Selasa, 24 Ogos 2010

PANAS! NURUL IZZAH BAKAL MENJADI PENGANTI ANWAR?

Nurul Izzah pernah dikaderkan di SAIS (School of Advanced International Studies), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa. SAIS merupakan pengkalan Paul Wolfowitz yang memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi pensyarah pelawat di situ. Foto, Nurul Izzah ditemani suaminya Raja Shahril dan sahabat-sahabat Anwar dalam IIIT, Hisham Altalib (kiri) dan Jamal Barzinji (kanan) semasa konvokesyen Nurul Izzah di SAIS.

Nurul Izzah mewarisi tokoh kepimpinan bapanya Anwar Ibrahim dalam falsafah pluralisme dalam agama.
Ini jelas apabila Anwar menghantar Izzah untuk membuat kunjungan ke Universitas Paramadina Indonesia. Universitas Paramadina merupakan pusat pembelajaran Pluralisme yang paling efektif di asia tenggara. Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.

Diberitakan bahawa Izzah berbincang dengan Anies Baswedan yang merupakan rektor universiti berkenaan.

Anis Baswedan dipercayai sedang direkrut oleh Amerika Syarikat untuk menjadi bakal pemimpin masa hadapan di Indonesia.

Apakah pertemuan ini bermaksud Nurul Izzah mahu membuat institusi pluralisme di Malaysia sama seperti Universitas Paramadina?? Atau apakah ini petanda bahawa pemikiran Pluralisme merupakan ancaman baru yang berterusan walaupun hayat politik Anwar telah tamat tempoh di Malaysia ??

Sepertimana yang telah diketahui bahawa "Pluralisme" merupakan fahaman yang paling disukai dan disokong oleh Amerika untuk dilaksanakan di mana-mana negara Islam. Pluralisme disenaraikan sebagai perkara wajib yang harus disebarkan dalam agenda demokrasi Amerikanisasi untuk menguasai dunia Islam.

Melalui fahaman Pluralisme ini, akar-akar fundamental agama akan lesap yang akan memudahkan gerakan "Project The New American Century" berjalan dengan lancar untuk menjajah dunia.

Agama Islam merupakan ancaman kepada barat kerana mengandungi jihad yang menghalang terlaksananya empayar barat dalam era globalisasi ini. Melalui Pluralisme, konsep Jihad akan dimatikan yang akan menyebabkan penjajahan baru bermula. Inilah Projek Amerika masa kini yang meletakkan Pluralisme sebagai elemen penting dalam "Hidden Agenda"

Apakah kes liwat Anwar menunjukkan bahawa Anwar dinilai akan mati karier politiknya?? Tidak!!! Kerana politik dan falsafah pluralisme ini akan bertukar tangan kepada Nurul Izzah dalam agenda pluralismenya di Malaysia..

Jikalau melihat cara dan perwatakan Anwar yang menghantar anaknya belajar di University Geogetown dan menghantar Nurul Izzah berjumpa dengan Anis Baswedan jelas menunjukkan bahawa pewaris sebenar Anwar dalam politik dan juga meneruskan agenda barat di Malaysia tidak lain tidak bukan adalah Nurul Izzah.

Nurul Izzah merupakan postgraduate master dalam International Relations from John Hopkins University. University ini kerap kali mengadakan forum yang bersangkut paut dengan fahaman Pluralisme.

Nurul Izzah juga telah diberi biasiswa penuh oleh golongan neo-con perisikan Amerika untuk menghabiskan pengajian di Johns Hopkins University. Ini samalah seperti bapanya Anwar yang merupakan bekas pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins.

Kesinambungan fahaman Pluralisme masih panjang lagi kerana Izzah hampir hampir menghabiskan falsafah Pluralisme agama setelah berjumpa dengan orang-orang penting pluralisme di Indonesia dan juga di Amerika. Klik di sini.

Secara Kesimpulannya, perjalanan untuk menentang Anwar masih panjang kerana ia bersambung ketikamana Nurul Izzah akan mewarisi kepimpinan PKR yang akan terus berjuang dalam falsafah liberalisme dan pluralisme yang akan menghancurkan sendi-sendi agama Islam agama rasmi di Malaysia.

Teruskan berjuang!!!!!

Sumber Emang AIDC

MctHeory:
Nampaknya legasi Anwar tidak berakhir bersamanya, bakal disambung oleh anaknya pulak. Adehh laa..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KEMANA KUAH KLU X TUMPAH KE NASIK BROO!. LIKE FADER LIKE DOTER! KEHKEHKEHKEH >|D

Tanpa Nama berkata...

anuwar aljuburi izzah al,.... bleh bg idea ?.

kerih tumpui berkata...

Norul Izzah nicey nice dude..
pergh..kecur liur...
kahkahakkah