Khamis, 5 Ogos 2010

KADAR PENAGIH DADAH DI KEDAH MENINGKAT? APA KERAJAAN PAS KEDAH BUAT?

Kedah merupakan negeri yang agak slow pembangunannya, tambahan pula pendapatan rakyat Kedah juga tidak sebaik negeri-negeri yang lain. Kalau nak dibandingkan Kelantan dan Kedah, baik sikit la Kedah dari Kelantan. Kelantan yang sememangnya ekonomi teruk, terus merudum dan FDInya sudah 30 tahun tak pernah naik. Kedah sekarang pun dalam proses yang sama seperti Kelantan, merudumkan ekonomi.

Bila ekonomi jatuh dan rakyat nak cari kerja pun susah, mula la banyak perbuatan jenayah yang akan berlaku. Contohnya Kedah, dulu semasa kerajaan BN dahulu, banyak kilang telah dibina, kiranya masih ada peluang pekerjaan kepada rakyat. Tapi sejak dan dua menjak ni, banyak kilang yang ditutup di Kedah dan menyebabkan ramai pengangguran.

Bila menganggur, kerja dah takdak, tapi duit masih nak guna. Mula la cari kerja yang bukan-bukan, akhirnya kerja paling mudah ialah jual dadah. Maklumlah.. sempadan Thailand bukannya jauh pun, setengah jam dari Alor Setar je. Bila jual dadah, habis la rosak anak melayu kita, siapa yang rugi? kita juga. Baca petikan berita dibawah,

Kadar penagih dadah di Kedah bagi enam bulan tahun ini menunjukkan peningkatan kepada 26,330 berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 20,426 penagih. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, namun daripada jumlah keseluruhan itu daerah Kota Setar dan Pokok Sena merupakan kedua tertinggi di Kedah. Menurutnya, enam bulan awal tahun ini sejumlah 4,682 penagih dicatatkan bagi dua daerah itu berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 4,726. “Jumlah penagih dadah pada tahun ini berada di tahap yang membimbangkan dan Kedah juga termasuk dalam senarai negeri yang diberi tumpuan untuk menurunkan kadar penagih dadah. “Trend peningkatan kadar penagih dadah ini juga berlaku kepada golongan berusia di lingkungan 13 hingga 29 tahun iaitu dalam kalangan golongan yang produktif,”
- sambung baca sini.

Kenapa jadi macam ni? Sebab kerajaan yang dipilih tak strong, tak pandai cari duit. Bila tak pandai cari duit, macam mana nak jaga rakyat? macam mana nak jaga ekonomi? Kenapa kerajaan Kedah tak 'import' Mahfuz suruh dia jaga ekonomi? Dia kan pakar 'ekonomoney'. Harap Ustaz Azizan dapat meminta bantuan Mahfuz untuk majukan ekonomi Kedah.

Pokok Sena dan Kota Setar termasuk dalam kawasan penagihan tinggi, itu kawasan Mahfuz tu, macam mana la dia nak jaga rakyat dari penagihan, sedangkan anak sendiri pun terbabit. Itu petikan dari blog pro Pembangkang Kedah tu, bukan dari blog BN atau UMNO, mana la tau takut orang Pas kata Mc tipu pulak.

Nampaknya, Kerajaan 'ISLAM' Pas Kedah tidak menunjukkan prestasi yang baik. Bukan sahaja 'TIDAK' berjaya dari segi pentadbiran dan ekonomi, malah sosial juga terus merudum!. Macam mana nak jaga? Lebih ceramah dari buat kerja. Inikah kerajaan pilihan rakyat Kedah? Inikah kerajaan Islam ala Pas? Kalau macam ni, BAIK TAK PAYAH LA!

MctHeory:
Dimana Pakatan Kuat! Di Situ Rakyat 'MEREMPAT'

Tiada ulasan: