Ahad, 29 Ogos 2010

WAYANG PAS HANYA MEMAKAI SERBAN DAN JUBAH!





Pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud:



“Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” 
(Surah at-Taubah, ayat 28)
Di zaman moden ini, banyak perkara benar jadi tak benar dan yang tak benar jadi benar. Telah menjadi slogan PAS iaitu ‘menghalalkan cara’ didalam apapun perbuatan yang dilakukan oleh mereka dan juga sekutu mereka.

Jadi, apa yang mereka buat semuanya betul tetapi kalau orang lain buat semuanya tak betul dan tak boleh. Itulah yang banyak berlaku hari ini dikhuatiri akan menyelewengkan aqidah sesetengah pengikut taksub PAS yang cetek pengetahuan agamanya.

Di dalam isu kafir berceramah serta bertazkirah di mimbar serta saf pertama masjid, ia jelas telah dilarang di dalam mahzab syafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di Malaysia.

Ajaran Islam menetapkan bahawa perempuan yang datang haid tetapi masih belum mandi hadas besar pun dilarang masuk ke Masjid apatah lagi berucap di Mimbar, apakah PAS mahu mengubah peraturan Islam dengan “menghalalkan” perempuan kafir berpolitik di saf pertama rumah Allah swt??

Kini PAS dilihat berusaha sedaya upaya untuk menghalalkan perbuatan mereka dan sekutu mereka tanpa pedulikan sensitiviti agama dan juga apa yang dilarang didalam Islam yang sebenar. Ini secara tak langsung mendedahkan kebodohan serta kemunafikan seluruh jemaah PAS didalam menghayati ajaran Islam sepertimana yang diajarkan oleh baginda rasul saw.

Bagi seluruh jemaah PAS, asalkan memberi sokongan dan bersetuju dengan parti mereka, jangankan kafir harbi seperti DAP, Syaitan pun mereka sanggup dijadikan sahabat.

Jadi, apalah sangat perbuatan jemaah PAS menyanjung serta memuja kafir seperti Lim Guan Eng, Teo Ni Ching, Nga Kor Meng dan ramai lagi demi memenuhi nafsu serakah politik mereka.

Hari ini kafir-kafir ini dibenarkan berceramah di saf pertama mimbar dalam rumah Allah oleh pengikut PAS. Tak mustahil di masa akan datang, jika kafir ini mati, mungkin akan ada pengikut PAS yang sanggup membaca talkin diatas jirat mereka pulak. Siapa tahu kan…, kini semua tak mustahil didalam “agama” PAS.

Media Permatang Pauh

MctHeory:
Inilah wayang puak Pas 'berlagak pandai'

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kata n.ajis jemput sami buddha yang ramai di kelantan ke masjid atau surau untuk beri tazkirah sempena bulan ramadan ni.

PAS FOR ALL kan!

Tanpa Nama berkata...

aku tak sangka sungguh PAS boleh jadi macam nie..apakata datuk harun din?datuk taib azimudin,mufti perak datuk harussani...jgn tanya tuan ibrahim tuan man,nik aziz,khalid samad..mana dia zul kulim?awat menikus pulak?

blogenstarz berkata...

Perangai AHLI PAS memang pandai main wayang.
Macam sumpah sumpit.
HIPOKRIT !
Bodoh tak boleh diajar.
Pandai tak boleh diikut !