Khamis, 1 Julai 2010

ANWAR MINTA MAAF DENGAN YAHUDI!



Oleh Nik Nazmi Nik Samad

Anwar berada di Amerika, secara ‘agak’ sulit. Ya, sebenarnya tidaklah begitu sulit.

Sejurus selepas Anwar menyedari yang blogger di Malaysia dapat menghidu lawatannya itu, dia telah membuat kenyataan secara kasual mengenainya di media. Dan dia berbuat perkara yang betul iaitu sebelum akhbar The Washington Pos menghebahkannya. Apa yang Anwar gagal di sini, ialah membuat persediaan berkenaan butir terperinci yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.

The Washington Post melaporkan yang Anwar menghabiskan banyak masa menjelaskan kepada rakan-rakan lamanya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negara, Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi. Anwar juga menekankan yang dia menyesal kerana menggunakan kata-kata seperti “pencerobohan Zionis”. Dia juga dilaporkan berkata, “Kenapalah saya perlu menggunakan perkataan tersebut jika ia menyebabkan salah faham?” dan “Saya perlu lebih berhati-hati.”

Langsung tidak mengejutkan apabila Wolfowitz mengambil langkah membela Anwar dan meminta agar sahabatnya itu diberi peluang memandangkan Anwar sedang mempertarungkan hidupnya, dari segi fizikal dan politik, melawan serangan kerajaan yang menggelarnya boneka Yahudi. Samada Yahudi akan mempercayai hujah ini, kita hanya perlu tunggu dan lihat. Tetapi, samada kita, rakyat Malaysia mempercayainya, adalah sesuatu yang menarik untuk direnungkan.

Dari sudut pandangan rakyat Malaysia, apa yang diperkatakanoleh Wolfowitz mengesahkan bahawa Anwar benar-benar sebuah boneka Yahudi. Dan Anwar tidak pernah berniat untuk menjadi sebaliknya. Anwar nampaknya begitu memerlukan sokongan Yahudi berbanding sokongan negara-negara Islam. Anwar tidak pernah menawarkan penjelasan atau permohonan maaf kerana menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang hanya menguntungkan Israel dan bukannya Palestin.

Ia tidak pernah menjadi keperluan bagi Anwar untuk menjelaskan kepada umat Islam mengenai hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, Camdessus, Gore dan lain-lain pemimpin barat yang terlibat dalam pembunuhan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan Palestin.

Anwar juga akan melakukan apa sahaja dan sanggup menggadaikan imej Islamnya hanya untuk mengambil hati barat.

Tetapi seperti kata Jackson Diehl, kisah Anwar ini boleh dibaca sebagai amaran. Transformasinya dari menyokong demokrat Amerika kepada anti-Israel yang fanatik wajar difikirkan…Bagi rakyat Malaysia, Anwar boleh dan mungkin menjadi apa sahaja, samada boneka mahupun dalang kepada kehancuran negara.

Malaysia-Instinct

MctHeory:
Bagusla tu..nama pun kawan, mana boleh marah lama-lama. Kalau marah pun tanda sayang tue. hu hu hu. .

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik betul lah seekor ni...hari tu berdegar2 marah yahudi zionist yang attack kapal bantuan misi kemanusiaan Palastine. Sebelum tu dia marah BN sebab menggunakan khidmat APCO yg dikatakan mempunyai hubungan dengan Yahudi. Sekarang ni dia pergi minta maaf pulak dengan yahudi sebab telepas cakap!

Sahlah dia ni jenis...Dah ludah, jilat balik, tiada pendirian, sering tukar cakap, mengadai maruah dan takut pada bayang2.

Sebelum ni bila marah2 tu dia berlakon je...penyokong kena tipu kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Anwar melutut pada Yahudi..Tong Najis awal lagi dah melutut kat Anwar sebab nak lantik dia jadi Murshitdul Am....biasa le anwar cium bontot yahudi, tong najis cium bontot anwar, ularmak pas pulak cium bontot tong najis, ahli pas yang lain cium bontot DAP hahahahha dah kena sesangat le tu......cuma Ulamak Kapal Ging jer cakap deyy "Anwar harus bertaubat'

Tanpa Nama berkata...

eh, eh,
hampa salah la. anWAR bukan pi mintak maaf pun dekat kawan rakan yahudi dia. depa tu yg mintak maaf ka dia pasai depa salah paham mengenai strategi dia. anWAR ni nak bagi nampak kata anti-zionist di kampung dia adi dia berlakon la tapi bila pi amareka dia habaqla ka depa tu cuma strategi dia nak pelingkup kerajaan bn...

lawakantararasa