Ahad, 18 Julai 2010

PUTRAJAYA JADI SARANG PEMBANGKANG Siri 2


Maps Putrajaya

Siri ni sebenarnya sambungan dari siri pertama, kalau nak baca boleh klik kat sini. Sebenarnya tak banyak bahan yang Mc dapat semasa berjumpa dengan kawan Mc yang kerja kat Putrajaya ni. Cuma ada benda yang masih boleh dikongsi bersama. Kenapa puak pembangkang ni boleh membiak dengan cepat di Putrajaya.

Mengikut apa yang diceritakan kepada Mc, dulunya tak ramai puak pembangkang kat Putrajaya ni. Kalau ada pun mereka tak berani aktif sebab sudah ada larangan dikeluarkan oleh pentadbiran supaya pegawai kerajaan tidak boleh aktif dalam parti politik. Cuma hari berganti hari, masa berganti masa. Undang-undang yang dibuat tanpa pemantauan, hasilnya Pas sudah pun membuka cawangan mereka di beberapa Presint Putrajaya.

Untuk pengetahuan pembaca, penduduk di Putrajaya ni sebenarnya tertutup daripada orang luar, perumahan penduduk pun hanya untuk yang bekerja di Putrajaya sahaja. Deretan perumahan yang cantik-cantik tu sebenarnya quaters untuk pegawai kerajaan mengikut gred pangkat tertentu. Biasa la, kalau tinggi pangkatnya, rumah pun tentu besar. Semuanya mengikut gred yang ditentukan oleh pentadbiran. Maksudnya orang Putrajaya ialah kakitangan kerajaan sendiri.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, bagaimana kakitangan kerajaan di Putrajaya boleh menyokong Pas hinggakan Pas boleh membuka cawangannya di sini sedangkan dahulunya Pas langsung tidak mempunyai tapak untuk mencari sokongan penduduk Putrajaya. Mc difahamkan ceritanya begini, sejak wujudnya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pas sudah mengarahkan ahli-ahlinya dari kawasan Bangi berkempen di Putrajaya. Sikit demi sedikit, lama-lama Pas Bandar Baru Bangi sudah mendapat sokongan dari kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Untuk menubuhkan cawangan disana, Pas mengunakan Dewan Pas Wilayah Persekutuan bagi membuka kawasan penempatan baru di Putrajaya. Almaklumlah.. untuk membuka sesebuah cawangan, Pas sepatutnya mempunyai Dewan Negeri terlebih dahulu baru boleh membuka cawangan. Semua aktiviti Pas di Putrajaya berjalan dengan lancar. Mereka berjaya menubuhkan beberapa cawangan Pas lagi di bawah Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria.

Cuma aktiviti ceramah Pas pula, tidak dibuat di dalam kawasan Putrajaya. Mereka masih meminta pertolongan (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar. Bagi membenarkan kawasan sekitarnya menjadi tempat ahlul Pas Putrajaya mendengar ceramah. Mungkin kita tidak sedar pada tahun 2001 Pas sudah pun masuk bertanding melawan UMNO di kawasan Putrajaya, walaupun kalah tetapi sokongan terhadap Pas semakin meningkat dan terus meningkat hasilnya kini sudah ada cadangan tapak untuk membuka bangunan PAS Kawasan Putrajaya di Dewan Sri Cempaka, yang berharga rm1.7 juta.

Semua ini bukan dari sokongan pihak luar Putrajaya. Semua ini adalah sokongan dari kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya sendiri. Termasuklah kakitangan Perbadanan Putrajaya. Pas semakin kuat di Putrajaya malah sokongan terhadap Pas meningkat dari masa ke semasa. Aktiviti dari Muslimat dan dewan pemuda Pas banyak mendapat tempat dihati penduduk Putrajaya. Malah tadika Pasti yang dimiliki oleh Pas juga semakin bercambah ditaman perumahan.

Er..cuma satu saja kemusykilan Mc. UMNO Putrajaya tak sedarkah perkembangan terbaru ni .Apa UMNO Putrajaya buat? masih bergaduh sesama sendiri kah? Atau hanya pandai cakap saja? Tengku Adnan kena buat sesuatu jika tidak mahu UMNO hilang kuasa di Putrajaya. UMNO ada 24 cawangan di Putrajaya, adakah semuanya aktif, atau sekadar nama dan papan tanda saja? Sokongan terhadap Pas semakin meningkat, UMNO perlu bangkit untuk mengekang apa jua masalah yang menyebabkan sokongan terhadap Pas meningkat. Jangan sampai kalah nanti baru nak sedar.

Sambungan siri akan datang: Temubual secara rawak dengan kakitangan kerajaan Putrajaya. Tentang ketidak puashati mereka dengan pentadbiran yang sedia ada. Sambung pada siri yang akan datang.

MctHeory:
Pas takkan hidup jika tidak mendapat sokongan, Pas takkan wujud jika tempat tersebut tidak mempunyai masalah yang menwujudkan ketidakpuashati mereka terhadap kerajaan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Persoalan yg harus difikirkan bersama adalah mengapa k/tangan k'jaan skrg dh berani sokong pembangkang?

lord ried berkata...

BEWAK 2010 Julai 18 15:24.....

SEBAB PARTI BEWAK SESAT PERJUANGKAN ASOBIYYAH.

he he he

Tanpa Nama berkata...

bila ketua sokong pas, sure anak buah kena sokong kalau tak kena hantar dalam hutan lah, tak pun buat peraturan bagi susah, sebenarnya diorang ni nak kerja mudah naik pangkat, tapi kerja malas. dengan cara sokong pembangkang, kalau dah menang nanti boleh lobi naik pangkat, ada kes tu kat JKR perak lepas PR menang hari tu, biasalah manusia sekarang nak cari kekayaan secara mudah. janji masukk, nanti boleh kawin bini muda..

McTheory berkata...

Terima Kasih atas komen semua. .

zenci berkata...

dari segi semangat UMNO awal2 lagi dh tewas...UMNO enggan berubah maka hancur la ia hanya tinggal nama..kalau masih malas dan bergaduh rebut harta.hanya blogger yg bersungguh2 cuba menaikkan imej UMNO..nk harapkan dorang memang pemalas mcm kambing.

Pena Berbisa berkata...

Puak2 pas nie memang jenis x tau malu...makan gaji kerajaan tapi dok sokong pembangkang...puak dema ni bukan jenis rajin kejernya...apa dema tau asyik membantah saja...bagila yang betul2 sokong kerajaan tue naik pangkat...ini tak..bagi kat geng dema,,apa lagi...pakat2 kronila...

http://penaberbisa.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Salah satu sebab utama, orang2 bwh pak menteri ni suka cover masalah sebenar. Dan pak menteri pun satu juga, percaya bulat-bulat dengan setiap laporan harian yang diberikan tanpa menyiasat sendiri. Mana taknya, nak kumpula harta jer kejanya. Tunggulah bila tewas nanti. Nak kumpul apa lagi kah?