PUTRAJAYA 25 Ogos – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini memanggil Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung demonstrasi oleh sekumpulan rakyat republik itu di pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta.
Menurutnya, perbuatan para penunjuk perasaan melempar najis manusia ke dalam bangunan Kedutaan Besar Malaysia dan membakar Jalur Gemilang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta mencabar kedaulatan negara.
“Kita kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang sengaja merosakkan hubungan baik kedua-dua belah pihak.
“Ia tidak mencerminkan budaya dan tatasusila serta kesopanan kita,” katanya kepada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Duta Indonesia, Tatang B. Razak di Wisma Putra di sini hari ini. – Utusan
MctHeory:
Dah kena kutuk baru nak ambil tindakan.. lambat! Biar lambat dari takde ye tak?
1 ulasan:
KAHKAHKAH..
apa brg pggl embassy...
gegar jmpa bambang trus ar dol..
xde telo ke...
kahkahkah
Catat Ulasan