Akhbar Utusan Keadilan (pinjam nama Utusan pulak lepas minggu lalu guna Sinar Keadilan, minggu depan guna Berita Keadilan, lepas tu Star Keadilan?) hari ni memaparkan di muka depannya bahawa Malaysia sedang menuju negara ‘Kuku Besi’ di bawah PM Najib Razak.
Menurut akhbar tersebut, Malaysia kini sedang menggelongsor kembali ke zaman pemerintahan kuku besi yang mungkin lebih dahsyat dari era Tun Dr. Mahathir Mohamed. Malah, memetik kata-kata Anwar Ibrahim, pemerintahan Najib tidak banyak beza daripada dasar penindasan dan zalim semasa zaman penjajahan Inggeris.
Dahsyat sekali! Nampaknya, mana-mana pelabur yang ingin melabur di Malaysia pasti akan membatalkan niatnya setelah membaca akhbar Utusan Keadilan ini.
Bagi menguatkan hujahnya, Utusan Keadilan turut menyenaraikan 7 ciri-ciri pemerintahan fasis (kuku besi) iaitu:
1. Mempromosi semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman kerana menyokong pertubuhan perkauman sempit seperti Perkasa.
2. Kebencian terhadap nilai dan hak asasi manusia kerana mencabul hak asasi manusia melalui ISA.
3. Pengawalan ketat media massa kerana menggantung permit akhbar pembangkang.
4. Penyalahgunaan institusi keselamatan negara dan perlaksana undang-undang melalui agensi penguatkuasa dan kehakiman.
5. Kepentingan kroni dan korporat dilindungi secara rapi kernaa memberi subsidi kepada syarikat kroni.
6. Gejala kronisme dan rasuah berleluasa kerana memberi kontrak secara tidak telus.
7. Penipuan terancang dalam sistem pilihanraya.kerana menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai kuda tunggangan BN/UMNO
Entah kenapa sakit benar hati pembangkang apabila UMNO membela Melayu. Hakikat bahawa MCA dan MIC juga ditubuhkan untuk membela bangsa Cina dan India tidak pula menjadi kegusaran kepada pembangkang. Ketiga-tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC sememangnya ditubuhkan untuk membela bangsa masing-masing secara toleransi tanpa mengambil hak sesiapa. Di sinilah terletaknya kunci perpaduan negara.
Pertubuhan Perkasa dikatakan rasis kerana membela hak Melayu tetapi tidak pernah sekali pun pembangkang mengkritik pertubuhan Dong Jiao Zhong yang bukan sahaja membela kaum Cina tetapi juga menuntut hak ekslusif bumiputera agar diberikan kepada mereka.
Tindakan pembangkang yang berat sebelah ini menunjukkan yang mereka menyokong agenda-agenda kumpulan tertentu untuk menekan kaum Melayu. Andainya mereka berkuasa, sudah hampir pasti Melayu akan merempat di negara sendiri.
Pembangkang juga mengkritik semangat patriotisme seolah-olah ia sesuatu yang buruk. Sedangkan, patriotik adalah sifat yang mulia. Ketiadaan sifat ini mendedahkan kita kepada pengkhianatan terhadap negara sendiri sekali gus memudahkan negara dijajah.
Kesungguhan Anwar mengikis sifat patriotik dari rakyat negara ini adalah selaras dengan keinginan Tuannya, iaitu Amerika dan Israel yang inginkan agar seluruh negara di dunia ini tunduk kepada mereka. Jelas, Anwar ingin membiarkan negara kita dijajah kuasa besar melalui pemimpin boneka sepertinya.
Selain itu, akhbar tersebut menuduh bahawa ISA itu zalim dan menuntut agar ia dimansuhkan terus.
Akta ISA adalah penting untuk keselamatan majoriti rakyat di negara ini. Singapura juga adalah antara negara yang mempunyai Akta yang sama dan tidak pernah berniat menghapuskannya kerana ia terbukti sebagai berkesan menangani keganasan serta menjamin keselamatan negara.
Melihat dari rekod pembangkang, tak kiralah PKR, DAP atau PAS, ketiga-tiga mereka memang suka sekali mencetus rusuhan dan keganasan.
Kerana didakwa di mahkamah, Anwar memilih untuk merusuh bukannya menghadapi pertuduhan sebagai seorang yang ‘gentleman’.
Kerana taksub dan menganggap UMNO itu kafir maka puak-puak penyokong PAS mengganas di Memali dan Sauk.
Dan kerana kiasu serta terlalu ingin menjajah dan menindas, maka parti rasis DAP antara yang bertanggungjawab mencetuskan tragegi berdarah 13 Mei 1969.
Akta ISA ternyata mampu mengekang perkara ini dari berlaku lagi dan inilah yang menyebabkan pembangkang tidak puas hati.
Naluri pengganas dan tidak bertamadun mereka mendesak-desak untuk melakukan kemusnahan di negara ini.
Mereka terlalu ingin menggugat keamanan negara kerana hanya dengan tindakan sebegitu akan memudahkan kerajaan jatuh tersungkur sepertimana yang pernah terjadi Filipina, Indonesia dan Thailand.
Maka, dalam fikiran para pengganas dan perosak negara ini, ISA perlu dihapuskan segera agar lebih mudah mereka menghancurkan negara, seboleh-bolehnya sebelum kes liwat Anwar selesai.
Pembangkang juga menuduh kerajaan Najib mengekang media milik mereka. Ironinya, penulis kini sedang menulis berdasarkan apa yang dibaca dari media mereka.
Jika benar Najib begitu mengawal ketat suara mereka, bagaimana mungkin suara mereka sampai kepada penulis hari ini dan kepada berjuta-juta lagi pembaca di seluruh negara?
Apa yang menarik untuk diketengahkan di sini lagi ialah, bagi sesiapa yang bersifat terbuka dan membaca blog kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang, akan mendapati satu fakta yang sukar sekali dinafikan iaitu blog yang memihak kepada kerajaan adalah jauh lebih adil dari blog milik pembangkang.
Blog yang menyokong kerajaan, tidak punya masalah untuk mengkritik dasar kerajaan jika dianggap tidak betul atau ada kelemahan. Kritikan terhadap pemimpin UMNO sendiri sudah menjadi kelaziman di dalam blog yang menyokong kerajaan, andainya pemimpin tersebut diketahui bersalah atau lemah.
Namun, ini tidak berlaku di dalam blog dan laman web milik pembangkang. Blog penyokong pembangkang sering membayangkan semua pemimpin mereka maksum dan tidak pernah berbuat silap langsung. Di masa yang sama mereka akan menulis seolah-olah tidak ada sebesar hama pun perkara yang baik yang dibuat oleh pemimpin UMNO/BN dan kerajaan.
Contohnya, kes Ronnie Liu baru-baru, hampir tidak diulas langsung oleh media pembangkang, mungkin kerana takut kepadanya atau hanya kerana dasar media mereka adalah berat sebelah.
Inilah yang dikatakan kebebasan media ala pembangkang.
Kata pembangkang, institusi kehakiman dan undang-undang juga disalahguna. Mungkin juga benar, tetapi yang menyalahgunakannya ialah pembangkang juga. Jika tidak mana mungkin Anwar berjaya mempermainkan keadilan dengan menunda kesnya sebegitu lama dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal.
Bukan rahsia juga bahawa Majlis Peguam dikuasai oleh pensimpati Anwar sehinggakan dia yang sedang menghadapi pertuduhan juga boleh dijemput memberi ucapan di hadapan para peguam berkenaan ‘keadilan’. Keadilan kepala hotak Anwar, kata seorang rakan penulis.
Bagi pembangkang, selagi keputusan tidak memihak kepada mereka walaupun mereka benar-benar bersalah, selagi itulah keadilan tidak wujud di dunia ini.
Memandangkan penulis adalah seorang yang terbuka, penulis tidak ingin menafikan kemungkinan adanya kebenaran mengenai memberi subsidi kepada syarikat kroni serta soal rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan yang dijadikan pembangkang sebagai salah satu ciri pemerintahan fasis..
Namun, apa yang penulis ingin bangkitkan ialah ciri fasis yang ini adalah lebih jelas dilihat dalam pemerintahan pembangkang di Selangor sendiri. Isu pasir, kepala surat Ronnie Liu serta kematian Teoh Beng Hock semuanya merujuk kepada sifat kuku besi kerajaan pembangkang di Selangor.
Kalaupun masih ada sifat fasis yang ini di dalam kerajaan pusat, ianya dilakukan oleh saki baki anak didik Anwar dan pensimpati Anwar.
Siapa yang tidak tahu bahawa Anwar sendiri sendiri yang memulakan budaya rasuah dan kroni ini ketika dia masih berada di dalam UMNO. Tidak perlulah rasanya kita memetik sejarah dan menyenaraikan kembali kroni Anwar di sini. Sebaiknya, mana-mana penyokong Anwar yang membaca artikel ini, pergilah mencari sendiri fakta mengenai senarai kroni Anwar yang terdedah gara-gara Zahid Hamidi. Bila lagi nak buat sedikit ‘research’ mengenai idola mereka?
Akhir sekali, mengikut pembangkang, kerajaan Najib dikatakan bersifat kuku besi kerana menjadikan SPR sebagai kuda tunggangan.
Tuduhan ini harus diambil dengan berhati-hati kerana ia jelas menunjukkan yang pembangkang sememangnya punya niat untuk memperkudakan SPR andainya mereka berjaya menjadi kerajaan di Malaysia.
Kemenangan pembangkang di beberapa negeri jelas menunjukkan yang SPR tidak berat sebelah. Jika benar SPR ditunggangi oleh UMNO/BN, kenapa pula mereka membiarkan negeri-negeri ini jatuh ke tangan pembangkang?
Kerajaan kuku besi jenis apa yang membiarkan pembangkang menang di beberapa negeri? Kerajaan kuku besi jenis apa yang terpaksa menjawab tohmahan pembangkang yang dilemparkan saban hari di dalam negara dan di seluruh dunia? Kerajaan kuku besi jenis apa yang terpaksa menahan gelagat Anwar mempermainkan mahkamah?
Jika benar kerajaan Najib ini bersifat kuku besi, Anwar sudah lama lenyap, DAP sudah lama senyap dan PAS yang bengap pun sudah lama berkubur.
Jika benar Najib berkuku besi, jangan harap saudara Dzulkarnain Taib, akan berpeluang menulis artikel “Malaysia menuju negara kuku besi” tersebut.
Malaysia Instict
MctHeory:
Puak Pakatan ni ingat rakyat bodoh macam mereka juga kot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan