Sponsor

Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan

Selasa, 3 Jun 2014

HOT!! Cerita Sebenar Disebalik 'Babi' Dalam #Cadbury!!


Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?

Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..

Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot' dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM..

Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]

menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!


Setakat itu, 2 persoalan yang timbul;

1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan?
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..

2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
- Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!

Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.

Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.

1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini?
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia.

Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka.

Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.

sambung baca SINI

Jumaat, 24 September 2010

JAKIM DIMINTA BERJAGA-JAGA DISEBALIK PENIPUAN UNTUK MENDAFTAR SIJIL HALAL!!


Semenjak JAKIM dan pengguna Islam melakukan serbuan keatas Food Republic (medan selera Pavilion KL) dan mendapat liputan luas media tempatan. Tokey-tokey restoran berbangsa cina sudah mula mengelabah. Tapi tahukah anda, semasa serbuan JAKIM dan pengguna Islam keatas Medan Selera Pavilion, hanya akhbar berbahasa melayu sahaja yang melaporkannya. Akhbar Utusan Malaysia (muka surat hadapan), Berita Harian (muka surat hadapan) dan Harian Metro (muka surat belakang).

Akhbar berbahasa inggeris macam The Star, Times dan lain-lain langsung tak laporkan perkara ini. Akhbar cina lagi la, jangan harap nak lapor kalau pasal buruk kaum diorang kena cekup. Kat sini pun kita dah nampak sifat perkauman dalam melaporkan berita yang benar.

Sambung balik pasal JAKIM,

Selepas medan selera Pavillion kena serbu, tokey-tokey cina yang selama ni bersenang lenang mengunakan sijil halal swasta, kini sudah mengelabah. Dulu mereka menrendahkan keupayaan JAKIM kini mula serba tak kena mencari lubang untuk menyelamatkan diri.

Bagus apabila tokey-tokey restoran ni mula nak apply halal dari JAKIM. Terjamin sikit rasanya nak makan, tak la dibelenggu rasa sangsi takut nak makan kat kopitiam atau restoran tokeynya berbangsa cina. Sebab prosedur untuk memohon sijil halal dari JAKIM ni ketat sikit. Kalau tak betul-betul gunakan gunakan barangan yang halal, pasti takkan lulus.

Senarai pembekal makanan akan diperiksa.

senarai pekerja yang bekerja juga akan diperiksa.

Data syarikat juga akan diperiksa.

Cara beroperasi dan juga perlaksanaan kerja juga pasti akan diambil tahu.

dan lain-lain lagi.

Itu yang bagusnya apabila sijil halal yang disahkan oleh JAKIM. Kalau permohonan untuk restoran atau kilang pembuatan makanan, jumlah pekerja MELAYU ISLAM juga diambil kira untuk kelulusan sijil halal JAKIM. Jika tak cukup jumlah pekerja melayu yang bekerja didalam restoran tersebut, pasti permohonan sesebuah restoran tersebut akan gagal.

Perkara inilah yang selalu ditipu oleh tokey-tokey cina. Kilang-kilang pembuatan makanan yang dimiliki oleh kaum cina amat susah nak ambil orang melayu bekerja. Kalau ada pun mungkin sebagai pembasuh/pemcuci ataupun pengawal sahaja.

Sama juga macam restoran, ada sesetengah restoran, langsung takada orang melayu bekerja. Jadi macam mana nak dijamin halalnya makanan tersebut. Bila JAKIM ketatkan peraturan ini, mulalah tokey-tokey cina ni pening kepala. Cara paling senang ialah dengan menipu JAKIM. Macam mana cara menipu?

Sebuah syarikat F&B (food and beverage) kemungkinan ada dua atau tiga cawangan yang berasingan. Kemungkinan dalam satu cawangan restoran ada 1 pekerja melayu atau dua pekerja melayu sahaja. Itupun hanya dibahagian juruwang. Bila JAKIM meminta data pekerja melayu, syarikat ini akan senaraikan semua pekerja melayunya dalam permohonan tersebut. Kononnya untuk 1 restoran sahaja.

Selalunya sebelum pegawai penguatkuasa JAKIM datang memeriksa sesebuah restoran yang memohon, pegawai tersebut akan maklumkan kepada syarikat terlebih dahulu. Jadi, sempatlah syarikat yang memohon menghimpunkan kesemua pekerja melayunya. Disinilah terletaknya kesilapan JAKIM, patutnya semasa datang untuk membuat pemeriksaan, JAKIM tidak perlu maklumkan terlebih dahulu. Terus je datang dan periksa.

Ada juga kes terpencil yang melibatkan pengunaan wang sebagai sumber kelulusan. Atau nama glamornya dipanggil 'RASUAH'. Mc dapat tahu, ada pegawai JAKIM yang mengumpan, nak lulus cepat ke lulus lambat? Kalau nak cepat, faham-faham aje la, mestila mau hulor.

Mc minta pegawai JAKIM yang terbabit dalam meluluskan sijil halal ni, sedar diri sikit. Kamu semua melakukan suruhan Allah, pekerjaan kamu adalah pekerjaan yang baik. Jika kamu jujur dalam bekerja, insyallah kamu pasti akan perolehi pahala yang banyak kerana kerja kamu umpama ibadat, menjaga makan minum masyarakat orang Islam lain dari tercemar dari sumber yang haram.

Kalau ada pegawai JAKIM yang berminat nak buat jugak, buatlah.. Mc beri amaran, jika Mc dapat kesan mana-mana pegawai JAKIM yang bersifat demikian. Mc akan dedahkan segala peribadinya dalam blog ini dan kepada media aliran perdana. Biar 1Malaysia tahu 'inilah pegawai JAKIM yang makan rasuah'.

Kalau berani cubalah!!..

Berani kerana benar, takut kerana salah.

P/s: Moga Allah memberi rahmatnya kepada pegawai JAKIM yang benar dan jujur bekerja. Aminn....

MctHeory:
Rasuah musuh negara! Perlu diingat!!

Selasa, 24 Ogos 2010

PANAS! BANYAK BETUL MUSANG BERBULU AYAM DALAM JAKIM!

Patutla JAKIM sekarang ni kelihatan amat lemah sekali. Kebanyakkan pegawai dan kakitangan atasan boleh dikatakan semuanya ahli dan penyokong Pas. Masalah besar jika ambil penyokong Pas ni bekerja, sebab mereka ni bukan nak bekerja sangat pun. Mereka ni lebih kepada berpolitik dari membuat kerja. Bila asyik berpolitik, kerjaya akan terganggu, tumpuan pada kerja juga akan terjejas.

Ada pulak yang beritahu Mc, 80 peratus kakitangan JAKIM adalah orang Pas. Sistem semasa nak temuduga juga berpilih, maknanya jika anda orang Pas. Semasa temuduga nanti confirm la senang dapat kerja kat JAKIM. Macam mana la tak ramai orang Pas dalam JAKIM jika pengarahnya pun penyokong kuat Pas. Nak baca klik sini.

Blog Sanggul Melayu pun ada cerita pasal penolong pengarah bahagian JAKIM yang terang-terang mengutuk Kerajaan BN didalam FaceBooknya (FB). Malah beliau berasa bangga dengan berbuat demikian. Nama sebenar beliau adalah Nor Hafizi bin Ab Rahim. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Khariah, JAKIM. Tengok gambar dibawah, klik untuk besarkan lagi gambar.


Sudah jelas dan terbukti bahawa si Hafiz ni musang berbulu ayam dalam JAKIM. Kenapa la Menteri yang berkaitan tidak membuat pantauan keatas Jabatan Agama yang paling penting dalam Malaysia ni. Jangan disimpan orang macam ni lama-lama, ini adalah satu barah yang sedang merebak dalam kerajaan sekarang.

P/s: Terlalu ramai kakitangan kerajaan yang tidak tahu mengenang budi. Mereka perlu diajar!

MctHeory:
Gertak sikit orang macam ni. Jangan biarkan!

Isnin, 26 Julai 2010

PANAS: ISU HALAL! KERAJAAN PERLU GUBAL UNDANG-UNDANG KHAS!


Kecoh sekarang ni, sana haram-sini haram. Kopitiam Old Town haram, siap jumpa kaki katak lagi, Papa Rich pun diragui, Simply Penang pun sama juga. Steven Corner pun guna sijil halal swasta, kedai roti popular di Malaysia BreadStory pun tak pernah ada halal, tapi sebab ada juruwang melayu pakai tudung, orang melayu kita pun pergi beli sebab ingat halal. Ini baru sikit contoh kedai makan di Malaysia yang tidak mempunyai sijil halal Jakim, banyak lagi yang hanya beli sijil halal swasta untuk buat wayang depan kedai kononnya makanan mereka halal.

Dalam post yang terdahulu, Mc sudah memberi contoh logo-logo halal yang perlu diragui dan logo halal yang mana pula kita boleh percaya. Nak baca klik sini. Sekarang ni, JAKIM dan Jabatan agama Islam negeri hanya boleh memberi saranan dan nasihat sahaja pada pengguna mengenai halal dan haram. Malah jika restoran dan kopitiam ini masih menggunakan 'halal swasta' yang diragui, pihak jabatan agama Islam tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka pun. Nak ambil tindakan macam mana, jika akta yang berkaitan dengan perkara ni tidak wujud. Jadi, kopitiam dan restoran ni masih bebas menggunakan 'halal swasta' yang hanya sekeping sticker buat wayang untuk tipu melayu Islam.

