Khamis, 26 Ogos 2010

BENARKAH UMNO SALAH KERANA MEMBELA MELAYU?! KENAPA KITA PERLU MEMPERTAHANKAN BANGSA KITA?

Membuak-buak mendidih hati Mc semasa nak menaip artikel ni. Perasaan marah yang meluap-luap makin teruk apabila kisah Melayu diungkitkan saban hari. Kalau tak sayang bangsa melayu pun takpa la, tapi sekurang-kurangnya hormatlah sesama kaum. Ini tidak, makin hari makin galak pulak kaum lain mempertikaikan melayu. Terbaru apabila UMNO pulak disalahkan. For your information, Mc bukan marah kerana ada orang mempertikaikan UMNO. Lantaklah nak kutuk UMNO ke apa ke, Mc marah apabila mereka salahkan UMNO kerana membela melayu.

Bagi Mc, selamatlah ada UMNO yang masih lagi terhegeh-hegeh menjaga hak melayu, walaupun sekarang UMNO sudah longlai dalam menunaikan tanggungjawabnya. Akan tetapi hanya UMNO sahajalah yang masih berjuang demi bangsa dan agamanya. Dalam NGO pulak ada Perkasa yang memainkan peranan penting dalam menjaga kaum melayu. Sedang UMNO lemah tenaga batin, Perkasa pula memainkan peranan bangkit menjaga hak melayu.

Sebelum ini pelbagai cara untuk melemahkan melayu ditanah airnya sendiri. Paling kurang ajar apabila ada 'bangsat' melayu sendiri yang mengubah sejarah Tanah Melayu semata-mata untuk menafikan Malaysia ini sebenarnya memang Tanah Melayu. Malah ada cubaan menghasut rakyat dengan mengatakan Tun Sri Lanang, pencatit sejarah Tanah Melayu sebenarnya 'syok sendiri' dan mengubahsuai cerita sejarah mengikut keperluan politik Istana. Sedangkan dua manuskrip agung Melayu, Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah) yang dicatit dalam dua manuskrip ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia.

Individu seperti Abdullah Munshi, Shahabudden Jalil, DR. Yusof Rawa, Hishammudin Rais dan ramai lagi tokoh-tokoh melayu 'banggang' yang sering mempertikaikan hak melayu di Tanah Melayu. Kebanyakkan mereka ini berhaluan kiri dengan membuat tesis atau teori sendiri semata-mata untuk mempertikaikan orang Melayu adalah bumiputra di Malaysia. Golongan seperti ini juga yang sering mempertikaikan sejarah melayu, malah golongan ini yang kononnya memperjuangkan Orang Asli di Malaysia adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Tidak dinafikan kewujudan orang Asli di Tanah Melayu, malah orang asli sememangnya asalnya dari kaum melayu yang tinggal didalam gua atau kawasan hutan pergunungan. Sebab itulah kewujudan mereka sukar dikesan dan disisihkan dari kemajuan tamadun setempat. Paling menarik sekarang apabila Dap, Pas dan PKR menjadi pejuang sejati membela orang Asli. Ini hanya perjuangan politik, semata-mata untuk menafikan hak melayu di tanah bumi Malaysia. Malah ada diantara mereka mengatakan orang Melayu merompak 'hak' orang asli sebagai orang pribumi di Malaysia.

Kenapa mereka mempertikaikan hak melayu? Apa motif sebenar mereka? Motif sebenar mereka ialah untuk mendapat kuasa politik, sebab itu mereka mencari jalan untuk menjatuhkan melayu dengan membuat cerita sejarah palsu dan menafikan sejarah melayu. Mereka anggap dengan menjatuhkan bangsa melayu dan dinafikan haknya, mereka akan berjaya dalam 'sesi' mengalahkan UMNO dan menawan Malaysia. Sebenarnya mereka tak sedar, mereka sedang membakar rumah sendiri.

Jika gila nak berkuasa, atau mahu kuasa politik sekalipun, janganlah sampai mengadaikan melayu. UMNO tu hanya sebuah parti politik, bila-bila masa boleh bubar dan bila-bila masa boleh tubuh. Tetapi melayu adalah darah daging dan tanah bumi Malaysia ini ialah 'rumah' kita. Untuk ambil hati kaum lain, perlukah kita mengadaikan apa yang kita ada? Untuk dapat undi bukan melayu, perlukah kita melacurkan diri demi mereka? Mungkin ada diantara kita tak sanggup, tapi masih ramai yang sanggup.
Andaikata kita ubah sejarah dan melayu di iktiraf sebagai bukan bumiputra dan semua hak keistimewaan melayu ditarik balik. Malaysia akan jadi negara bebas dan kehidupan kita akan sama seperti kaum-kaum lain. Soalannya, apakah bangsa Melayu sudah bersedia bersaing dengan kaum-kaum lain? Dengan pertolongan DEB pun kita gagal meningkatkan ekonomi orang melayu. Apatah lagi bila disuruh berdikari, percayalah kalau bukan kerana kita ini ada 'keistimewaan' yang membela orang melayu, sudah lama Malaysia ni jadi seperti Singapork.

Ada orang kata, mereka pentingkan Islam dan tak kisah langsung tentang perihal bangsa mereka. Cakap memang la senang, kita bangga jadi melayu sebab kita ada negara sendiri, tanah air sendiri. Tengok negara Palestin mereka berperang hingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara mereka dari dirampas oleh Israel. Kerana apa, kerana negara. Mereka nak tanah mereka. Mereka mempertahankan negara mereka. Kita sekarang sudah ada negara sendiri, kita cuma perlu jaga. Kita boleh kongsi bersama kaum lain, tapi tanah ini masih lagi hak kita, dengan sedikit 'keistimewaan', takkan itu pun tak boleh.

Pasti ada diantara pembaca yang kata Mc terlalu banggakan melayu hingga ketepikan Islam. Harap maaf, Mc bercakap mengenai hal dunia sekarang. Iaitu mengenai bangsa dan negara. Kalau bercakap tentang agama, Mc akan angkat Agama Islam lebih tinggi berbanding bangsa dan negara. Cuba kita fikir, jika kita dijajah dan kita tidak berkuasa, bagaimana kita nak menegakkan dan memperjuangakan Agama Islam? Bagaimana kita nak pelihara agama kita dari dicemari oleh orang lain kalau kita tidak kuat?

Apabila bangsa kita kuat, negara kita kuat. Tentunya senang kita hendak menjaga agama kita. Seperti sekarang. Islam amat kuat di Malaysia. Siapa saja boleh masuk Islam. Masjid dan Surau ada dimana-mana. Boleh pakai tudung dan ketayap, tiada siapa nak halang. Walaupun masih ada cacat cela, tetapi sekurang-kurangnya umat Islam warganegara Malaysia, amat dihormati diserata dunia. Pergilah ke Mekah, beritahu asal dari Malaysia, nescaya kita akan disambut baik oleh mereka.

Kenapa kita dihormati? Kerana Umat Islam dari Malaysia ni kebanyakkannya bagus, baik dan negara kita pun identitinya bagus. Cuba kita bangsa merempat, ada ke orang nak hormat kita? Silap haribulan, pandang kita pun taknak. Mc beri contoh, zaman Nabi Muhammad SAW pun berhijrah dari Mekah  ke Madinah mencari penempatan baru untuk mengembangkan ajaran Islam sambil membentuk kerajaan Islam yang kuat. Bila kerajaan Islam dah kuat, baru Rasullulah SAW mengembangkan lagi ajaran Islam. Maksud Mc disini ialah, bila asas kerajaan kita kukuh, baru Islam akan kuat.

Sebab itu kita kena mempertahankan hak kita dibumi Malaysia. Jangan mudah sangat beri segalanya pada orang lain. Lupakah kita pada zaman kita dijajah dahulu? Mungkin ada sesetengah melayu yang sudah lupa sejarah, sebab itu mereka langsung tidak ada sifat patrotik dalam diri. Almaklumlah.. melayukan mudah lupa.

Oleh itu janganlah kita anggap bangsa dan negara tidak penting dalam hidup kita. Sebab itu dalam Islam, orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara, dianggap 'fisabillilah', kalau mati pun, mati syahid. Fikirkanlah.. Jangan terpengaruh dengan dakyah songsang yang mempertikaikan bangsa melayu. Kerana, jika tidak ada melayu, pastinya tidak ada bangsa lain di Malaysia yang mahu mempertahankan Islam.

UMNO cuma parti bangsa melayu yang bertunjangkan Agama Islam. jadi untuk perjuangkan Islam, bangsa pun kena turut sama berjuang. Sama juga dengan Pas. Apakah bezanya UMNO dengan Pas, adakah dalam Pas semuanya bangsa mamak ke? atau, Cina? Mat Saleh? Filipino? takde bezanya, dalam Pas pun ramai melayu. Cuma Pas berlakon lebih sikit alim dari UMNO. Sedangkan, Pas pun tunduk pada Dap.

P/s: Jadi jika melayu lemah, Siapa yang nak mempertahankan Islam? Karpal Sink? Guan Eng? Atau Ronie Liu? he he he. .

MctHeory:
Fikir la sendiri, kalau tak faham sila baca sampai faham!

4 ulasan:

AJAI62 berkata...

Salam Bro
Masalahnya ada orang-orang Melayu yang sanggup jadi si kitol terutama pemimpin politiklah yang terdiri dari pihak pembangkang atau yang memerintah...contoh paling senang mana suara Pemuda UMNO bila hak orang Melayu di persoalkan?...Menteri kita macam orang buta, pekak dan bisu...asyik2 amaran. Bila cikgu cerita pasal naik kereta Proton Saga dia kata perkauman/rasis. Betulah kalau kereta tu Ali punya takan LIM atau Samy kata dia punya pulak. KJ kata ambil tindakan...bila orang cina/india persoalkan hak orang Melayu dia siap sokong lagi...Orang Melayu ada hak nak pertahankan keistimewaan itu.

Tanpa Nama berkata...

Sy suka ulasan Mc ni..
'Ada orang kata, mereka pentingkan Islam dan tak kisah langsung tentang perihal bangsa mereka. Cakap memang la senang, kita bangga jadi melayu sebab kita ada negara sendiri, tanah air sendiri. Tengok negara Palestin mereka berperang hingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara mereka dari dirampas oleh Israel. Kerana apa, kerana negara. Mereka nak tanah mereka. Mereka mempertahankan negara mereka. Kita sekarang sudah ada negara sendiri, kita cuma perlu jaga. Kita boleh kongsi bersama kaum lain, tapi tanah ini masih lagi hak kita, dengan sedikit 'keistimewaan', takkan itu pun tak boleh.'

mmg btol, Islam tanpa tanahair dan jatidiri bangsa hanya mudah ditindas. Lihat bangsa Arab sekadar membiarkan tanah air mereka dijajah Israel.

UMNO anjing berkata...

Cewah tanpanama kutuk arab konon...
kahkahkah..
haprak bangsat..
khak ptuih in your face...

irwan berkata...

UMNO / PERKASA mmg OTAI dlm membela melayu. Tapi kenapa stlh 54tahun merdeka Melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi, tanah resab melayu yg menyusut begitu sekali, institusi keluarga makin runtuh dan akhlak yg makin parah. Perlu diingatkan juga kuasa Raja Melayu telah dikurangkan semasa zaman Mahathir, kuota bumiputra di U ditiadakan dan tulisan jawi iaitu identiti warisan datuk nenek kita yg telah dimansuhkan. Adakah itu angkara DAP atau PAS juga???