MENTERI Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan tegas mengatakan langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke Inpens International College (Inpens) di Kuala Selangor akan diteruskan walaupun dibantah oleh beberapa kumpulan.
Sebaliknya, IKYS yang ditinggalkan oleh pelajar kurang berkemampuan itu akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.
Oleh itu kata Khalid, adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu.
Apa pun, sekarang kita dapat lihat apa sahaja yang telah dan akan dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Selangor akan ditukar dan digagalkan.
Sebelum ini, rakyat seluruh negara dapat melihat betapa angkuh Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin PKR itu membatalkan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah iaitu di atas tapak tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Terbaru, satu lagi keputusan mengejutkan buat rakyat negeri itu apabila IKYS pula ditutup.
Apakah benar kata-kata orang awam bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR, DAP dan Pas lebih mementingkan projek pasir dan rumah urut daripada memikirkan pendidikan anak negeri?
Apakah dosa pelajar miskin hingga hak mereka untuk menimba ilmu kemahiran di IKYS dinafikan?
Apa rasional Khalid memaksa pelajar IKYS yang berorientasikan kemahiran berpindah ke Inpens yang menawarkan kursus pengurusan.
Sebab itu ada asasnya lebih 300 orang termasuk pelajar berhimpun secara aman membantah keputusan kerajaan negeri menutup institut itu secara mendadak Jumaat lalu.
Dengan alasan tidak menguntungkan, masa depan pelatih IKYS ini dipertaruhkan apabila Yayasan Selangor membuat keputusan untuk menutup institut itu.
Rakyat akan tertanya-tanya bagaimana IKYS yang baru sahaja berpindah ke bangunan baru di Bagan Terap yang dibina dengan kos RM20 juta dua tahun lepas tetapi kini ditutup.
Malah konsep institut kemahiran seperti IKYS itu sepatutnya diperluaskan ke seluruh Selangor bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang gagal SPM. Sebab itu banyak pihak tidak faham dengan alasan penutupan pusat latihan itu yang dikatakan operasinya tidak menguntungkan atau peranannya bertindih.
Mungkin ada muslihat orang di belakang kerajaan negeri yang mahu mengurangkan satu demi satu institusi pendidikan untuk anak Melayu.
Ataupun Kerajaan Negeri Selangor kurang kemampuan untuk mengurus kewangannya. Ini kerana, semasa pemerintahan kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang daripada BN selepas Pilihan Raya Umum 2008, Yayasan Selangor mempunyai wang tunai berjumlah RM60 juta. Ke mana perginya wang yayasan itu dibelanjakan.
Persoalan ini perlu dijawab oleh Khalid.
Sekiranya kerajaan pakatan pembangkang Selangor tidak mampu dan tiada keupayaan untuk mengurus tadbir IKYS, serahkan kepada pihak yang mampu menguruskannya.
Kerajaan Pusat BN mungkin sedia membantu untuk menguruskannya. Kerana untuk BN, kebajikan serta masa depan pelajar IKYS diutamakan, bukan wang ringgit.
Malaysian Instinct
P/s: Nampak sangat kepala Khalid ni hanya memikirkan duit. Agaknya mana pergi duit Yayasan Selangor? Mesti dah habis guna. Duit simpanan kerajaan negeri pun dah kering, sekarang ni cari helah nak halau melayu pulak. Bagus betul la kerajaan 'rakyat' ni ye..
MctHeory:
Dok Kata BN teruk, Nampak gaya PR lagi buruk!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan