Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Halal. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Oktober 2012

GEMPAR!! Hati-Hati 7 Produk Sejuk Beku Import Ada DNA Babi!!


Pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi.
Antara produk yang tersenarai, tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong, sepit ketam tiruan, bebola ikan berperisa, produk hasil laut dan jejari ikan jenama PFP keluaran Pacific Fish Processing Limited.
Tidak terkecuali produk lain seperti, kaki ketam tiruan jenama A-Roy Mark dikilangkan Smile Heart Food Company Limited (Smile Heart) turut disahkan mengandungi DNA babi.

Mengikut laporan, ini merupakan kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011,” kata Mohd Sokri Hussin, Pengarah JAIPs.

Difahamkan juga, produk sejuk beku keluaran dua syarikat berpangkalan di Thailand itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran berkenaan, kebanyakannya dibeli peruncit termasuk penjaja kecil sebelum dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Berikutan harga yang murah, produk terbabit dikatakan mendapat sambutan berbanding produk yang mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri.
Menurut Pengarah JAIPs, Mohd Sokri Hussin, perkara itu terbongkar selepas pihak berkuasa di sempadan termasuk Jabatan Kesihatan Perlis merampas produk sejuk beku dibawa masuk secara haram sebelum mengambil sampel untuk diuji kandungannya.

“Sejak tahun lalu, kita mengesan empat kes membabitkan produk sejuk beku tidak halal dari Thailand dibawa masuk ke negara ini. Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011.

“Sementara itu, bebola ikan berperisa, produk hasil laut, jejari ikan filamen dan kaki ketam tiruan dikesan Mei dan September lalu. JAIPs sudah melakukan hebahan termasuk menerusi khutbah Jumaat di seluruh negeri selain menasihatkan umat Islam mengelak membeli produk sejuk beku dari Thailand tanpa sijil halal.

“Malah, kita turut menasihatkan peruncit termasuk peniaga pasar malam supaya tidak membeli produk sejuk beku Thailand yang tidak halal serta tiada kelulusan Kementerian Kesihatan kerana dibimbangi memudaratkan orang ramai selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya.

Apa yang lebih memeranjatkan, katanya, ada sebahagian produk sejuk beku yang dirampas itu turut memiliki logo halal dari Thailand yang dikhuatiri mengelirukan umat Islam di negara ini.

sumber

Sabtu, 25 Jun 2011

TERKINI!! SIJIL HALAL! PERCAKARAN DIANTARA JAKIM DAN PIHAK SWASTA!!



Dulu JAKIM ada mengatakan sijil halal yang diperakui oleh kerajaan hanya dari JAKIM, tapi kini pihak swasta dengan keizinan KPDNKK juga telah mengaku, mengeluarkan sijil halal yang sah. Malah Mc difahamkan berlaku salah faham dan percakaran diantara JAKIM dan syarikat swasta (contohnya IFRC).

Malah kedua-dua belah pihak saling tuduh menuduh dalam perkara ini. Apabila timbul isu tuduh menuduh, ia akan membongkarkan keburukkan diantara kedua belah pihak. Ini menyebabkan rakyat berasa sangsi atas kedua-duanya. Hingga menyebabkan tiada siapa yang tahu, yang mana satu sijil halal yang di jamin HALALNYA.

Sekarang ni yang keliru ialah rakyat, yang mana satu sijil halal yang boleh diyakini?

Pihak kerajaan perlu campur tangan dalam hal ini bagi mengelakkan rakyat dari terus keliru dan terkeliru.

Jika ini terus berlaku, pihak ketiga iaitu peniaga cina (bukan semua) yang mahu merosakkan melayu juga akan untung, kerana mereka akan mengambil kesempatan ini dengan mencampur yang mengandungi DNA babi kedalam ramuan tanpa disedari oleh kedua pihak yang bertelagah.

Contohnya seperti yang terjadi pada baru-baru ini, apabila tepung susu dan penambah perasa mempunyai DNA babi. Itu pun baru diketahui setelah bertahun-tahun kita makan makanan yang tersebut.

Mc rasa kedua-dua pihak yang bertelagah ini patut bekerjasama dan saling membantu dalam mencegah perkara sebegini terus berulang.

Kalau perkara ini terus berlaku siapa yang rugi, rakyat juga yang kena. Sebab tu melayu sekarang hati perut hitam sebab selalu makan babi tanpa disedari. Itu yang menyebabkan makin ramai Melayu yang hilang kemelayuannya hingga sanggup untuk gadaikan bangsa  tu.

Banyak sangat makan babi, tertutup pintu hati, Agama pun tak peduli, lama-lama sokong Dap!

Siapa rugi? kita juga..

McTheory:
Dua ekor gajah bergaduh, kancil mati ditengah-tengah!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 15 Jun 2011

Awas!! Selepas susu tepung Dna babi, kini minyak masak pulak disyaki ada dna babi.

Lepas satu, satu pulak yang timbul. Mc difahamkan kini wujud satu lagi keraguan dalam bidang memproses makanan. Ia terjadi apabila minyak masak yang sudah dipakai, diproses kitar semula dan jual dipasaran.

Apa yang kita bimbang ialah, minyak masak terpakai, di ambil dari kedai makan dan restoran yang bercampur2, kemudian dikumpul dan diproses untuk membuat minyak masak semula.

Dibimbangi takut ada minyak yang digunakan untuk mengoreng makanan yang tidak halal kemudian dicampurkan dengan minyak yang lain untuk diproses.

Laporan kepada pihak berwajib sudah dibuat namun sehingga kini masih belum ada jawapan. Mungkin pihak JAKIM sedang mengkaji dahulu kemudian akan memberitahu hal ini kepada semua.

Saranan Mc kepada semua penguna Islam supaya berhati-hati membeli minyak masak dan pilih dari keluaran yang mempunyai logo halal Jakim. Ia terjamin diproses dan dibuat dari sumber yang halal.

McTheory:
Pesanan dari saudara sesama Islam.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 26 Julai 2010

PANAS: ISU HALAL! KERAJAAN PERLU GUBAL UNDANG-UNDANG KHAS!


Kecoh sekarang ni, sana haram-sini haram. Kopitiam Old Town haram, siap jumpa kaki katak lagi, Papa Rich pun diragui, Simply Penang pun sama juga. Steven Corner pun guna sijil halal swasta, kedai roti popular di Malaysia BreadStory pun tak pernah ada halal, tapi sebab ada juruwang melayu pakai tudung, orang melayu kita pun pergi beli sebab ingat halal. Ini baru sikit contoh kedai makan di Malaysia yang tidak mempunyai sijil halal Jakim, banyak lagi yang hanya beli sijil halal swasta untuk buat wayang depan kedai kononnya makanan mereka halal.

Dalam post yang terdahulu, Mc sudah memberi contoh logo-logo halal yang perlu diragui dan logo halal yang mana pula kita boleh percaya. Nak baca klik sini. Sekarang ni, JAKIM dan Jabatan agama Islam negeri hanya boleh memberi saranan dan nasihat sahaja pada pengguna mengenai halal dan haram. Malah jika restoran dan kopitiam ini masih menggunakan 'halal swasta' yang diragui, pihak jabatan agama Islam tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka pun. Nak ambil tindakan macam mana, jika akta yang berkaitan dengan perkara ni tidak wujud. Jadi, kopitiam dan restoran ni masih bebas menggunakan 'halal swasta' yang hanya sekeping sticker buat wayang untuk tipu melayu Islam.

Kenapa Mc kata 'Halal Swasta' diragui? Sebabnya Mc sendiri pernah tengok kawan Mc buat permohonan untuk ambil 'halal swasta' IFRC (Islam Food Reseach Center Asia). Dalam masa dua minggu, kawan Mc tu dah dapat sijil halal dan sticker halal. Syarikat 'halal swasta' cuma ambil dokumen pembekal dan senarai barang yang diguna untuk membuat makanan. Tidak pernah syarikat swasta terbabit menghantar wakil untuk memeriksa dan buat tinjaun dikedai makan yang memohon kepadanya. Hantar borang, bagi dokumen dan bayar. Lepas tu boleh dapat sijil halal. Senangkan!

Salah satu syarikat yang menggunakan 'halal swasta' ni ialah syarikat dari Singapore, Apex Management. Apex Management ni mengendalikan kopitiam, kedai roti, restoran dan food court seluruh Malaysia. Food Republic, food court terletak di dalam Pavilion ni adalah salah satu bidang perniagaan Apex Management. Mc pernah bersua dengan Area Operation Manager (AOM) Apex Management ni, namanya Ning Wei How, semasa ada taklimat kursus perniagaan dan pemakanan.

Semasa tu kecoh di akhbar-akhbar yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta. Jais pun ikut sama. Tapi berita pengharaman sijil-sijil halal ni langsung tidak dilayan oleh taukeh-taukeh cina. Mereka hanya tersenyum bila membaca berita seperti ini. Bagi mereka jabatan agama Islam tidak ada kuasa untuk membantah mereka mengunakan sijil halal swasta, malah keterangan dari ejen 'halal swasta' yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta disebabkan sijil halal Jakim sudah tidak laku dan Jakim sudah tidak ada bisnes, atas sebab itu Jakim cuba nak ganggu bisnes 'syarikat halal swasta' ni.

Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan oleh taukeh-taukeh cina tu, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk melarang atau membuat sesuatu keatas restoran yang mempunyai sijil halal swasta, Jakim hanya boleh bertindak keatas restoran yang hanya mempunyai sijil halal Jakim atau restoran yang memalsukan sijil halal Jakim. Selain daripada itu, Jakim memang tidak ada kuasa. Mc ada dengar kerajaan nak gubal akta khas berkenaan dengan perkara ini. Tapi bila? Lakukan secepat mungkin, takkan nak biarkan rakyat terus ditipu dengan halal swasta yang ni. Patutla ramai Melayu Islam yang buta perut, buta hati. Makan makanan yang tak elok rupanya.

Kenapa kita perlu mencari yang HALAL? baca sini!

P/s: Mc minta umat Islam yang baca blog Mc ni, sila jauhkan diri anda dari kopitiam dan restoran yang mempunyai sticker halal swasta, kerana tahap makanannya amatlah diragui. Malah makanan yang kita makan itu tidak terjamin halal dan kebersihannya.

MctHeory:
Tolong sampaikan pesanan ini kepada saudara sesama Islam yang lain. Ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Jumaat, 25 Jun 2010

MENGAPA KITA PERLU MENCARI MAKANAN YANG HALAL?



Sebelum topic ini Mc sudah membincangkan mengenai logo-logo halal, yang mana boleh dipercayai dan yang mana statusnya diragui. Nak baca klik sini.

Adakah anda menitikberatkan halal dan haram dalam kehidupan seharian? Mari kita bincangkan bersama-sama. Semoga kita bersama mendapat pengajaran dan ilmu dengan perbincangan ini.

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

1. Mengapa Halal?

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

a. Perintah Tuhan

Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Sumber : Halaqah.net

MctHeory:
Pesanan dari seorang Hamba Allah!

LOGO HALAL? YANG MANA BOLEH DIPERCAYAI?

Topic hari ini berbicara mengenai status logo halal. Kebanyakkan pengguna Islam, tidak menyedari bahawa mereka sering ditipu oleh tuan punya kedai makanan yang mempamerkan sijil halal sedangkan makanan yang dihidangkan, belum tentu terjamin halalnya. Disini Mc mempamerkan logo-logo halal yang paling popular digunakan oleh taukeh-taukeh kedai.


Logo halal JAKIM yang terbaru, hanya logo Halal ini yang betul-betul terjamin Halal makanannya. Jika kedai mempunyai logo halal JAKIM, ini bermakna, kedai itu sentiasa dipantau oleh pegawai JAKIM dan syarat untuk memohon status halal ini juga sangat ketat.



Logo Halal Jakim yang lama, jika ada kedai makanan yang masih menggunakan logo halal ini, bermakna status halal kedai itu sudah boleh diragui. Kerana sudah lama tidak diperbaharui.



Logo Halal Swasta, paling popular dikalangan kedai makanan segera, senang dipohon dan status halalnya diragui. Langsung tiada pantauan!



Ini Halal Swasta yang diragui status halalnya


MctHeory:
Harap pada pembaca dapat menilai yang mana satu logo halal sebenar dan yang mana logo halal tiruan. Logo Halal Swasta, sememangnya memaparkan LOGO HALAL, akan tetapi syarikat swasta terbabit langsung tidak pernah memantau sebelum meluluskan LOGO HALALNYA. Mereka yang membuka syarikat halal swasta ini ialah pihak yang tidak bertanggung jawab, mereka hanya pentingkan keuntungan semata-mata.

Mc harap para pembaca dan pengguna Islam sentiasa berwaspada dengan tipu helah si pemilik restoran yang hanya mahu keuntungan tanpa pedulikan kewajipannya menjaga makanan untuk orang Islam. Jika perlu kita memboikot pemilik-pemilik restoran makanan segera ini, kita mesti lakukan, supaya mereka sedar kuasa yang ada pada pengguna yang beragama Islam.

Tak matilah kalau tak makan PAPARICH, OLDTOWN, BREADSTORY, SIMPLY PENANG, CARLSJUNIOR dan beberapa lagi restoran yang masih menggunakan LOGO HALAL swasta yang amat diragui status HALAL. Jangan bagi muka pada mereka yang pentingkan keuntungan semata-mata. Jika benar mereka menggunakan barangan halal, mengapa takut untuk memohon status dan logo halal dari JAKIM? Fikirla sendiri!

Untuk keterangan lanjut, lawati HALAL.GOV

MctHeory:
Pesanan dari hamba Allah kepada Saudara-saudaranya.