Rabu, 25 Ogos 2010
ALAMAK! NIK AZIZ KANTOI LAGI!
NIK AZIZ kantoi lagi. Pas pun turut kantoi sama. Yang mengantoikan kali ini bukan musuh, bukan orang biasa. Pemimpin DAP dan PKR sendiri yang kantoikan Nik Aziz dan juga Pas. Lebih kantoi lagi, pendirian Karpal Singh tetap konsisten tanpa kompromi. Tetap dan tidak berubah-ubah mengikut keadaan sebagaimana amalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Kisahnya tentulah mengenai hukum hudud yang cuba dipulihkan semula oleh Pas melalui suara Mursyidul Am-nya itu. Nik Aziz kata karpal bersendirian dan dianggapnya sebagai pendapat peribadi apabila Presiden DAP itu menolak saranan Menteri Besar Kelantan itu mengenai hukum hudud untuk negara ini.
Menurut Karpal, dia tidak bersendirian. Malah penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah beberapa kali menyatakan pendirian DAP bahawa Malayasia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud serta penubuhan negara Islam ‘bukan dasar pakatan pembangkang’.
Persoalan itu telah beberapa kali disuarakan. Cuma Nik Aziz dan Pas sahaja yang tak faham-faham. Atau masih tak mahu faham.
Sehubungan dengan itu, Karpal juga menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan dengan kata-kata: “Pas patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Nyatalah bahawa Nik Aziz dan Pas bersendirian dalam agenda politik yang memperalatkan isu hukum hudud dan penubuhan Negara Islam. DAP dan PKR sampai bila-nila pun tidak akan bersetuju. Lantak le Nik Aziz Nik Mat nak kata apa mengenai isu itu, sekutu utama dalam pakatan – DAP, tetapi konsisten dengan pendirian mereka. Begitu juga dengan PKR. Tak ada cerita hudud dan negara Islam dalam kamus politik mereka.
Yang mungkin mengulit Nik Aziz dan Pas dalam isu hudud dan negara Islam ini adalah Sheikh Al-Anwar Al-Jub.... yang mahukan Pas kekal bersama dalam pakatan, demi mencapai cita-citanya untuk menduduki Putrajaya. Bukannya untuk Islam dan jauh sekali untuk melaksanakan hukum hudud.
Sedarkah Pas, Nik Aziz dan para penyokongnya bahawa Anwar Ibrahim sendiri sangat takutkan hukum yang bernama HUDUD itu?
Nyatalah, Pas telah terjun dengan labu-labunya bersama Nik Aziz. Mereka dipermain dan diperalat oleh Anwar Ibrahim sehinggakan sokongan penyokong terhadap parti itu semakin susut, merosot dan menurun..
Apakah selama ini para pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz Nik Mat tidak sedar dan tidak faham bahawa Anwar Ibrahim cuma penasihat PKR. Bukannya Presiden. Dia Cuma tinggal sebumbung dengan Presiden PKR sahaja. Sebilik pun belum tentu. Malah beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam kepimpinan parti itu. Sekadar memberikan nasihat sahaja. Dan nasihat, bila-bila masa boleh dibuang kerana tidak perlu atau tidak sesuai.
Kalau itupun masih tak faham dan tak sedar, tak tahulah bagaimana Pas boleh diharap membela nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini. Kokok berderai-derai tetapi, dia sendiri tak tahu dan tak faham apa yang dikokokkannya. Boleh berjaya atau tidak. Boleh diterima atau tidak oleh sekutunya yang jauh lebih dominan darinya.
Akhirnya jadilah Pas serta Nik Aziz sebagai pak turut yang bertaraf melukut di tepi gantang dari segi matlamat perjuangan pakatan pembangkang di peringkat sekarang. Kehadhiran Pas cuma diperlukan sebagai mencukupkan kouram sahaja. Cakap mudahnya, untuk cukupkan jumlah bilangan pihak pembangkang aje.... Tak lebih dari itu.
Hakikatnya, dasar dan perjuangan Pas tidak termasuk pun dalam matlamat pakatan untuk merampas kedudukan di Putrajaya. Tidak mustahil kalau DAP dan PKR mempunyai bilangan yang cukup untuk memerintah negara tanpa Pas, maka Pas akan ditendang keluar kerana menyusahkan agenda DAP dan juga agenda Anwar Ibrahim itu sendiri.
Lebih malang lagi, kalau Anwar Ibrahim pun dirasakan menjadi beban kepada pakatan, maka beliau juga akan ditendang keluar. Ketika itu apa kan jadi dengan Pas tanpa Anwar?
Segalanya bergantung kepada kekuatan dua parti itu – DAP dan PKR, selepas PRU-13. Kalau tanpa Anwar dan Pas pun mereka boleh mendirikan kerajaan, maka terpelantinglah Pas dan Anwar ditendang keluar.
Sedar dan insaflah bahawa politik itu sendiri adalah suatu ‘permainan serba mungkin’. Maksudnya, hari ini kawan, esok boleh jadi musuh. Begitu juga jika hari ini musuh, esok boleh jadi kawan karib. Sejarah politik negara bangsa telah membuktikan bahawa perkara sebegiitu sering berlaku.
Kepada pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz, sedarlah bahawa cerita hukum hudud dan penubuhan sebuah negara Islam untuk Malaysia itu adalah isu basi. Kepada rakan dan sekutu yang ada, dasar atau slogan Pas itu sudah ‘luput tempoh’. Dah tak boleh digunapakai lagi. Kalau mahu diguna juga, maka terimalah akibat yang memudharatkan matlamat Pakatan.
Pak Sulung: Menyeru para pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz Nik Mat supaya bermuhasabah diri dan cubalah berdiri di hadapan sebuah cermin besar, kemudian lihatlah paras rupa diri dan juga keadaan parti anda sekarang. Adakah kerana termakan pujukan Anwar Ibrahim yang menjadikan Pas sebagai alatnya, Pas jadi tidak popular dan penyokong sedia ada beransur-ansur meninggalkan parti secara senyap. Sesungguhnya Pas sekarang berada di pihak yang rugi.
Sumber Satu Melayu
MctHeory:
Mimpi 'Basah' Pas disiang hari. he he he. .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan