Cerita ni Mc ambil dari Blog rakan blogger Pisau.Net,
Kecoh apabila ada beberapa kain rentang protes terhadap kegagalan kerajaan selangor menunaikan janji untuk memberikan air percuma untuk setiap isi rumah yang muncul di beberapa pangsapuri sekitar Hulu Kelang Gombak. Di sini terdapat beberapa gambar tentang kemunculan kain rentang ini yang disedari penduduk pada pagi Jumaat
Isu kecoh diperkatakan apabila Kerajaan Selangor yang dengan bangga menyatakan dasar kerajaan berkebajikan dan merakyatkan ekonomi telah memberi air percuma buat semua warga Selangor. Malangnya dasar yang diperkenalkan adalah berdasarkan pembacaan meter, jadi pangsapuri dan flat yang menggunakan meter pukal tidak mendapat manafaat ini.
Bertambah kesal lagi adalah apabila majoriti penduduk pangsapuri ini adalah mereka yang berpendapatan rendah. Maka golongan yang paling memerlukan subsidi air adalah golongan yang telah di anaiya kerana tidak mendapat hak yang telah dijanjikan. Ini bertambah buruk apabila kerajaan Selangor menaikkan sewa PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang mana kebanyakan warga selangor berpendapatan rendah tinggal sebanya 100%, bayangkan 100% kenaikan.
Sudahlah air tak dapat, sewa kena naik 100%.
Namun terdapat beberapa kisah yang menarik di sebalik kain rentang ini dan pisau.net menguji minda pembaca cuba berfikir sejenak. Kain rentang ini yang dinaikkan dengan pantas di beberapa lokasi stratergik dalam masa satu malam dibuat seolah-olah ianya adalah kerja UMNO atau Penduduk tempatan yang marah. Boleh jadi begitu tapi cuba renungkan ini...
Berdasarkan gambar-gambar kain rentang ini kita dapati.
1. Ianya hanya menyerang dasar Kerajaan Selangor
2. Langsung tidak menyentuh PKR mahupun Anwar Ibrahim
3. Hanya meluahkan ketidak puas hati terhadap kerajaan selangor
4. Semuanya di dalam kawasan DUN Hulu Kelang dan Parlimen Gombak.
Kalaulah ini kerja budak UMNO, percayalah pasti Anwar Ibrahim tidak terlepas. Tapi nampak macam pihak yang menggantungkan kain rentang ini hanya hendak menghentam secara halus Tan Sri Khalid Ibrahim.
Apatah lagi apabila tak sampai 2 minggu sebelum kain rentang ini naik Azmin Ali, selaku Ahli Parlimen gombak dan ketua PKR di Gombak dan yang mana Hulu Kelang merupakan kubu kuat beliau ada menyatakan perkara ini dalam ucapan DUN
1. Kerajaan Negeri telah memulakan langkah yang lebih proaktif dengan mengeluarkan kupon untuk mendapatkan air percuma bagi penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah. Saya berharap program ini akan meliputi semua rumah pangsa dalam Negeri Selangor tanpa perlu menunggu pilot project.
2. Dalam sesi yang lepas, Dewan telahpun meluluskan perbekalan tambahan untuk tujuan yang sama berjumlah RM 69 juta dengan harapan masalah air ini boleh diselesaikan sebelum bulan September 2010. Namun, hari ini Dewan pohon lagi peruntukan tambahan bagi meneruskan program untuk kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.
Perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor 12 Julai 2010 YB AZMIN ALI
Apatah lagi dalam Ucapan yang sama Tan Sri Khalid teruk dihentam atas kepimpinan beliau di Selangor seperti dalam laporan ini nak baca Klik Sini
Macam ni la
Kalau budak UMNO buat mesti Anwar Ibrahim dan PKR teruk kena. Tapi ni macam takut je kain rentang tu.
Kita Semua tahu Hulu kelang tu kawasan siapa.
Hujung tahun ni ada Pemilihan PKR.
Bak Kata Nabil - LU PIKIR LA SENDIRI
P/s: Mc pun ada mendedahkan 'Penderitaan Rakyat Selangor yang kena tipu' nak baca klik sini
MctHeory:
Takkan nak tuduh UMNO kot? Jaga-jaga Khalid, nanti kena jolok!
1 ulasan:
eh, dah tentu puak PAKATAN cakap ni kerja jahat UMNO...tapi kalau nak dipikirkan, kalau UMNO buat pun, memang point dalam kain rentang tu kena pada batang hidung pentadbiran PAKATAN...
janji tinggal janji...memang betul, rumah pangsa & lain-lain yang sama taraf rumahnya, tak dapat rebet air tu pun, semua company maintenance yang dapat duit tu...
dah le kadar air yang company maintenance kenakan tinggi...
ape pun, masa kenpen dulu, memang sedap didengar...perlaksanaannya, kosong...
ibarat kata KARAM adik KAPAL, " habis madu sepah dibuang...harapkan janji, lubang yang tingal..."
kah..kah..kah...
Catat Ulasan