Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Bn Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bn Selangor. Papar semua catatan

Isnin, 19 Julai 2010

KEMANA HILANGNYA MAT TAIB NI? Missing In Action!



Mana agaknya Mat Taib ni pergi? Sibuk bisnes ke? Atau dah tak mahu aktif dalam UMNO lagi. Kalau agak dah malas nak buat kerja, letak jawatan dan bagi aje kat orang lain. Jangan dok buat semak lama-lama. Banyak lagi orang nak buat kerja, kot pun kalau merajuk, sudah-sudah la.. buruk orang tua merajuk lama-lama.

KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda tanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan pentadbiran Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.

Beliau mendakwa, tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.

"Beliau beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib yang juga Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor serta bekas Ketua Penerangan UMNO, didakwa tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Mac tahun lalu.
- Bernama


p/s: Dengar cerita, Mat Taib ni kat Indonesia, yeka? Buat apa kat sana? Kawin lagi ke? he he he. . Dengar khabar angin, beliau dah tak berminat dengan UMNO lagi. Ada ura-ura yang mengatakan Mat Taib ni nak masuk PKR. Ye ke? Entah laa...


MctHeory:
Pimpinan tertinggi UMNO kena lakukan sesuatu. UMNO Kelana Jaya kena kembali bergerak. Sudah la PJS pun lembab. Kelana Jaya pun sakit, macam mana nak tawan Selangor ni.

Khamis, 21 Januari 2010

KISAH DI SEBALIK PEMBUBARAN PKR KUALA SELANGOR!


Dalam Posting yang lepas Mc ada menceritakan bahawa Kapal PR di Selangor hampir karam nak baca boleh klik di sini dan Mc juga mengatakan bahawa ada ahli dari kapal-kapal sebelah sana yang hendak ke kapal sini dan kita akan selamatkan mereka.

Sebenarnya Mc dah mendapat khabar angin mengenai Pkr Kuala Selangor yang sedang bermasalah dan mungkin dibubarkan. Alhamdullilah..semalam kita sudah mendapat berita bahawa cabang Pkr Kuala Selangor terpaksa dibubar berikutan hampir kesemua AJK nya meletakkan jawatan.

Semalam Mc baca akhbar mengenai berita pembubaran itu, Timbalan Ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar memberitahu bahawa 11 anggota jawatankuasa PKR cabang Kuala Selangor, termasuk Ketua Pemuda dan Wanitanya telah meletakkan jawatan berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdul Khalid. Dia kata cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpin sahaja yang terdiri daripada beliau, Khalid serta seorang anggota jawatankuasanya Faridah Abdul Rahman.

Untuk pengetahuan pembaca semua, bukan Pkr Kuala Selangor saja yang bermasalah. Hampir semua cabang Pkr di Selangor ini bermasalah dan tidak diselia dengan baik. Operasi cabang dan ranting lebih banyak tutup dari buka. Peruntukkan untuk cabang juga dah makin kurang dan ada sesetengah tempat dah tak bagi langsung.

Mc mendapat cerita dari ahli-ahli Pkr sendiri, yang dahulunya ahli UMNO sebelum berpatah arang masuk Pkr. Kini mereka kembali merasa rindu hendak memakai Jaket gerak gempur UMNO (alhamdullilah). Mc berjumpa mereka semasa Mc pergi kenduri kahwin seorang ahli kuat Pas yang memang terkenal dikawasan kampungnya di Tanjung Karang.

Semasa Mc pergi sana, Mc ada juga berjumpa dengan kawan-kawan lama. Dalam sembang-sembang tu, Mc terpandang kalender 1Malaysia yang ada muka Ds Najib dan Noh Omar kat kalender tu, tergantung dekat dinding rumahnya. Mc cuba-cuba bertanya, setahu Mc dia ni orang kuat Pas. Alhamdullilah Pak Ibrahim ni dah kembali kepada UMNO dan menjadi penyokong kuat Noh Omar. Kenduri kahwin ni, Noh Omar pun datang sama.

Mengikut Pak Ibrahim dan rakan-rakannya, beratus lagi ahli Pas dan Pkr yang keluar ahli dan kembali kepada UMNO, cuma semua ini dibuat secara diam-diam, taknak kecoh-kecoh. Pada ahlul-ahlul Pas dan Pkr yang bersemangat kononnya Pakatan Haram masih kuat di Selangor. Bangun-bangunlah dari mimpi kamu semua ye.

Mengikut cerita penduduk sana la ye. Belum lagi masuk era pilihanraya, Noh Omar dah kembangkan auranya di Kuala Selangor. Pekan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Sikinchan. Pergila jumpa dengan penduduk sebelah sana. Hampir kebanyakkannya memuji-muji Noh Omar ni. Rajin turun padang, selalu jumpa rakyat, jemput je kenduri, mesti beliau datang punya.

Kisah ahli Pas keluar dari parti pun banyak. Cuma mereka ni takut dan ikut UMNO secara senyap-senyap. Bukan apa, nanti kalau heboh-heboh masuk UMNO. Kena pulau dengan ahli Pas yang lain. Mereka ni taknak kecoh-kecoh. Ini semuanya kerana banyak ahli UMNO dan bekas ahli yang terpikat dengan projek gagasan 1Malaysia ciptaan Ds Najib sambil melihat pemimpin UMNO setempat yang rajin mengambil hati rakyat (walaupun bukan semua).

Peluang Bn untuk menawan Selangor adalah cerah. Khalid mengimport Brader Anwar masuk Selangor untuk kuatkan Pkr pun dah terlambat sebab Anwar sangatlah sibuk dengan kes liwatnya. Macamana nak tolong orang kalau diri sendiri pun tak lepas. Mc harap pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turunlah padang, bertemu dengan penduduk dan ahli diakar umbi. Bagaimana pokok nak kuat kalau akarnya lemah. Mc harap Noh Omar akan teruskan usahanya mengambil hati rakyat dan menjadi contoh kepada pemimpin yang lain. Mc yakin Bn Selangor akan Bangkit!

MctHeory:
Kepada geng UMNO yang lain di Selangor, bangkitlah dari tidur, masa dok atas tilam dah habih. Turun pergi buat kerja la pula.