Ahad, 18 Julai 2010
PANAS! PENGARAH JAKIM PUN PENYOKONG PAS?!
Satu lagi berita panas yang Mc pun agak terkejut gak dengan keadaan ini. Apa nak jadi la dengan Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan kita sekarang. Boleh dikatakan semuanya sudah jadi lubuk puak pembangkang dok 'train' ahlul mereka membiak.
Ini lagi satu manusia yang penulis tak berapa nak faham.
Selaku Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepatutnya seorang yang bersifat bebas daripada politik.
Dan kalau hendak berpolitik sangat pun, pilihan sama ada berhenti daripada Jakim atau pilih untuk menyokong kerajaan yang memberikan peluang kepada dirinya mengetuai Jakim.
Bukan apa yang penulis berbulu sangat dengan Wan Mohamad ni, semalam, ketika satu program anjuran Jakim di Kelantan, Ketua Pengarah Jakim ni siap cium tangan Nik Aziz lagi.
Apa ni...janganlah merepek sampai begini sekali. Siap cium-cium tangan, apa hal lu beb?
Kalau sayang sangat kat Nik Aziz, tinggalkan ajelah Jakim tu dan pergi kerja kat Kelantan.
Kalau tidak, jangan nak buat benda-benda merepek camni.
Suka tak suka, hakikatnya kalau dah duduk di bawah agensi kerajaan pusat, sokonglah kerajaan itu. Jangan hendak retorik dengan berkata "kita demokrasi...kita bebas pilih sesiapa pun untuk disokong".
Hotak kau...cakap-cakap camtu boleh pakai bila sudah tidak mengepalai agensi kerajaan pusat.
Kalau tidak, tangan mana yang tolong sampaikan rezeki dari tuhan, tangan itulah yang perlu dicium.
Kalau tak nak...silakan berambus.
Nampaknya Jakim perlu pembersihan daripada puak-puak PAS.
Sebelum ini kecoh Proton menjadi lubuk penyokong PAS...nampaknya dengan Ketua Pengarah camni, Jakim pun dua kali lima jugaklah.
Budaya duduk dalam agensi-agensi penting kerajaan pusat tetapi cenderung kepada pembangkang ini perlu disekat bermula sekarang.
Budaya ini tidak boleh dibenarkan untuk terus bercambah.
Ramai lagi yang benar-benar menjiwai semangat kerajaan yang ada hari ini dan mereka-mereka ini bila-bila masa sahaja boleh ambil tempat orang macam Wan Mohamad ini....as simple as that!
Ramai lagi penyokong kerajaan yang boleh ambil alih tempat Wan ni.. jangan tanggung risiko, nanti makan diri.
Sumber Malaysia Instict
MctHeory:
Macam mana boleh terlepas pandang ni. Ustaz Jamil tak sedar ke keadaan ni. Kalau kepala dah macam ni, sahihla anak buah bawah dia lagi teruk!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
Sekarang ni dah 80% pegawai dan kakitanagn jakim adalah PAS. Ramai yang berwajah munafiq.depan sokong najib, belakang sokong Nik Ajib. Saya tahu lah sebab saya belajar di Mesir. Ramai kawan2 saya dan termasuk saya minta nak kerja di JAKIM, tapi sbb mereka tahu kita orang ni sokong UMNO terus mereka sekat. Tetapi yang kuat-kuat PAS bila mudah saja minta jadi pegawai jakim. Ni yang saya sedih. Lepas tu mereka kerja sambil lewa sahaja. Mereka tak ikhlas dan bersungguh2 nak menjayakan usaha kerajaan dalam penyebaran Islam.Kalu kerajaan berjaya maknanya BN berjaya dan PAS akan kalah.Inilah yang saya dengar dari kawan-kawan saya di JAKIM.
aloo BEWAK DAN BUKAN BEWAK.....
DARIPADA HEMPA DOK MELALUT TAK TENTU PASAI......
Kedua: Riwayat Abi Tha’labah
أخبرنا أبو طاهر الفقيه ، أخبرنا أبو حامد بن بلال ، حدثنا محمد بن إسماعيل الأحمسي ، حدثنا المحاربي ، عن الأحوص بن حكيم ، عن المهاصر بن حبيب ، عن مكحول ، عن أبي ثعلبة الخشني ، عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : « إذا كان ليلة النصف من شعبان اطلع الله إلى خلقه فيغفر للمؤمن ، ويملي للكافرين ، ويدع أهل الحقد بحقدهم حتى يدعوه »
Abu Tahir al-Faqih memberitahu kepada kami katanya, Abu Hamid bin Bilal memberitahu kepada kami katanya, Muhammad bin Isma’il al-Ahmasi menceritakan kepada kami katanya, al-Muharibi menceritakan kepada kami daripada al-Ahwas bin Hakim daripada al-Muhasir bin Habib daripada Makhul daripada Abi Tha’labah al-Khusyani daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila malam nisfu Sya’ban Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya lalu mengampunkan orang-orang mukmin membiarkan orang kafir dan membiarkan orang-orang yang berdengki dengan kedengkian mereka sehinggalah mereka meninggalkannya. (al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, jil. 3, hal. 381)
Ramai yang tak sedar termasuk pemimpin negara. Sila ambil perhatian apa yang saya dedahkan adalah kenyataan dan terpulang kepada kerajaan BN untuk menilai dan ambil tindakan dimana perlu atas dakwaan yang saya buat.
"Hakikatnya dimana ada orang Kelantan dalam Perkhidmatan Awam dan GLC dan sebagainya disitulah bersarangnya Fahaman Pas" . Perkara ini tidak dapat dielakkan sebab keadaannya telah berlarutan sejak awal tahun 90an lagi. Cuba tinjau semua Jabatan Kerajaan dan buat peneliaan dakwaan ini. Kenapa kakitangan Putrajaya menyukong pembangkang. Sebab 80% adalah Kelantanese. Macamana Dia orang boleh dikumpulkan disitu. Mereka dinaikan pangkat sungguh pun tak cukup kelulusan dan kekananan. Tengok dimana letaknya pegawai-pegawai kenan Jabatan dalam kumpulan Pengurusan Tinggi. Dia orang ni lah "pelesit" nya.
Masalahnya mereka diberi muka dan mendapat layanan yang berlebihan.
anak kelantan
mukanya pun mcm tak boleh percaya..mmg cahaya munafik..
dah takda isu nak cari makan buat fatwa mcm2..
fatwa solat di angkasa..dan esq..
mcm mana fatwa n.ajis yang memurtadkan siapa yg tak mengundi Pas(bukan penyokong umno/pas yg mengundi umno)
Pngurusan Jakim harus dibubar..makan gaji buta..
Betul betul betu. .
salam,
ramai sgt pegawai perkhidmatan kerajaan d kementerian2, jabatan2 & badan2 berkanun yg menjadi penentang kerajaan yg tegar. lumrah dunia hari ini agaknya kerana rata2 anak2 derhaka kepada ibubapa sendiri, suka melawan guru2 & mempersendakan hukum hakam agama!
inilah akibatnya jika ajaran suci islam dipolitikkan secara sewenang2nya & bergabung plak dgn dajjal mata satu! hancus kesucian islam sebenar.
memang dalam islam kita dibenarkan politik tetapi jika berpolitik sehingga menenggelamkan kesucian islam,lebih baik hentikan saja cara kotor ni...sikit2 sandarkan kepada kisah nabi walhal tindakan selalu lari dari sunnah! sikap enggan berdamai, sombong & bongkak dgn rasa ketinggian darjatnya hingga sukar meletakkan dirinya sebagai seorang muslim berhati mulia yg boleh dibawa berbincang. keras kepalanya mengalahkan budak2 tak cukup akal. kononnya dasar tak sama. rupanya2 dasar dap & pkr sama dgn pas! hehehe
kerajaan selama ini memupuk pembangunan islam di negara kita ini secara berterusan tanpa retorik yg menaburkan janji2 manis syurga firdausi kepada rakyat. dlm kerajaan ada rakan2 bukan islam yg juga bersikap sederhana kerana jika semuanya melampau dlm bercakap & bertindak, sudah lama negara ini bergolak. dah banyak contoh kesan yg kita lihat jika perbuatan melampau dijadikan asas pemerintahan...
sebagai muslim kita tahu bahawa barangsiapa berbuat kebajikan balasannya ialah syurga tetapi sesiapa saja yg buat onar d bumi Allah ni, kerja sambil lewa, cuai, tidak amanah, menipu, curi tulang, melawan majikan, menikam dari belakang, perbuatan & percakapan berlawanan, menabur fitnah, (tak kirala dari parti apa pun, jika melawan majikan tetap dikira berdosa selagi majikan tidak melarang kita beribadah/solat semasa bertugas), merenggangkan ummah dgn fatwa2 mengarut serta mentaklikkan orang lain kafir, tak akan masuk ke syurga Allah SWT selagi tidak bertaubat & minta maaf dengan semua orang yg kita fitnahkan..
tidak cukup jika kita katakan dunia ini jambatan ke syurga. tetapi jika kehidupan di dunia ditakwilkan sebagai hak orang kapir, biarlah deme tu kaya, senang di dunia. kita misin tak apa, nanti akhirat kita punya. hotak ngko!! kalau dah miskin melarat di dunia, nak beramal ibadatpun tak selesa, nak bersedekah berderma pun tak mampu, macam mana nak mencari pahala? kalau asyik mengeluh nak makan pun susah, nak tidorpun tak boleh, kerja pun tak ada, anak2 pun tak bersekolah, ilmu tak ada, macam mana nak hidup senang..
tambah2 jika ibubapa asyik menyalahkan semua pihak lain termasuk kerajaan dlm segala hal tanpa mahu muhasabah diri..di mana peranan ibubapa sebenar jika semua didikan diserahkan kepada guru & ustaz/ustazah di sekolah? bagaimana pula tugas ibubapa dlm mendidik anak2 jika anak2 akhirnya menjadi manusia yg tidak tahu bersyukur langsung? menggigit tangan yg selama ini menghulurkan bantuan & pertolongan?
bagaimana mahu kita jadikan anak2 insan kamil jika dari awal lagi kita didik mereka memaki hamun semata2 percaya kata2 bahawa Allah 'mencarut' dlm AlQuran?
na'uzubillah...bila la manusia2 ni nak insaf. jgn hanya kerana kuasa politik yg tak pernah kekal di dunia ni, semuanya nak kita putarbelitkan. cukup2la mengeluarkan kenyataan2 yg tidak menguntungkan sesiapa kecuali mempopularkan diri, mengagung2kan kedudukan kononnya ulama tersohor sedangkan umat islam di negara ini berpecahbelah kerana perbuatan & perkataannya...
mengenangbudi
K.Pengarah JAKIM tu bekerja dengan Kerajaan Malaysia bukan kerajaan UMNO. Kalau duit UMNO yang bayar gaji K.Pengarah JAKIM, saya setuju K.Pengarah JAKIM tu letak jawatan. Sebab aku pun bekerja dengan Perkhidmatan Awam Malaysia bukan Perkhidmatan UMNO Malaysia. UMNO cuma meneraju tampuk pemerintahan. Sebab itu lah selagi boleh kaut UMNO akan kaut macam duit mak bapak depa.
Bila pro syiah berjumpa dg pro syiah macam itu lah jadinya sangguplah cium macam-macam...
tak salah cium tangan orang lebih tua daripada kita....
salam,
saya sebagai ahli UMNO sentiasa berpendapat nik aziz sebagai tok guru dan sebagai ilmuan dalam Islam saya sentiasa berdoa agar tok guru dapat bersama kita dalam perjuangan kita agak keterlaluan kiranya kita melebelkan pengarah jakim sebagai orang yang beragenda politik... kalu diberi peluang saya pon ingin memeluk nik aziz....Perjuangan Nik Aziz sangat murni kalau semua kita fahami...cubalah FAHAMI sebagai orang islam kita kena dan wajib sokong Ulama....dan Nik Aziz tergolong dalam golongan itu tak salah pengarah Jakim nak cium tangan tok guru yang lebih ilmu agama dari dia.... saya cuma x SOKONG NIK AZIZ DALAM POLITIK SEBAB....rata-rata ahli PAS tidak mengikut pertimbangan rasional dalam merancang strategi dalam usaha untuk memerintah....Dan PAS tidak kreatif dalam usaha memerintah Saya ingin memohon SEMUA AHLI UMNO SUPAYA KITA RANCANG MACAM MANA NAK SEBARKAN ISLAM DENGAN LEBIH BERKESAN SEBELUM PRU KE 13 KALAU TAK KEDAH X AKAN DAPAT BALIK KAT KITA, kita berbalik kepada paksi perjuagan islam dan automatik PAS AKAN jadi SAHABAT kita
Catat Ulasan