Kenapa Mc kata 'Halal Swasta' diragui? Sebabnya Mc sendiri pernah tengok kawan Mc buat permohonan untuk ambil 'halal swasta' IFRC (Islam Food Reseach Center Asia). Dalam masa dua minggu, kawan Mc tu dah dapat sijil halal dan sticker halal. Syarikat 'halal swasta' cuma ambil dokumen pembekal dan senarai barang yang diguna untuk membuat makanan. Tidak pernah syarikat swasta terbabit menghantar wakil untuk memeriksa dan buat tinjaun dikedai makan yang memohon kepadanya. Hantar borang, bagi dokumen dan bayar. Lepas tu boleh dapat sijil halal. Senangkan!

Salah satu syarikat yang menggunakan 'halal swasta' ni ialah syarikat dari Singapore, Apex Management. Apex Management ni mengendalikan kopitiam, kedai roti, restoran dan food court seluruh Malaysia. Food Republic, food court terletak di dalam Pavilion ni adalah salah satu bidang perniagaan Apex Management. Mc pernah bersua dengan Area Operation Manager (AOM) Apex Management ni, namanya Ning Wei How, semasa ada taklimat kursus perniagaan dan pemakanan.

Semasa tu kecoh di akhbar-akhbar yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta. Jais pun ikut sama. Tapi berita pengharaman sijil-sijil halal ni langsung tidak dilayan oleh taukeh-taukeh cina. Mereka hanya tersenyum bila membaca berita seperti ini. Bagi mereka jabatan agama Islam tidak ada kuasa untuk membantah mereka mengunakan sijil halal swasta, malah keterangan dari ejen 'halal swasta' yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta disebabkan sijil halal Jakim sudah tidak laku dan Jakim sudah tidak ada bisnes, atas sebab itu Jakim cuba nak ganggu bisnes 'syarikat halal swasta' ni.

Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan oleh taukeh-taukeh cina tu, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk melarang atau membuat sesuatu keatas restoran yang mempunyai sijil halal swasta, Jakim hanya boleh bertindak keatas restoran yang hanya mempunyai sijil halal Jakim atau restoran yang memalsukan sijil halal Jakim. Selain daripada itu, Jakim memang tidak ada kuasa. Mc ada dengar kerajaan nak gubal akta khas berkenaan dengan perkara ini. Tapi bila? Lakukan secepat mungkin, takkan nak biarkan rakyat terus ditipu dengan halal swasta yang ni. Patutla ramai Melayu Islam yang buta perut, buta hati. Makan makanan yang tak elok rupanya.

Kenapa kita perlu mencari yang HALAL? baca sini!

P/s: Mc minta umat Islam yang baca blog Mc ni, sila jauhkan diri anda dari kopitiam dan restoran yang mempunyai sticker halal swasta, kerana tahap makanannya amatlah diragui. Malah makanan yang kita makan itu tidak terjamin halal dan kebersihannya.

MctHeory:
Tolong sampaikan pesanan ini kepada saudara sesama Islam yang lain. Ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Ahad, 18 Julai 2010

PANAS! PENGARAH JAKIM PUN PENYOKONG PAS?!



Satu lagi berita panas yang Mc pun agak terkejut gak dengan keadaan ini. Apa nak jadi la dengan Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan kita sekarang. Boleh dikatakan semuanya sudah jadi lubuk puak pembangkang dok 'train' ahlul mereka membiak.

Ini lagi satu manusia yang penulis tak berapa nak faham.

Selaku Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepatutnya seorang yang bersifat bebas daripada politik.

Dan kalau hendak berpolitik sangat pun, pilihan sama ada berhenti daripada Jakim atau pilih untuk menyokong kerajaan yang memberikan peluang kepada dirinya mengetuai Jakim.

Bukan apa yang penulis berbulu sangat dengan Wan Mohamad ni, semalam, ketika satu program anjuran Jakim di Kelantan, Ketua Pengarah Jakim ni siap cium tangan Nik Aziz lagi.

Apa ni...janganlah merepek sampai begini sekali. Siap cium-cium tangan, apa hal lu beb?

Kalau sayang sangat kat Nik Aziz, tinggalkan ajelah Jakim tu dan pergi kerja kat Kelantan.

Kalau tidak, jangan nak buat benda-benda merepek camni.

Suka tak suka, hakikatnya kalau dah duduk di bawah agensi kerajaan pusat, sokonglah kerajaan itu. Jangan hendak retorik dengan berkata "kita demokrasi...kita bebas pilih sesiapa pun untuk disokong".

