Ahad, 22 Ogos 2010

PAKATAN HARAM MULA BUAT JANJI BULAN BINTANG PADA RAKYAT!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan para pemimpin pembangkang yang mula menabur janji tidak masuk akal di laman-laman web dan blog membuktikan mereka terlalu gilakan kuasa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai janji bersifat habuan wang ringgit yang ditaburkan oleh parti pembangkang yang dianggap tidak berpijak di bumi nyata.

‘‘Rakyat mesti lihat dan menilai apa yang benar dan apa yang tidak benar atau apa yang hak dan apa yang batil. Apa yang mampu dicapai dan apa yang tidak mampu dicapai.

‘‘Apa yang berpijak di bumi yang nyata dan apa yang merupakan rekaan yang cuba dijadikan umpan untuk memancing undi dan untuk mempengaruhi perasaan rakyat semata-mata.

‘‘Oleh kerana terlalu inginkan kuasa, mereka sanggup janjikan apa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuih raya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima 4 Briged Mekanise Kem Batu 10 di sini, Brigedier Jeneral Zamrose Mohd. Zain.

Beliau mengulas beberapa laporan dalam laman web dan blog berhubung janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya akan menetapkan gaji sebanyak RM4,000 sebulan kepada semua keluarga di negara ini jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

DAP juga menjanjikan semua warga emas di negara ini akan menikmati elaun sebanyak RM1,000 sebulan jika memenangi pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan, parti pembangkang akan melakukan apa sahaja walaupun menyedari tindakan mereka tidak realistik semata-mata untuk memenangi hati pengundi.

‘‘Bagi mereka (pembangkang), itu tidak penting, yang penting adalah janji. Sama ada janji itu realistik dan boleh dilaksanakan atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting mereka janji supaya menyeronokkan pengundi untuk menyokong mereka,” ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, apa yang dilakukan oleh parti pembangkang itu merupakan strategi politik kerana mengandaikan pilihan raya umum semakin hampir.

Kini, jelas beliau, terpulang kepada rakyat untuk menilai segala janji yang ditaburkan pembangkang.

‘‘Dalam sistem demokrasi, tiada ubatnya selain kemampuan rakyat membuat penilaian berdasarkan pemikiran yang matang dan rasional,” katanya.

Ditanya sama ada beliau telah mendapat ilham untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13, katanya: ‘‘Wallah hua’lam. Kita tak tahu bila pilihan raya.”

Apa yang pasti, tambahnya, semakin hampir dengan pilihan raya, semakin banyak janji yang ditaburkan parti pembangkang.

‘‘Ini adalah perkara biasa. Dalam pilihan raya lalu pun macam-macam janji yang mereka buat. Kali ini mereka tambah janji-janji mereka,” katanya.

Najib menambah, BN tidak akan menabur janji-janji kosong sebaliknya melakukan perancangan realistik yang disokong dengan fakta dan kajian mendalam.

‘‘Seperti Model Baru Ekonomi (MBE) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kita percaya ia merupakan perancangan yang realistik,” jelasnya.

Sumber Malaysia Instinct

MctHeory:
Buat janji sekadar main hembus la, nanti nak tunai janji, rakyat pun meraka 'kambus' (tanam).

Tiada ulasan: