Ahad, 29 Ogos 2010

ADA MUNAFIK DIDALAM PAS!

Sehingga kini, di kampung-kampung, ustaz-ustaz PAS menjalankan kempen membenci Umno kerana dikatakan menolak hudud dengan berpegang kepada perlembagaan Lord Reid.

Petikan Amanat Hadi dibawah tetap menjadi pegangan sebahagian besar pengikut PAS, jelas menggambarkan bahawa Umno dikeji dan dinista kerana mengekalkan perlembagaan kafir dan peraturan jahiliah. Malah mati menentang Umno atas sebab mengekalkan perlembagaan penjajah dianggap mati syahid.


"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Umno , bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka." - Amanat Hadi

Tetapi sebenarnya, dalam diam dan menyorok dari penyokong taksubnya, Parti PAS telah dengan rela hati menandatangani perjanjian pakatan yang mengiktiraf Perlembagaan yang dikatakan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir dulu.
  
KOTA BHARU 26 Ogos – Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh kepada Perlembagaan negara.

Kata Zaid Ibrahim, “Saya cuma nak jelaskan dasar bersama yang kita tandatangan pada Disember 2009, ketiga-tiga (parti pakatan pembangkang) telah iktiraf Perlembagaan sebagai undang-undang pokok dan di atas landasan itu kita setuju segala undang-undang yang kita buat mesti ikut Perlembagaan negara. Utusan

 Penyokong-penyokong PAS sepatutnya merasa malu apabila jelas sekali mereka diperbodohkan oleh kepimpinan mereka sendiri apabila terang-terang ditipu pemimpin mereka.

Kedah Times

MctHeory:
Hipokrasi, dalam bahasa Arabnya ialah Munafik!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila PAS dah tengok nyonya DAP PAS dah lupa kesucian Islam. Dulu selalu pergi Kemboja cari awek muda macam nyonya DAP kahwin dan cerai. Terpaksa bayar RM4 juta duit rasuah balak. PAS dah gila

Tanpa Nama berkata...

Bukan persoalan adakah munafik dalam PAS...itu perkara dah basi

Persoalan dewasa ini adakah lagi orang beriman yg sayangkan Rasul didalam PAS....

yg berilmu mungkin banyak tapi yg meletakan sesuatu pada tempatnya..ini yg tiada langsung..
Pelanggaran HAQ berleluasa

Berhelah Ayat Allah sentiasa berlaku...

Sek melampau...dilindungi...amat..

Wang menjadi kiblat pemimpin ...PAS

Tabong derma tak sampai pada yg memerlukan sapenuhnya..

Banyak lagi...

Taksub berlebihan mendahului Rasul SAW..pokok bai'ah jadi pemimpin PAS..

Ummat Islam yg sabenar...renungkan dan selidiklah akhlak mereka ini...(pemimpinnya) secara hati terbuka..Ingat ! Rasul itu ikutan kita....

Hperancis...