Rabu, 25 Ogos 2010

FUUYOO!! KAKITANGAN KERAJAAN DAN PESARA DAPAT RM500 DUIT RAYA DARI DS NAJIB!

Kalau semalam si Guan Eng kata ada kakitangan awam yang menangis dapat duit raya rm400 (semestinya orang Pas bebal tu). Hari ni, Ds Najib pulak bagi duit raya pada semua kakitangan awam 1Malaysia termasuk pesara. Tentunya termasuk jugak kakitangan awam yang ahli Pas, PKR dan Dap ye takk..

KUALA LUMPUR - Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini, mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
- Sinar Harian

Bersyukurla korang dapat duit raya. Bagi kami yang kerja swasta ni? Habuk pun tarak!.. Kalau penyokong pembangkang tak suka kerajaan, diharap berenti kerja dan kasi je jawatan kosong tue pada penyokong kerajaan yang sedia menunggu ni. he he he. .

MctHeory:
Sedihnya takde sape bagi duit raya! Ds Najib, mai huluq sini sikit! he he he. .

1 ulasan:

Pesara Posmen berkata...

Thanks Najis!
Slamat ari rayer...