Selasa, 27 Julai 2010

ISU PERPADUAN! BONGKAKNYA NIK AZIZ NI!


Oleh Myza Ayob

Nik Aziz dengan bongkak, takbur dan riaknya menyifatkan sesiapa sahaja yang ingin menjadi orang tengah untuk berbincang dengan UMNO sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Sedikitpun Nik Aziz tidak memikirkan soal perpaduan ummah ketika membuat kenyataan berkenaan usaha menyatukan UMNO dan PAS.

Nik Aziz mengungkit kisah dahulu kala di mana katanya, PAS ditendang keluar oleh UMNO kononnya kerana UMNO merasa sudah cukup kuat ketika itu.

Nampaknya, tidak cukup dengan takbur, Nik Aziz juga mengambil kesempatan memanipulasi sejarah kerana menyedari orang-orang muda hari ini ramai yang tidak tahu berkenaan hal sebenar.

Tidak logik BN dengan sengaja ‘menendang’ PAS, kerana tidak ada perkataan ‘sudah cukup kuat’ bagi mana-mana parti politik pun dalam soal meraih sokongan. Tidak mungkin BN dengan sengaja mengurangkan sokongan dengan menendang PAS keluar.

Apa yang sebenarnya belaku ialah pada tahun 1977, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Namun, sidang DUN Kelantan kemudiannya bertindak melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir tanpa memberitahu atau berunding dengan BN mengenainya.

UMNO telah mengambil sikap berkecuali dan enggan mencampuri urusan PAS Kelantan.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Akhirnya perkara ini mendesak kerajaan mengisytiharkan darurat di negeri Kelantan Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Dalam mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

PAS terus menerus menimbulkan masalah dengan enggan berunding malah dalam pilihanraya, PAS telah memberikan amaran yang berupa kata dua yang mereka akan bertanding dalam semua kawasan Pilihanraya menentang BN di Johor.

PAS juga mengancam dan seolah-oleh mengugut BN jika tidak mengikut kemahuan mereka maka negeri-negeri di semenanjung akan menerima nasib seperti Pulau Pinang, iaitu dengan merujuk kejadian pada tahun 1969.

Bertitik tolak dari itu, UMNO telah terpaksa mengambil langkah berpisah dari PAS bagi mengelak lebih banyak masalah. UMNO mendapati amat sukar sekali bersatu dengan pihak yang tidak pernah menghormati orang lain. PAS tidak tahu bertolak ansur dan segala keputusan kepimpinan tertinggi dipertikai, dimanipulasi atau tidak diendahkan.

Jelas bahawa sejak azali lagi, PAS sememangnya bersikap riak, tidak pandai berunding, tidak bertamadun, angkuh, bongkak, takbur serta militan. Semua sikap-sikap yang sebenarnya amat bertentangan dengan Islam.

Namun, kita percaya bukan semua pemimpin PAS bersikap begini. Zaman telah berubah dan sewajarnyalah sikap tidak bertamadun ini ditinggalkan oleh PAS.

Hari ini, rakyat melihat pertembungan antara pemimpin PAS yang bertamadun dan benar-benar menghayati ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, dengan pemimpin PAS yang jelas bongkak lagi jahil seperti mereka yang seangkatan dengan pemikiran Nik Aziz.

Apakah pemimpin PAS yang waras akan membiarkan sahaja pihak yang takbur lagi jahil tersebut menguasai pertembungan ini? Apakah kesudahannya nasib Melayu Islam jika semua pemimpin PAS mengambil keputusan untuk terus akur kepada Nik Aziz walaupun segala sikap dan sifatnya kini sudah hampir seratus peratus bertentangan dengan Islam? Apakah tuntutan Nik Aziz lebih tinggi dari tuntutan Islam?

Jika perlu, pemimpin-pemimpin PAS yang waras, tidak harus ragu-ragu untuk meninggalkan PAS demi perpaduan ummah. Meninggalkan PAS bukan bermakna lemah atau kalah, tetapi sebenarnya ia adalah simbol kekuatan yang tinggi. Bukan senang seorang manusia membelakangkan egonya demi kebaikan, melainkan dia mempunyai iman yang benar-benar kuat.

Sumber Malaysia-Instinct

MctHeory:
Penjelasan yang amat bagus dari penulis. Bongkak betui orang tua tak sedar diri ni.

3 ulasan:

lord ried berkata...

SALAM MENTEKADARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA........

KALU PUAK2 BEWAK DOK HABAQ PAS SESAT SABIK DOK BERBEIK2 NGAN DAP DAN TAK MAW BERKAWAN NGAN PARTI BEWAK UGAMA SUKU POLITIK SUKU.

TADAK SEKOQ PON BEWAK MAI HABAQ YANG PAS SALAH SABIK PERLEMBAGAAN PAS KURAN DAN HADIH. PADA ASASNYA, PUAK2 BEWAK DAH NGAKU BAHWA PAS TU BETUI......TAPI BEWAK NI TAKUT KAT NIK AZIK SAJA. SABIK TU DEPA KALU BULIH NAK KECEK BUDAK NASARUDIN TANTAWI SUPAYA MAKNUSIA PAS PI MASUK JADI BEWAK.

MEH NAK HABAQ.......
KALU PADA ASASNYA PAS DAH BETUI SABIK DOK PERJUANG KURAN DAN SUNNAH. BERMAKNA PAS DOK ATAIH JALAN BETUI. JALAN LURUIH YANG DIREDHAI ALLAH. KALU LAGU TU LEBIH PUAK2 BEWAK BUBAQ PARTI BEWAK....MAI KITA BERSATU MEMBEKI PAS PADA MENDE2 YANG TAK BETUI.

NAK BUBAQ PAS SUPAYA KITA MASUK PARTI BEWAK....BERMAKNA KITA TELAH MEMILIH JALAN SALAH SABIK PERLEMBAGAAN PARTI BEWAK PON DAH JOH SESAT SABIK TIDAK MENJURUIH KEPADA MENJADI KEREDHAAN ALLAH SEBAGAI KEUTAMAAN.

KALU TIDAK......TAK PAYAH LA PUAK2 BLOGGER BEWAK DOK CAKAP DEGUNG, DEGUNG SAJA NAK KECEK KITA SUH JADI BEWAK LAGU DIA.

he he he
jangan kecek kita jadi bewak laaaa.

Tanpa Nama berkata...

banyak makan bewak ke ? minat sangat ayat bewak jemput la tok bulu sekali tengok dia makan tak, kalu dia makan dah tentu bewak tu halal sebab halal haram tu kuasa dia, jangan marah ya lawak macam hang lawak juga tapi baik sikit je sebab tak guna benda kesat he he he ....

sangtukangkata berkata...

biawak panggang baru dia makan tu.. ceh nak perjuangkan islam pe mende.. kalau hal baik pas dok kata haram.. macam LR tu.. sbb makan menda haram.. jadi haram jadah.. biarkan.. dah takde geng, tu pasal dok meroyan kat blog2 pro 1 malaysia ni.. keh keh.. oi g makan ubat lord reid..