Isnin, 19 Julai 2010

BAI'AH TERBARU AHLI PAS, MACAM ANGKAT SUMPAH KONGSI GELAP!




Bai’ah terbaru dalam PAS menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Rasa macam tak percaya tetapi dah dua tiga kali baca, betul la agaknya.

Nampak semakin banyak perbuatan yang pelik-pelik diamalkan PAS – parti yang berjuang kononnya atas nama Islam.

Sebelum ini, heboh pasal PAS mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya yang antara lain khabarnya turut tertalaq isteri jika wakil rakyat PAS lompat parti.

Kini ada bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin PAS yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor.

Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, PAS memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS.

Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.-Agendadaily

MctHeory:
Nampaknya Pas ni dah makin jauh sesatnya. Dah betul-betul jadi Parti Ajaran Sesat.

3 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai

C L J berkata...

Dia tak sampai tores tangan ambil darah dicampur dan diminim lagi ke .. .. agak agak akan sampai gitu ke tu ??? ... ...

McTheory berkata...

Silap-silap lagi teruk bro CLJ