Rabu, 21 Julai 2010

PENDERITAAN RAKYAT SELANGOR! (MESTI BACA)

Tahukah pembaca kenapa BN kalah di Selangor? Adakah kerana Pakatan haram yang ditubuhkan setahun jagung itu kuat? Lalu ia mendapat sokongan rakyat? Jawapannya tidak. Pakatan diantara PKR, Pas dan Dap bukanlah sehebat mana, malah gegaran Anwar untuk menumbangkan BN pun taklah begitu hebat, cuma isu yang dibawa oleh Pakatan Haram ketika itu, amatlah kena dengan kesempitan yang dialami oleh rakyat.

Rakyat ketika itu (terutamanya di bandar-bandar besar) amatlah tertekan dengan perbelanjaan sara hidup yang meningkat. Ditambah pula dengan kenaikkan harga minyak serta harga barang runcit yang melampau-lampau tanpa dipantau oleh pentadbiran yang terdahulu. Pakatan Haram pula didalangi Anwar memberikan datang memberikan janji-janji manis kononnya akan membawa perubahan kepada rakyat(jika mereka menang) sehinggakan menyebabkan rakyat Malaysia khususnya negeri Selangor meluahkan kekecewaan dan harapan semuanya dalam undi PRU ke 12 hasilnya, BN tersungkur di Selangor dan 4 buah negeri yang lain.

Rakyat Selangor disogokkan dengan manifesto MENIPU rakyat dari Pakatan Haram


Tahukah anda berapa ramai rakyat Selangor yang tertipu dengan janji-janji manis puak Pakatan Haram ni? Berapa ramai yang mengharap ada perubahan dilakukan oleh Pakatan bila mereka mengundi Pakatan di Selangor. Insan-insan seperti Pak Usin, mak Leha, Hajah Timah, Ah Liew kedai runcit, Ravi pengutip tin semuanya mengharapkan perubahan dalam hidup mereka. Tapi apa yang Pakatan bagi? Ciss.. janji tinggal janji.


Perhatikan dua gambar diatas, ini adalah rumah flat 5 tingkat. Flat ni terletak di Taman Medan, Petaling Jaya. Harga flat ni sekitar rm30,000 sahaja. Pastinya, flat sebegini dihuni oleh mereka yang berpendapatan rendah, berpendapatan sekitar rm1000 kebawah.


Mc bukan nak jual rumah, Mc cuma nak tunjukkan gambar rumahnya dulu, kemudian baru Mc nak sampaikan apa maksud post kali ni.

Tak dapat lihat dengan jelas? Tengok yang bawah pulak


Ini adalah notis amaran terakhir untuk selesaikan bayaran tertunggak cukai pintu pada tarikh tertentu, sebelum harta benda disita oleh PBT terbabit


Kenapa boleh jadi begini?

Sebenarnya tuan punya rumah ni salah seorang mangsa penipuan kerajaan Selangor sekarang. Dulu dia ni fanatik sangat menyokong Pakatan Haram. Kononnya bila Pakatan Haram menang, nasib rakyat Selangor akan berubah. Maklumlah dalam manifesto Pakatan Haram kan ada tertulis jika mereka menang, cukai pintu akan dikurangkan sebanyak 20%. Disebabkan dia ni penyokong fanatik Pakatan (percaya sangat), dia pun tunggu, bila agaknya kerajaan Selangor mahu mengurangkan cukai pintu, sehinggalah dia dapat notis amaran terakhir oleh MBPJ.

Bila dah dapat notis sebegini, barulah nak mengelabah. Dia tunggu cukai pintu turun, tapi makin lama makin naik ada la. Kini dia pun dah sedar bahawa, kerajaan Selangor sekarang hanya pandai berjanji. Sebelum menang, tipu sana, tipu sini. Sekarang bila dah menang, rakyat kat tepi kaki pun disepak-sepak ketepi. Rakyat dibuat ibarat macam daun kari, bila nak guna dicari, bila taknak dibuang ketepi. Sedar-sedar la diri. Usahlah kena tipu lagi.

Sekarang ni tuan punya rumah sedang pening memikirkan nak bayar tunggakkan cukai pintu terbabit. Sudahla pendapatan bulanan sekitar rm800, bila bayar cukai pintu, mana cukup nak makan sekeluarga selama sebulan. Kesian-kesian. Ini baru satu rumah yang kena tipu, ada beribu-ribu lagi keluarga di Selangor yang berpendapatan rendah ditipu sebegini.

Walaupun janji yang dibuat tidak dinyatakan tarikh tertentu, tapi masih ramai rakyat berpendapatan rendah yang masih mengharap kerajaan Selangor sekarang menunaikan janji-janji mereka. Terutamanya cukai pintu dan cukai permis komersial. Janji-janji ni tak termasuk janji 'MULUT' mereka pada penduduk setempat, kononnya yang mahu membatalkan semua saman parking PBT jika mereka menang, serta parking di Selangor tidak berbayar lagi.

Itulah Mc dah kata dah.. puak Pakatan ni pandai buat janji je. Tapi jangan harap la nak tunaikan. Kata kerajaan rakyat, prihatin pada rakyat konon tapi sekarang tengok la apa dah jadi? Harta bumi Selangor dikorek-korek masuk poket sendiri. Melayu di Selangor pula kabajikannya diabaikan malah diketepikan. Apa dah jadi pada kerajaan 'rakyat' ala Anwar Ibrahim ni. Mana janji kata nak 'merakyatkan' kerajaan ni? Dok nampak 'mengenyangkan' kerajaan negeri ada la.

Pada pembaca yang baca artikel Mc yang tak seberapa ni, ambil-ambillah iktibar. Janganlah terpedaya lagi oleh janji-janji manis puak Anwar Ibrahim ni. Berapa banyak manusia sudah sengsara apabila percayakan janji-janji Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram. Hentikahlah sokongan kepada mereka, mereka ni menipu je, mereka cuma nak cari makan. Mereka ni nak kuasa, nak duit lebih. Bukan nak tolong rakyat pun. Tolongla jangan jadi bodoh lagi.

P/s: kesian pada mangsa yang kena tipu. Menangis akibat kesempitan hidup.

MctHeory:
PR bukan untuk Pakatan Rakyat, tapi untuk Penipu Rakyat!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU SUKA .BIAR RAKYAT SELANGOR KENA HENTAM OLEH PR HABIS HABISAN.BIAR SAMPAI MENANGIS MELALAK MELAUNG GULING GULING ATAS TANAH.KENA HALAU KE APA APA AJELAH.AKU PALING SUKA
SEBAB APA.UNDILAH PR....MENJAMIN HIDUP ANDA.PILIHAN YANG TEPAT.

Tanpa Nama berkata...

AKU PON SUKA KALAU PR MENANG LAGI......KALAU KO YANG DUDUK KAT UMAH TU...KO BAYAR JERLAH....
YANG KO TANGGUH LAMA2 TU APERSAL..ADA OTAK PAKAI...JANGAN NAK SALAH KAN ORANG PLAK....DAH KUMPUL BANYAK2 SUSAH LAA NAK BAYAR....SIAN KAT PUAK NI....
WOII...CARI LAA LAIN PLAK AGINDA