Isnin, 26 Julai 2010

PANAS: ISU HALAL! KERAJAAN PERLU GUBAL UNDANG-UNDANG KHAS!


Kecoh sekarang ni, sana haram-sini haram. Kopitiam Old Town haram, siap jumpa kaki katak lagi, Papa Rich pun diragui, Simply Penang pun sama juga. Steven Corner pun guna sijil halal swasta, kedai roti popular di Malaysia BreadStory pun tak pernah ada halal, tapi sebab ada juruwang melayu pakai tudung, orang melayu kita pun pergi beli sebab ingat halal. Ini baru sikit contoh kedai makan di Malaysia yang tidak mempunyai sijil halal Jakim, banyak lagi yang hanya beli sijil halal swasta untuk buat wayang depan kedai kononnya makanan mereka halal.

Dalam post yang terdahulu, Mc sudah memberi contoh logo-logo halal yang perlu diragui dan logo halal yang mana pula kita boleh percaya. Nak baca klik sini. Sekarang ni, JAKIM dan Jabatan agama Islam negeri hanya boleh memberi saranan dan nasihat sahaja pada pengguna mengenai halal dan haram. Malah jika restoran dan kopitiam ini masih menggunakan 'halal swasta' yang diragui, pihak jabatan agama Islam tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka pun. Nak ambil tindakan macam mana, jika akta yang berkaitan dengan perkara ni tidak wujud. Jadi, kopitiam dan restoran ni masih bebas menggunakan 'halal swasta' yang hanya sekeping sticker buat wayang untuk tipu melayu Islam.

Kenapa Mc kata 'Halal Swasta' diragui? Sebabnya Mc sendiri pernah tengok kawan Mc buat permohonan untuk ambil 'halal swasta' IFRC (Islam Food Reseach Center Asia). Dalam masa dua minggu, kawan Mc tu dah dapat sijil halal dan sticker halal. Syarikat 'halal swasta' cuma ambil dokumen pembekal dan senarai barang yang diguna untuk membuat makanan. Tidak pernah syarikat swasta terbabit menghantar wakil untuk memeriksa dan buat tinjaun dikedai makan yang memohon kepadanya. Hantar borang, bagi dokumen dan bayar. Lepas tu boleh dapat sijil halal. Senangkan!

Salah satu syarikat yang menggunakan 'halal swasta' ni ialah syarikat dari Singapore, Apex Management. Apex Management ni mengendalikan kopitiam, kedai roti, restoran dan food court seluruh Malaysia. Food Republic, food court terletak di dalam Pavilion ni adalah salah satu bidang perniagaan Apex Management. Mc pernah bersua dengan Area Operation Manager (AOM) Apex Management ni, namanya Ning Wei How, semasa ada taklimat kursus perniagaan dan pemakanan.

Semasa tu kecoh di akhbar-akhbar yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta. Jais pun ikut sama. Tapi berita pengharaman sijil-sijil halal ni langsung tidak dilayan oleh taukeh-taukeh cina. Mereka hanya tersenyum bila membaca berita seperti ini. Bagi mereka jabatan agama Islam tidak ada kuasa untuk membantah mereka mengunakan sijil halal swasta, malah keterangan dari ejen 'halal swasta' yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta disebabkan sijil halal Jakim sudah tidak laku dan Jakim sudah tidak ada bisnes, atas sebab itu Jakim cuba nak ganggu bisnes 'syarikat halal swasta' ni.

Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan oleh taukeh-taukeh cina tu, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk melarang atau membuat sesuatu keatas restoran yang mempunyai sijil halal swasta, Jakim hanya boleh bertindak keatas restoran yang hanya mempunyai sijil halal Jakim atau restoran yang memalsukan sijil halal Jakim. Selain daripada itu, Jakim memang tidak ada kuasa. Mc ada dengar kerajaan nak gubal akta khas berkenaan dengan perkara ini. Tapi bila? Lakukan secepat mungkin, takkan nak biarkan rakyat terus ditipu dengan halal swasta yang ni. Patutla ramai Melayu Islam yang buta perut, buta hati. Makan makanan yang tak elok rupanya.

Kenapa kita perlu mencari yang HALAL? baca sini!

P/s: Mc minta umat Islam yang baca blog Mc ni, sila jauhkan diri anda dari kopitiam dan restoran yang mempunyai sticker halal swasta, kerana tahap makanannya amatlah diragui. Malah makanan yang kita makan itu tidak terjamin halal dan kebersihannya.

MctHeory:
Tolong sampaikan pesanan ini kepada saudara sesama Islam yang lain. Ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Tiada ulasan: