Khamis, 1 Julai 2010

NIK AZIZ DAN KARPAL MULA BERLAKON! PROPA! BEB PROPA!



Pas sedang merancang lakonan peringkat atasan untuk mengembalikan semula sokongan umat Islam terhadapnya. Ingatkah anda ucapan perwakilan-perwakilan Pas yang mengatakan Propaganda UMNO terhadap Pas sudah berjaya mengurangkan keyakinan kaum melayu untuk mempercayai Pas ini tidak lagi memperjuangkan Islam? Nik Aziz juga bersependapat dengan semua perwakilan Pas.

Mc mendapat maklumat bahawa Pas akan merancang sesuatu bagi menunjukkan mereka masih mempertahankan Islam dan mahu menubuhkan negara Islam. Sambil Dap pula menunjukkan taring untuk mempertahankan hak bukan melayu. Ciss..Propa propa. . jangan terkejut jika pertelingkahan Pas dan Dap akan semakin besar-besaran hingga mendapat liputan yang meluas dan memerlukan campur tangan Hero Tamil Malaya, Anwar Ibrahim.

Sokongan Melayu Islam terhadap Pas semakin terkikis dan terhakis, menyebabkan parti itu bukan lagi pilihan Ulama muda untuk berjuang memperkasakan Islam di muka bumi Malaysia. Tambahan lagi Pas sudah membuka keahliannya terhadap bukan Islam menyebabkan ahli yang beragama Islam didalam Pas sama saja seperti ahli bukan Islam yang lain.

Banyak pertanyaan yang perlu dijawab oleh parti Pas yang dilihat tidak lagi memperjuangkan Islam. Disebabkan takut tidak mendapat sokongan Ulama dan bijak pandai agama, Pas mula merancang sesuatu yang boleh mengembalikan sokongan kaum Melayu terhadapnya. Apa lagi, mula la Pas dan Dap nak berlakon!

Paling menarik apabila mereka (Pas) mengigil dan sakit jantung melihat Ulama-ulama mula memilih UMNO. Bagi memberi tekanan kepada Ulama dan bijak pandai agama yang menyertai UMNO, Pas mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bagi menakutkan Ulama yang berminat menyertai UMNO terpaksa menangguhkan hajat, takut kena hentam dengan puak khawarij Pas yang bebal tahap dewa ni.

Apa lagi Pok Nik dan Karpal! Camera Ready! Action!

MctHeory:
Nama pun Politik, Apalagi belit la belit!

Tiada ulasan: