Mana agaknya Mat Taib ni pergi? Sibuk bisnes ke? Atau dah tak mahu aktif dalam UMNO lagi. Kalau agak dah malas nak buat kerja, letak jawatan dan bagi aje kat orang lain. Jangan dok buat semak lama-lama. Banyak lagi orang nak buat kerja, kot pun kalau merajuk, sudah-sudah la.. buruk orang tua merajuk lama-lama.
KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda tanya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan pentadbiran Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.
Beliau mendakwa, tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.
"Beliau beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib yang juga Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor serta bekas Ketua Penerangan UMNO, didakwa tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Mac tahun lalu. - Bernama

p/s: Dengar cerita, Mat Taib ni kat Indonesia, yeka? Buat apa kat sana? Kawin lagi ke? he he he. . Dengar khabar angin, beliau dah tak berminat dengan UMNO lagi. Ada ura-ura yang mengatakan Mat Taib ni nak masuk PKR. Ye ke? Entah laa...
MctHeory:
Pimpinan tertinggi UMNO kena lakukan sesuatu. UMNO Kelana Jaya kena kembali bergerak. Sudah la PJS pun lembab. Kelana Jaya pun sakit, macam mana nak tawan Selangor ni.
2 ulasan:
Nak masuk PKR?
Mungkin.
Sebab dia adalah salah seorang dari Team Wawasan yang ketuanya adalah penasihat PKR.
ALLOOO BEWAQ MC........
TERGAMAK LA BEWQAK MC DOK BAK GAMAQ SEKOQ NI MAI. DIA NI LA...KALU TADAK SALAH AKU PERATI MB SELANGOQ YANG PALING BEIK. BERSIH TADAK CURI PASIAQ PON. SEDEKAH PENYAPU KAT SAPA2 PON TIDAK.
HE HE HE HE CUMER DIA NI BANYAK PITIH SAMPAI KENA TAHAN KAT BRISBANE OSTRALIA SEBANYAK 22 JOTA.
KALU SONGLAP PITIS PASIAQ TU AKU GHASA TAK LA SAMPAI 3 @ 4 GHATUIH.
MB BEWAK NI ...ANAK PETANI MISKIN...JADI MB BEWAK TERUIH JADI JUTAWAN.
he he he
kalu nak jadi jutawan masuklah parti bewak.
Catat Ulasan