Isnin, 12 Julai 2010
PERBADANAN PUTRAJAYA PULA JADI SARANG PEMBANGKANG!
Selepas Mc postkan artikel Proton menjadi sarang Pembangkang semalam, Mc terima panggilan dari kawan lama Mc yang bekerja di Putrajaya. Dia ni kerja dari mula-mula Putrajaya dibina hinggalah sekarang. Dia selalu mengikuti blog Mc. Mungkin selepas dia baca kisah proton yang sudah menjadi sarang pembiakkan puak Pakatan Haram. Dia terpanggil untuk mendedahkan situasi yang hampir sama berlaku didalam pejabat kerajaan di Perbadanan Putrajaya.
Putrajaya sememangnya indah dan gagah dipandang. Hasil seni bina kreatif idea Tun Dr Mahathir yang mengabungkan seni bina dunia yang paling indah. Itu hanya pada rupa dan bentuk bangunan sahaja, hakikat sebenar, Perbadanan Putrajaya merupakan badan berwajib tempatan yang bertanggungjawab menyelia Putrajaya sudah menjadi sarang pembiakkan puak Pakatan Haram. Kenapa la boleh jadi macam tu?
Mengikut maklumat yang kawan Mc sampaikan, perkara ini sebenarnya telah lama terjadi, cuma ia berlaku tanpa pengetahuan pihak atasan. Masalah ini terjadi apabila ada diantara Ketua-ketua jabatan yang mula berkempen kepada staf bawahan supaya mengikut mereka mendengar ceramah serta berkumpul sebagai satu kumpulan yang menentang kerajaan. Mula-mula sikit, memangla tak nampak, lama kelamaan kumpulan ini semakin bertambah. Hinggakan mula menganggu staff yang tidak berminat dengan politik.
Ini semua terjadi akibat tohmahan dan fitnah yang tersebar dari mulut ke mulut mengenai kerajaan, malah ramai pula staff yang mempercayainya. Risalah dan email berantai jangan cakap la.. memang selalu ada email fitnah yang cucuk staff suruh benci kerajaan. Mc ada tanya, pihak atasan tak tahu ke? Pihak atasan bukannya ambil tahu pun pasal pekerja bawahan, mereka menyerah kerja tu pada Ketua Jabatan, ketua Jabatan yang mengawal staff mereka. Maknanya nasib staff ditangan mereka.
Jabatan yang paling aktif dengan politik pembangkang ialah jabatan teknikal. Juru-juruteknik muda yang baru masuk juga dihasut untuk menyebelahi Pakatan Haram. Malah prestasi kerja mereka juga merudum kerana lebih berpolitik dari bekerja. Mananya tidak, malam ikut ceramah, siang membuta kat pejabat, sebab tu kerja tak pernah siap cepat, tertangguh dan asyik datang lambat.
Nampaknya racun puak Pakatan dah menular masuk ke dalam pentadbiran Putrajaya. Individu yang dikatakan tadi telah dilantik oleh Perbadanan untuk menjaga dan menyelia kawasan masing-masing. Jika diri sendiri pun mereka tak dapat nak jaga kerana sibuk berpolitik, macam mana la agaknya mereka nak jaga kawasan atau bangunan yang telah diamanahkan. Patutla Putrajaya pada sesetengah tempat bagaikan tak dijaga.
Kisah ini tak habis disini, Insyallah Mc akan ke Putrajaya. Mc akan cari bukti tentang hal ini pada artikel yang akan datang.
MctHeory:
Makin ramai orang Pas kat Putrajaya sekarang. Tak dapat tawan Putrajaya, kerja kat Putrajaya pun jadilah! (Kata Puak Pakatan).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
mana taknya....yang di buat PTK tu buat apa....ingat bagi naik gaji saja dah cukup ke...
dema bukan nak naik gaji...cukuplah sekadar skim yg ada sekarang...
ptk bukan telus...menyusahkan ...ada kabel boleh lulus...
apa nihhhh kerajaan...
aku tak terkejut pun...bukan kat putrajaya jer...nengok lah mana2 jabatan kat malausia ni...same je geng...
Mengikut anggaran 1/3 kakitangan PPj atasan dan bawahan adalah dari Kelantan/Terangganu yang baru diambil juga banyak dari SINI juga/KAWE KITO. Maknanya kontraktor juga banyak dari KAWE KITA. Jabatan PR PU ADA orang kuat PAS A.A.... kuat bebenor kempennya muntah darah duit gomen tapi mengutuk gomen pulak.MELUAT TEMAN.Walaahhuaallam.
sekarang ni larangan penjawat awam aktif politik kepartian,terutama pembangkang di tempat kerja sudah tak diambil peduli oleh ketua2 jabatan....tak heranlah diputrajaya,disekolah-sekolah pun sama aje....!
aku heran la hampa ni tak fahamx. duit kerajaan tu duit spa. duit UMNO BN ka. duit rakyat. UMNO BN hanyadiberi amanah mentadbir. Depa yg kerja kerajaan tu depa nak sokong UMNO BN ka atau yang lain ka depa punya hakla. Cuma depa kena ikutla peraturan kerja. Jangan dok memonteng. Ingat setiap kerja itu amanah. Itu pendapat aku
Catat Ulasan