Ahad, 4 Julai 2010
PAS UNTUK YAHUDI!
Oleh Teh Tarik Satu!
Agaknya siapalah yang membawa idea mewujudkan slogan 'PAS Untuk Semua' yang kemudiannya diterjemahkan dalam beberapa bahasa.
Bunyinya macam bijak. Dari segi penjenamaannya juga tampak hebat.
Dari satu sudut ia menggambarkan keterbukaan, keikhlasan, persahabatan dan sifat setiakawan.
Malangnya, tiada siapa yang sedar ketika ia dibawa untuk dibincangkan oleh pemimpin PAS, sebenarnya ia diciplak daripada idea orang Israel.
Lebih tepat idea puak Yahudi, penyembelih umat Islam di Palestine dan pembunuh kanak-kanak paling kejam di dunia.
Kita diberitahu bahawa slogan dan logo 'PAS Untuk Semua' atau 'PAS 4 All' dilancarkan pada 11 September 2007 sempena tarikh serangan ke atas World Trade Center (WTC) di New York.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar awal-awal lagi menafikan slogan tersebut diciplak dari slogan 'Israel 4 All' kerana ia adalah untuk sektor pelancongan Israel manakala slogan PAS pula adalah untuk parti politik.
Di satu sudut yang lain pula, 1 Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun lalu, kata PAS ditiru dari slogan 1 Israel yang digunakan oleh parti politik di Israel sedangkan 1 Malaysia berupa gagasan yang mengutamakan kepentingan rakyat.
Pada pengamatan kawan, walau apapun hujah PAS dan UMNO dalam isu ini, nampaknya PAS yang lebih awal menggunakan slogan yang terdapat di Israel.
PAS mengubah slogan dari Israel pada tahun 2007 manakala kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2009 iaitu lewat 2 tahun.
Kawan malas nak berhujah siapa yang ciplak siapa dan siapa yang benar. Ditambah pula setelah melihat orang PAS naik histeria lepas dituduh punyai hubungan dengan Yahudi.
PAS nampaknya bersekongkol kuat dengan PKR untuk mengatakan BN dan UMNO mempunyai hubungan dengan Yahudi dan Israel hanya berdasarkan pelantikan firma perunding komunikasi global, Apco Worldwide yang diberi tanggungjawab memperkenalkan pendekatan terkini dalam bidang komunikasi kepada kakitangan kerajaan di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menafikan Apco terlibat dalam memberi idea pembentukan gagasan I Malaysia sambil menegaskan ia adalah idea rakyat Malaysia. Ia adalah ciptaan tempatan dan ori.
PAS nampaknya sama macam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menerima sebarang penjelasan daripada kerajaan.
Baik! Kalau begitu pendirian mereka, maka tidak salah rasanya untuk kita mengatakan bahawa PAS itu adalah Israel dan Yahudi.
Ini kerana mereka juga mempunyai slogan yang hampir sama dengan apa yang kerajaan ada yang kononnya diciplak dari Israel.
Lebih mengejutkan, PAS lebih advance dari Najib dan kerajaan Malaysia. Tanpa pakai perunding pun mereka boleh cipta slogan sehebat orang Israei.
Bagaimana mereka boleh lebih advance dari kerajaan?
Adakah terdapat ejen Israel dan Yahudi dalam PAS? Kawan rasa tak mustahil. Jika tidak idea ini tidak akan muncul dan diterima dengan sewenang-wenangnya dalam PAS yang dipimpin ulama.
Kawan percaya PAS mempunyai ramai penyelidik serta pengkaji dan mustahil mereka tidak pernah mendengar slogan Israel 4 All sebelum mengubahsuainya sebagai slogan PAS.
Betullah PAS memang membenci Yahudi dan Israel. Begitu juga sebaliknya, tetapi Yahudi lebih bijak membuat percaturan.
Mereka biasa menyusupkan orang atau ejen-ejen mereka dalam pertubuhan Islam bagi memudahkan ia dimusnahkan.
Sebab itu, ramai pemimpin Hamas, Hezbollah dan Fatah yang terbunuh dan ditangkap oleh Israel walau di manapun mereka bersembunyi.
Kedudukan pemimpin berkenaan dan aktiviti pertubuhan mereka dipantau dari dekat melalui ejen-ejen yang tidak disedari.
Ejen-ejen ini juga yang memberi pelbagai idea untuk merosakkan pertubuhan secara halus.
Jadi siapa ejen Yahudi dan Israel dalam PAS?
Nampaknya ejen ini begitu berjaya sekali sehingga ulama PAS sanggup menerima slogan milik Yahudi. Lebih malang PAS sudah jadi milik semua termasuk golongan Yahudi, golongan tanpa agama dan mungkin juga milik haiwan seperti cipan.
Malaysia-Instinct
MctHeory:
Hmm..patutla sokong Anwar! Pas for All. .ada sebab rupanya!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
SALAM MENTEKEDAGHAH TAIK UNTUK BEWAK2....
( lebih koghang ngan salam 1 mesia)
BEWAK MC......HANG NI BETUI LA BULIH JADI TUKANG KARUT. SAPA YANG IKUT YAHUDI NI.....PARTI BEWAK KE PAIH...
DOK PIKIAQ LAGU MANA PARTI BEWAK NI DAH IKUT ISLAM NI.....NGAN PENTADBIRANNYA, HIBURAN DAN SUKANNYA. PENDEK KATA SEMUA PROGRAM PARTI BEWAK IKUT ISLAM, TADAK SATU PON IKUT YAHUDI.
SETIAP PROGRAM MISTI ADA USTAK2 BEWAK BACA DOA, LEPAIH TU NYANYI,DANCING ALA LAGU ARAB PON ADA, SELEIN DARIPADA RENTAK JAZZ DAN ROCK. PALING POPULAR JOGET ZAPIN, INANG, ADA JUGA RENTAK MASRI. PAKAI SONGKOK TINGGI2, LEPAIH WAT SOLAT BULIH WAT DANCING. BEGITU LUHUQNYA PARTI BEWAK BENCI NGAN YAHUDI DAN NASRANI.
he he he
suka gurau - tak nak ikut bewak.
Yang benci Yahudi ahli-ahli PAS. Mereka kata mereka lebih benci dari orang lain benci.
Pemimpin-pemimpin, lain pulak. Berkat dah banyak bergaul. Sebab itu sikap menghalal mereka dah lebih terbuka sekarang ini.
agbr47: Seronok tenggok nuar dan khalid menari di pentas.
Catat Ulasan