Selasa, 20 Julai 2010

NIK AZIZ PUN ORANG JUGA, PENCACAI PAS TAK PAYAH DOK SEMBAH LEBIH-LEBIH!

Gambar daripada khusairitgmalim.blogspot.com mendakwa foto ini Tok Guru Nik Aziz ketika bersanding tahun 1950an, bukti Nik Aziz juga adalah manusia biasa, tak payahkah sembah-sembah dia


Pelik tapi benar - PAS menolak mentah-mentah huluran tangan UMNO untuk bersatu atas alasan UMNO tidak bertunjangkan Islam, tetapi PAS dan DAP bersatu dalam pelukan hangat walaupun DAP dan Islam adalah jauh panggang dari api.

Jelas, Islam bukan alasan sebenar PAS untuk menolak perdamaian dengan UMNO. Kerana jika Islam menjadi syarat bagi PAS untuk bersatu dengan mana-mana parti politik, sudah pastinya PAS tidak akan bergabung dengan DAP dan PKR pun.

Islam menyeru umatnya bersatu. Mengikut Islam, orang yang mula-mula menawarkan perdamaian dengan ikhlas dan tanpa syarat dan muslihat adalah mulia. Dan sesiapa yang menolak salam perdamaian dari saudara seagama dan sebangsa adalah sebenarnya dikuasai iblis.

Jika pengikut PAS benar-benar memahami ajaran Islam mereka pasti menerima tangan UMNO untuk bersalaman dengan baik dan meninggalkan permusuhan yang dibawa oleh Tok Guru mereka.

Malangnya, ramai pengikut PAS telah memilih untuk mendengar ajaran Tok Guru berbanding ajaran Al-Quran. Mereka memilih untuk terus bermusuhan dari bersalaman sesama saudara seagama.

Lebih malang ialah apabila pemimpin PAS juga memilih untuk terus membawa pengikut mereka menjauhi ajaran Al-Quran dan terus-terusan menurut hasutan Tok Guru. Sedangkan, kebanyakan mereka tahu bahawa adalah kritikal bagi Umat Melayu di Malaysia untuk bersatu pada hari ini.

Dalam menolak perdamaian UMNO, Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang telah menuduh dan memperlekeh huluran tangan UMNO sebagai strategi Pilihanraya dan loyar buruk semata-mata.

Kedudukan umat Islam di Malaysia tidak boleh tidak, bergatung kepada Pilihanraya. Malah kelemahan umat Islam di Malaysia hari ini adalah berpunca dari perpecahan yang dibawa oleh pemimpin politik Melayu yang beragama Islam yang gila ingin memenangi Pilihanraya. Segala-galanya kerana pemimpin Melayu Islam ini teringin sekali untuk memegang kuasa.

Walaupun berpecah, umat Melayu Islam di Malaysia bertuah dan terselamat sehingga kini kerana pemimpin Melayu Islam yang memegang kuasa kerajaan pusat punya kredibiliti dan keprihatinan yang tinggi terhadap saudara Islamnya. Prihatin tanpa kredibiliti tidak akan membawa erti malah akan melemahkan lagi umat Islam sepertimana yang berlaku di Kelantan. Kerana PAS tiada kredibiliti jugalah maka umat Melayu Islam di Pulau Pinang ditindas sewenang-wenang oleh teman tidur PAS iaitu DAP. Inilah bukti pentingnya pilihanraya kepada nasib umat Melayu Islam di Malaysia.

Benar, UMNO hari ini bukanlah sempurna, tetapi begitu juga dengan PAS dan semua parti-parti politik di dunia. Tetapi, Alhamdulillah, sehingga kini UMNO mampu menjaga umat Islam di Malaysia dengan baik, yakni membolehkan kita semua hidup dengan selesa, selamat dan harmoni. Tanpa UMNO, umat Islam di Malaysia tidak akan mengenali MARA, UiTM, Tekun, Prosper, Felda, DEB dan lain-lain yang telah memainkan peranan penting membentuk kehidupan majoriti umat Melayu Malaysia hari ini.

Berjudi dengan nasib dalam pilihanraya adalah perbuatan bodoh. Walaupun seseorang itu akan menjadi lebih kuat dan lebih baik dengan belajar melalui kesilapan, namun ketahuilah bahawa tidak semua kesilapan dapat diperbetulkan.

Bagi rakyat di sebuah negara majmuk dengan minoriti rasis memegang kuasa ekonomi seperti Malaysia, antara kesilapan besar dalam hidup yang tidak boleh berpatah balik walaupun mengalirkan air mata darah, ialah tidak meletakkan pemimpin yang tepat di Putrajaya. Nasib umat Islam di Malaysia terletak kepada pemimpin di Putrajaya melalui pilihanraya.

Jika Ustaz Ahmad Awang menyatakan UMNO ingin bersatu dengan PAS kerana Pilihanraya, itu tidak ada salahnya. Malah atas alasan apa sekalipun, usaha untuk bersatu adalah satu usaha yang mulia dan tindakan PAS menolaknya adalah tindakan yang hina lagi dikeji dalam Islam.

Jika pengikut PAS benar-benar menyembah Allah S.W.T dan bukannya Tok Guru, mereka wajar menerima salam perpaduan ini dengan ikhlas dan berlapang dada sepertiana ajaran Islam, demi masa depan ummah. Tolaklah permusuhan yang dibawa oleh Tok Guru, ketepikanlah kedangkalan pemikiran pemimpin seperti Ustaz Ahmad Awang dan yang sepertinya.

Hanya pengikut PAS yang boleh mengubah pendirian pemimpin PAS. Tetapi andainya tidak mampu mengubah pendirian mereka, UMNO sentiasa terbuka menerima pengikut PAS dan tidak pernah menolak hakikat bahawa mereka adalah saudara seagama.

Sumber Malaysia-Instinct

MctHeory:
Nik Aziz bukan Ulamak! Bukan Wali! Bukan dewa-dewa. Dia hanya manusia biasa yang memperjuangkan Pas dengan berlakon menjadi ulama POLITIK!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya melayu benok sja yang sokong pas ni..

Tanpa Nama berkata...

saya harap penyokong pas berfikirlah dengan waras.mana anda mau dap yang terang terang bencikan melayu,atau pkr yang telah murtad atau pas sendiri yang juga hampiri sesat.DALAM UMNO TAK SEMUANYA BAIK ADA YANG JAHAT.PILIHLAH DENGANHATI YANG TERBUKA.

FIKIRKANLAH SIAPA YANG MEERINTAH MALAYSIA SEHINGGA IA MENJADI SEBUAH NEGARA YANG PALING MAJU DALAM NEGARA ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

ulamak pun manusia juga tak lari dari dosa dan noda.tak heran kalau ulamak pun masuk neraka.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz tu org lama...so pemikiran dia tetang politik dunia dan akhirat tak sehaluan
hidup dia penuh dgn dendam kesumat..apa selama ni...negeri yg di perintahnya betul2x mengikut acuan Islam 100%...
seperti zaman NabiMuhhammad,para sahabat..para khalifah..bg aku jauh panggang dari api...zaman kegemilagan Islam...musuh pun takut dgn kekuatan Islam..ekonomi umat islam yg kuasa...ilmu..umat Islam kuasai...zaman PAS...dimalaysia Pas hanya menang pada fitnah,dendam,ketaksupan pada pemimpin diatas...apa yg hebat Pas memerintah kelantan..dr segi ekonomi rakyat masih jauh ketinggalan..ape beraninya Pas bila berhadapan dgn DAP..bg aku Pas lom mampu menjadi parti politik
yg mampu membela agama Islam..Pas lemah dari setiap sudut..dunia..dan Akhirat...hanya pemimpinnye jee yg syok sendiri..

Zaman Pas menjadi pembangkang pon lemah...membela Islam..Zaman PR memerintah punlemah..kerana hilang majority bersuara di parlimen..sistem sekular tetap juga hidup..krn disokong kwn akrab PAS ..PKR/DAP

Undi Pas rugi dunia akhirat

Tanpa Nama berkata...

ini bukan ulamak tapi ular dalam semak

Tanpa Nama berkata...

Nik AZIZ mengeluarkan pendapat semata mata berdasarkan dendam kesumatnya terhadap UMNO je... kemudian di hiasi dgn ayat quraan dan hadis yg di tafsirkan ikut kepala hotaknya...tu yang penyokong Totok PAS membuta tuli sokong...tanpa merujuk kepada al quraan & hadis dan tafsiran sebenar. nampak gaya dah jatuh hukum syirik la kalau itu pegangan nya....fatwa nik aziz lebih diutamakan dari al quraan dan hadis.. aku gerenti lepas ni ada yg akan tulis, UMNO pun sama...

Tanpa Nama berkata...

bukan ulamak besar tapi ulamak kepala butuh besar hahahahahhahahha

SOKONG BN TAPI TETAP UNDI PR berkata...

MAHATHIR PUN ORANG BIASA JUGA, TAK PAYAH PUAK2 UMNO NAK AMPU DAN MENJUNJUNG BAGAIKAN MAHARAJA AGUNG...!!!

Tanpa Nama berkata...

Tengok orang PAS nyer spin..ini citer pasal ulamark trompah.. bkn Mahathir Mohamad, apa kes kaitkan dia plak...sah minum air cuci kaki wali trompah banyak sangat da nie.

lord ried berkata...

ALOO PEJUANG BEWAK SESAT LAGI MENYESATKAN.....salam mentekedarah taik seropa ngan salam satu malaysia.

SYABAH KAT BEWAK MC....BEREMPASPULAIH DOK CAGHI BAHAN2 SUH KITA MASUK SARANG BEWAK.

MEH NAK HABAQ.......
SYAIDINA OMAQ ALKHATTAK LAGI TERUK....TANAM ANAK POMPUAN IDUP2.
TAPI BULI JADI AMIRULMUKMININ. KISAH DULU TOSAH DOK UNGKIT. KITA
DOK HU HA HU HA HAK LANI.

KALU SEMAH KATIB TU TAK TUTUP PALA TAKLEH NAK JADI UMMULMUKMININ. CIUAM SHAH RUKH KHAN PULA TUH. GATAI.........

he he he
gurau ngan beawalks warrior.

Tanpa Nama berkata...

Lu ni mesti puak2 umNO yng ada penyakit mental illness... itu psal ler korang sentiasa sakit hati n marah kat Tok Guru Nik Aziz tanpa sebab. Satu je soalan aku nak tnye kat korang n pemilik blog ini. Korang dh pernah bersemuka dgn beliau or dh pernah ke ziarah dia di rumah??? Kalau u all tak pernah lg jmpe baik korang tak payah nak kutuk-2 org tua tu pasal u all pn tak kenal peribadi dia yng sebenar so kalau setakat dengar citer org je atau setakat dengar dari media pro umNO tak payah ler buat dosa nak kutuk-2 org.Korang kaji ler balik sape yang tipu sape.Aku pun heran dgn sikap puak-2 umNO yng sentiasa sakit hati dgn tok guru walhal kehidupan dia penuh kesederhanaan jika nak dibandingkan dengan pemimpin umNO yang mengumpul kekayaan tanpa memperdulikan nasib rakyat.Contoh yang paling nyata korang tengok Ex MB Selangor yang buat banglo berjuta-juta ringgit.Kalau korang nak tengok betapa pemimpin umNO ni hidup dgn kemewahan pergi ler ke pan pacific hotel Kl then korang tengok ramai di kalangan pemimpin yng hisap cerut bernilai ratusan ringgit sebatang siap ada bilik khas dan pelayan yng akan menghidangkan mereka cerut-2 import.Ini hanya beberapa contoh yng kecil n bnyak lg kehidupan mereka yng mungkin korang puak-2 umNO di kampung2 tak tahu n masih dok percaya dgn sandiwara mereka bila berhadapan dgn rakyat di kampung2.Zaman nak bodek rakyat dgn kain batik n pelikat dh berlalu bRO. !!!"LU PIKIRLAH SENDIRI" kata Nabil...

Tanpa Nama berkata...

hanya melayu bodoh je sokong umno ni..xsedar2 lg umngok 2 suka mkn duit rakyat. bodoh xabes2. biarlah mereka yang bodoh dgn kebodohan mereka. Pemimpin Umngok korang-Najib tu nk pimpin rosmah ke jalan yang benar pn xleh, mcm mana nk pimpin rakyat? jgn pikir untung dunia je..akhirat yg lebih penting.

Tanpa Nama berkata...

at least penampilan dia berubah walaupun masa dia muda2x macam tuh.

ada ke pemimpin umno mcm tu? aku tengok, dah tua pun makin "langgar" semacam jer...

Allah bagi peluang manusia bertaubat selagi bernafas, jadi tak salah kita ikut sama bertaubat.

Jgn hina cara pemakaian MB Kelantan itu, at least dia ikut Sunnah nabi...