Hotak kau...cakap-cakap camtu boleh pakai bila sudah tidak mengepalai agensi kerajaan pusat.

Kalau tidak, tangan mana yang tolong sampaikan rezeki dari tuhan, tangan itulah yang perlu dicium.

Kalau tak nak...silakan berambus.

Nampaknya Jakim perlu pembersihan daripada puak-puak PAS.

Sebelum ini kecoh Proton menjadi lubuk penyokong PAS...nampaknya dengan Ketua Pengarah camni, Jakim pun dua kali lima jugaklah.

Budaya duduk dalam agensi-agensi penting kerajaan pusat tetapi cenderung kepada pembangkang ini perlu disekat bermula sekarang.

Budaya ini tidak boleh dibenarkan untuk terus bercambah.

Ramai lagi yang benar-benar menjiwai semangat kerajaan yang ada hari ini dan mereka-mereka ini bila-bila masa sahaja boleh ambil tempat orang macam Wan Mohamad ini....as simple as that!

Ramai lagi penyokong kerajaan yang boleh ambil alih tempat Wan ni.. jangan tanggung risiko, nanti makan diri.


Sumber Malaysia Instict

MctHeory:
Macam mana boleh terlepas pandang ni. Ustaz Jamil tak sedar ke keadaan ni. Kalau kepala dah macam ni, sahihla anak buah bawah dia lagi teruk!

Jumaat, 25 Jun 2010

MENGAPA KITA PERLU MENCARI MAKANAN YANG HALAL?



Sebelum topic ini Mc sudah membincangkan mengenai logo-logo halal, yang mana boleh dipercayai dan yang mana statusnya diragui. Nak baca klik sini.

Adakah anda menitikberatkan halal dan haram dalam kehidupan seharian? Mari kita bincangkan bersama-sama. Semoga kita bersama mendapat pengajaran dan ilmu dengan perbincangan ini.

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

1. Mengapa Halal?

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

a. Perintah Tuhan

Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Sumber : Halaqah.net

MctHeory:
Pesanan dari seorang Hamba Allah!

LOGO HALAL? YANG MANA BOLEH DIPERCAYAI?

Topic hari ini berbicara mengenai status logo halal. Kebanyakkan pengguna Islam, tidak menyedari bahawa mereka sering ditipu oleh tuan punya kedai makanan yang mempamerkan sijil halal sedangkan makanan yang dihidangkan, belum tentu terjamin halalnya. Disini Mc mempamerkan logo-logo halal yang paling popular digunakan oleh taukeh-taukeh kedai.


Logo halal JAKIM yang terbaru, hanya logo Halal ini yang betul-betul terjamin Halal makanannya. Jika kedai mempunyai logo halal JAKIM, ini bermakna, kedai itu sentiasa dipantau oleh pegawai JAKIM dan syarat untuk memohon status halal ini juga sangat ketat.



Logo Halal Jakim yang lama, jika ada kedai makanan yang masih menggunakan logo halal ini, bermakna status halal kedai itu sudah boleh diragui. Kerana sudah lama tidak diperbaharui.



Logo Halal Swasta, paling popular dikalangan kedai makanan segera, senang dipohon dan status halalnya diragui. Langsung tiada pantauan!



Ini Halal Swasta yang diragui status halalnya


MctHeory:
Harap pada pembaca dapat menilai yang mana satu logo halal sebenar dan yang mana logo halal tiruan. Logo Halal Swasta, sememangnya memaparkan LOGO HALAL, akan tetapi syarikat swasta terbabit langsung tidak pernah memantau sebelum meluluskan LOGO HALALNYA. Mereka yang membuka syarikat halal swasta ini ialah pihak yang tidak bertanggung jawab, mereka hanya pentingkan keuntungan semata-mata.

Mc harap para pembaca dan pengguna Islam sentiasa berwaspada dengan tipu helah si pemilik restoran yang hanya mahu keuntungan tanpa pedulikan kewajipannya menjaga makanan untuk orang Islam. Jika perlu kita memboikot pemilik-pemilik restoran makanan segera ini, kita mesti lakukan, supaya mereka sedar kuasa yang ada pada pengguna yang beragama Islam.

Tak matilah kalau tak makan PAPARICH, OLDTOWN, BREADSTORY, SIMPLY PENANG, CARLSJUNIOR dan beberapa lagi restoran yang masih menggunakan LOGO HALAL swasta yang amat diragui status HALAL. Jangan bagi muka pada mereka yang pentingkan keuntungan semata-mata. Jika benar mereka menggunakan barangan halal, mengapa takut untuk memohon status dan logo halal dari JAKIM? Fikirla sendiri!

Untuk keterangan lanjut, lawati HALAL.GOV

MctHeory:
Pesanan dari hamba Allah kepada Saudara-saudaranya.