Isnin, 19 Julai 2010

KERAJAAN SELANGOR KEJAM! JANGAN TUTUP IKYS!



Allahyarham Aminuddin Baki pernah berpesan kepada pelajar-pelajar Melayu agar ‘Belajar Terus Belajar’ supaya tidak jadi seperti ‘itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’. Namun apa yang ditakuti oleh Allahyarham ada asasnya, kalau dilihat dari situasi yang berlaku ke atas pelatih-pelatih di Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) milik penuh Yayasan Selangor.

Dengan alasan tidak menguntungkan, masa depan pelatih IKYS ini dipertaruhkan apabila Yayasan Selangor membuat keputusan untuk menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor miliknya di Bagan Terap, Sabak Bernam. Hasrat ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan lebih 250 pelajar di pusat latihan itu mengenai masa depan mereka.

Walaupun dijanjikan IKYS, para pelatih ini akan dipindahkan ke INPENS International College yang terletak di Kuala Selangor untuk meneruskan pengajian, namun mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mendadak pengurusan Yayasan Selangor itu yang membawa kepada perhimpunan dan tunjuk perasaan secara aman kira-kira 200 orang terdiri daripada para pelatih, ibu bapa serta pemimpin masyarakat setempat sebagai bantahan di hadapan pintu utama IKYS yang tertutup rapat pagi tadi.

Ternyata kecewa dengan keputusan mendadak tersebut, Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohammad Khir Toyo turun padang bersama ADUN Sabak, Datuk Warno Dogol, untuk meninjau dan turut serta bersama kumpulan pelajar tersebut.

Dr Mohamad Khir sedih kerana IKYS baru sahaja berpindah ke bangunan baru di Bagan Terap yang dibina dengan kos RM20 juta dua tahun lepas tetapi kini telah ditutup sedangkan konsep institut kemahiran seperti IKYS sepatutnya diperluaskan ke seluruh Selangor bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang gagal SPM. Beliau tidak faham dengan alasan penutupan pusat latihan itu yang dikatakan operasinya tidak menguntungkan.

Tambahnya, kos mengurus IKYS RM60 ribu sebulan, setahun RM 720 ribu. Khir turut hairan mengapa kerajaan negeri boleh berbelanja RM780 ribu untuk mengadakan program `Musical Xtravaganza’ namun tidak mampu menguruskan perbelanjaan untuk pelajar-pelajar IKYS setahun RM720.

Beliau kesal dengan penutupan IKYS kerana ia ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berjaya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan kemahiran bagi mereka mencari rezeki dan berdiri di atas kaki sendiri.

Sehubungan dengan itu, Dr Khir melontarkan idea penyelesaian isu tersebut kepada Yayasan Selangor. Jika tidak mampu dan tiada keupayaan untuk mengurus tadbir IKYS, jangan tutup pusat kemahiran ini sebaliknya serahkan kepada BN untuk diuruskan dengan lebih baik.

“Jika Yayasan tidak boleh buat, serahkan balik kepada BN. BN akan uruskan. Serahkan kepada BN, serahkan yayasan, bangunan dan tanah semua, kita akan uruskan, kursus yang sama diteruskan. Saya boleh jumpa YAB Perdana Menteri untuk minta bantuan.
Jangan tutup, kalau tak boleh urus, kalau tiada duit, serah kepada BN. Setakat RM60 ribu, tidak jadi keberatan kepada BN untuk kita teruskan,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan sejak bila sesebuah yayasan mementingkan keuntungan. Beliau turut mengakui bahawa semasa pemerintahan kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang daripada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 2008, Yayasan Selangor mempunyai wang tunai berjumlah RM60 juta.

“Menutup pusat IKYS adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Bangunan dah siap Cuma nak jalankan sahaja. Kita kesallah janji mereka nak beri latihan kepada belia-belia supaya belia dapat pekerjaan dan dapat meningkat pandapatan bulanan mereka, tapi hari ini sebaliknya dibuat.

Alasan yang diberikan oleh Khalid, senang dia kata akan serahkan kepada INPENS. INPENS ini tanggungjawabnya lain, untuk kursus-kursus pengurusan, bukannya kursus-kursus kemahiran. Tapi di IKYS, kursus-kursus kemahiran,”.

Tambahnya, apa yang lebih mengembirakan, sejak penubuhan IKYS pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor, lepasan institusi itu mendapat perhatian majikan yang memerlukan pekerja berkemahiran dalam bidang seperti "chargeman" dan pendawaian elektrik.

Sumber Sahabat Gunung

MctHeory:
Satu lagi bukti Kerajaan Selangor Kejam! Tak mesra rakyat. Penipu, janji palsu, perut busuk, hati qoldu dan gagap!

6 ulasan:

hanizam berkata...

kejam macam israel..depa nak buat macam kat rakyat palestin kot..jangan bagi pandai bangsa sendiri...bila tak pandai, kerja kuli batak je, bila kerja gaji kecik, ekonomi bangsa pun tak maju gak...

memang khalid kejam...dengan dengan saudara seagama...bangsa sendiri pun nak tindas...moga ape yang berlaku, jadi pengajaran kepada golongan muda supaya bila mengundi nanti, gunakan akal fikiran, bukan ikut emosi....

lord ried berkata...

SALAM MENTEKEDARAH TAIK WAT BEWAK.
( lebih koghanga ngan salam 1 mesia la )

CITER LEBIH KOGHANG NGAN KETUA2 BEWAK NAK TUTUP SEKOLAH SAR LA....
TUTUP SEKOLAH SAR NAK SUH ISLAM BUNGKUIH...... BILA ISLAM BUNGKUIH SENANG PUAK2 BEWAK BERMAHARAJALELA ATAIH MUKA BUMI NGAN MAKSIAT.

hangkedee berkata...

Bukan salah ibu yang mengandung.Yang salah kenapa dema pangkah parti HAPRAK SUKA BARANG CINA ....

Tanpa Nama berkata...

ALJUBURI
Anak haram jadah Lord Taik mana ada kesah anak2 melayu jadik pandai ke apa, da tentu Lord Taik anak luar tabie, mak dia kena suntut ngn biawak, sebab tu perangai macam biawak..kena suntut jubor lak tu..dia kalo parti penjubor tu wat per jer akan sokong, waima gadai pepek bini dia pon tak kisah..

Tanpa Nama berkata...

Wei lord reid. . anak melayu dalam susah pun ang boleh dok main cakap pusing lagi. .ang memang haprak la. . kapla jingga betoi!

Tanpa Nama berkata...

Lord Ried...bodoh tak bertempat..kenapalah banyk sgt melayu bodoh kat msia dibawah kepimpinan melayu tolol(pr)...mcm lord ried ....selama ni Islam tertindas ke bawah kerajaan..