas dengan kepimpinan MCA & Gerakan. Tiada lagi keistimewaan kepada parti komponen yang lembab dan bingai.
6. Kata dua perlu diberikan, "sama ada kamu buat kerja, atau kerusi untuk kamu dikurangkan dalam PRU-13."
7. You're either with us or against us. To be or not to be...the choice is YOURS!
P/s: Ini hanya statistik dari Negeri Sembilan, belum lagi negeri lain. Dalam negara pun mereka ni hanya daftar pengundi baru cuma beratus-ratus, apa tah lagi negeri. Agaknya kat Penang langsung tak ada kot. Apakah MCA dan Gerakan sudah ada pakatan dengan Dap? Jika tidak berpakat kenapa MCA terutamanya Gerakan, langsung tidak menunjukkan semangat untuk membantu BN dan UMNO memenangi semula hati pengundi cina?
Apa guna jika MCA dan Gerakan masih wujud dalam BN kalau hanya sekadar memenuhi kuota parti pelbagai yang mewakili bangsa? Apakah ada pakatan sulit diantara ketiga-tiga parti cina ini? Untuk menumbangkan kuasa Melayu? Harap pemimpin tertinggi BN sedar akan situasi yang berlaku sekarang. Sila ambil tindakan tegas jika tidak mahu tersungkur pada PRU ke 13 kelak.
MctHeory:
pasti ada udang disebalik mee ni..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan