Sponsor

Memaparkan catatan dengan label aidc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidc. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2011

Khamis, 10 Februari 2011

PANAS!! KISAH ANWAR, PEMANDU TEKSI DAN PONDAN!!


Sebuah laman blog penyokong tegar Anwar Ibrahim [klik sini] mengatakan Dr. Yusri Mohamed bekas Presiden ABIM ke 6 terkedu apabila Anwar membalas balik segala isu dan kritikan ke atas bekas dirinya dalam satu perjumpaan tertutup bekas pemimpin ABIM di rumah Prof Osman Bakar di Cyberjaya, 2 Januari lalu.

Laman tersebut seolah-olah ingin menyatakan Anwar telah berjaya menutup mulut bekas pimpinan ABIM yang memperpertikaikan beberapa pendekatan pluralism agama yang terpesong akidah itu dijadikan modus operandi Anwar kebelakangan ini.

Walhal realiti sebenarnya adalah sebaliknya yang terjadi, bukan Yusri atau Ismail Mina yang terkedu tetapi Anwar yang hilang punca hingga terpaksa dibantu oleh pemimpin ABIM yang masih wala kepadanya.
Dan Itulah juga yang dinyatakan oleh blog bekas pendokong Anwar Ibrahim iaitu Ibrahim baba bahawa sumber berita penulis tersohor tersebut lansung tidak boleh dipercayai.

Sabtu, 6 November 2010

TOLONG! JANGAN BIARKAN ANWAR IBRAHIM DOT COM (AIDC) BERKUBUR BEGITU SAHAJA!


Sehari sebelum PRK Galas dan Batu Sapi, Mc ada mendapat sms dari blogger Gap mengenai blog AIDC akan ditutup disebabkan masalah tertentu. Sehari selepas tu, Mc sendiri ada berburak dengan Timbalan Editor AIDC, apakah benar blog AIDC akan menamatkan operasinya.

Mengikut katanya, memang benar AIDC akan ditutup disebabkan 'masalah' tertentu, sudah banyak kali mereka cuba selamatkan AIDC tetapi akhirnya segala usaha mereka gagal.

Tahukah anda, jika blog AIDC menamatkan operasinya, kita akan kehilangan sumber maklumat mengenai salah laku Anwar di dalam dan luar negara. Selama ini Anwar dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat, baik di dalam atau luar negeri. Selepas wujudnya AIDC, membongkarkan segala salah laku Anwar didalam dan luar negara, termasuk salah laku seks liwatnya. Baru kita kenal siapa makhluk bernama Anwar ini.

Dulu Anwar amat disanjung oleh puak Pakatan Haram. Dia dianggap seolah 'dewata' pembangkang yang turun untuk menjajah Malaysia dari Barisan Nasional, tapi selepas pendedahan demi pendedahan mengenai Anwar. Sekarang, puak pembangkang sendiri sudah curiga dan ragu2 dengan Anwar. Walaupun masih ada yang tidak percaya, tetapi keraguan sudah wujud didalam hati mereka.

Dulu siapa tahu Anwar seorang ejen CIA, NED, IMF dan bermacam2 lagi. Walaupun ada khabar angin tapi dengan mudah Anwar nafikan.

Dulu siapa tahu Anwar seorang peliwat dan penzina tegar??

Dulu siapa tahu Anwar seorang penipu, pembohong dan kaki kelentong.

Sejak pendedahan AIDC secara teliti dan detailnya mengenai salah laku Anwar di luar negara yang menyokong dasar2 barat yang keji, serta terbabitnya Anwar dengan yahudi. Baru kita tahu hati perut Anwar sebenarnya.

Pendedahan kawan2 yahudi Anwar seperti Wolfwitz, Soros, Madam Al-bright dan Al-Gore yang sememangnya anti Islam mendedahkan hati perut Anwar sebenarnya.

Juga sokongan bertalu-talu Anwar terhadap demokrasi dan Islam liberal (contoh negara Turki) mendedahkan betapa dia ingin menjadikan Malaysia sebagai negara bebas 'meliwat'.

Dulu ada kita mengenai semua ini?? Siapa yang beritahu kita mengenai hal ini? Berbukti, bergambar dan berfakta?

Bukahkah blog AIDC?

Adakah blog AIDC masih relevan dipertahankan?

YAA.. jangan tutup blog AIDC.. sama2lah kita pertahankan.

P/s: Agak2nya Anwar selalu kantoi dengan kak wan, selepas kak wan baca blog AIDC la agaknya.. he he he..

Mctheory:
Tolong jangan tutup blog AIDC!!

Selasa, 24 Ogos 2010

PANAS! NURUL IZZAH BAKAL MENJADI PENGANTI ANWAR?

Nurul Izzah pernah dikaderkan di SAIS (School of Advanced International Studies), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa. SAIS merupakan pengkalan Paul Wolfowitz yang memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi pensyarah pelawat di situ. Foto, Nurul Izzah ditemani suaminya Raja Shahril dan sahabat-sahabat Anwar dalam IIIT, Hisham Altalib (kiri) dan Jamal Barzinji (kanan) semasa konvokesyen Nurul Izzah di SAIS.

Nurul Izzah mewarisi tokoh kepimpinan bapanya Anwar Ibrahim dalam falsafah pluralisme dalam agama.
Ini jelas apabila Anwar menghantar Izzah untuk membuat kunjungan ke Universitas Paramadina Indonesia. Universitas Paramadina merupakan pusat pembelajaran Pluralisme yang paling efektif di asia tenggara. Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.

Diberitakan bahawa Izzah berbincang dengan Anies Baswedan yang merupakan rektor universiti berkenaan.

Anis Baswedan dipercayai sedang direkrut oleh Amerika Syarikat untuk menjadi bakal pemimpin masa hadapan di Indonesia.

Apakah pertemuan ini bermaksud Nurul Izzah mahu membuat institusi pluralisme di Malaysia sama seperti Universitas Paramadina?? Atau apakah ini petanda bahawa pemikiran Pluralisme merupakan ancaman baru yang berterusan walaupun hayat politik Anwar telah tamat tempoh di Malaysia ??

Sepertimana yang telah diketahui bahawa "Pluralisme" merupakan fahaman yang paling disukai dan disokong oleh Amerika untuk dilaksanakan di mana-mana negara Islam. Pluralisme disenaraikan sebagai perkara wajib yang harus disebarkan dalam agenda demokrasi Amerikanisasi untuk menguasai dunia Islam.

Melalui fahaman Pluralisme ini, akar-akar fundamental agama akan lesap yang akan memudahkan gerakan "Project The New American Century" berjalan dengan lancar untuk menjajah dunia.

Agama Islam merupakan ancaman kepada barat kerana mengandungi jihad yang menghalang terlaksananya empayar barat dalam era globalisasi ini. Melalui Pluralisme, konsep Jihad akan dimatikan yang akan menyebabkan penjajahan baru bermula. Inilah Projek Amerika masa kini yang meletakkan Pluralisme sebagai elemen penting dalam "Hidden Agenda"

Apakah kes liwat Anwar menunjukkan bahawa Anwar dinilai akan mati karier politiknya?? Tidak!!! Kerana politik dan falsafah pluralisme ini akan bertukar tangan kepada Nurul Izzah dalam agenda pluralismenya di Malaysia..

Jikalau melihat cara dan perwatakan Anwar yang menghantar anaknya belajar di University Geogetown dan menghantar Nurul Izzah berjumpa dengan Anis Baswedan jelas menunjukkan bahawa pewaris sebenar Anwar dalam politik dan juga meneruskan agenda barat di Malaysia tidak lain tidak bukan adalah Nurul Izzah.

Nurul Izzah merupakan postgraduate master dalam International Relations from John Hopkins University. University ini kerap kali mengadakan forum yang bersangkut paut dengan fahaman Pluralisme.

Nurul Izzah juga telah diberi biasiswa penuh oleh golongan neo-con perisikan Amerika untuk menghabiskan pengajian di Johns Hopkins University. Ini samalah seperti bapanya Anwar yang merupakan bekas pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins.

Kesinambungan fahaman Pluralisme masih panjang lagi kerana Izzah hampir hampir menghabiskan falsafah Pluralisme agama setelah berjumpa dengan orang-orang penting pluralisme di Indonesia dan juga di Amerika. Klik di sini.

Secara Kesimpulannya, perjalanan untuk menentang Anwar masih panjang kerana ia bersambung ketikamana Nurul Izzah akan mewarisi kepimpinan PKR yang akan terus berjuang dalam falsafah liberalisme dan pluralisme yang akan menghancurkan sendi-sendi agama Islam agama rasmi di Malaysia.

Teruskan berjuang!!!!!

Sumber Emang AIDC

MctHeory:
Nampaknya legasi Anwar tidak berakhir bersamanya, bakal disambung oleh anaknya pulak. Adehh laa..

Selasa, 13 Julai 2010

Jadual 'Anwar's Apology Tour' dibongkar [Mesti Baca!]


AIDCNews

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha menutup segala aktivitinya semasa 'Apology Tour' bertemu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Amerika Syarikat baru-baru ini, namun blog The Unspinners telah mendedahkan jadual perjalanan Anwar secara terperinci hari ini. Klik di sini

Jadual 'Anwar's Apology Tour' membabitkan dua negeri terbesar di Amerika Syarikat iaitu New York dan Washington, bermula dari 20 Jun hingga 24 Jun 2010.



Selain itu, blogger kumbang turut menamakan satu lagi negeri yang dilawati Anwar, iaitu Virginia, tempat dianggap pengkalan sebuah badan pemikir Islam, IIIT (Institute of International Islamic Thought) yang diasaskan oleh Anwar bersama Dr Ismail Faruqi, Jamal Barzinji dan lain-lain. Klik di sini

Menurut Blog The Unspinners, Anwar sampai di Lapangan Terbang JFK, New York, pada 20 Jun, dan memulakan pertemuan pertama dengan menemui Malcolm Hoenlein yang mewakili organisasi Yahudi terbesar di Amerika iaitu 'Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations' .

Pertemuan Anwar dengan Malcolm Hoenlein itu diadakan pada 21 Jun, pada pukul 3 petang, di pejabatnya, Third Avenue New York.

Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations merupakan badan terbesar Yahudi di Amerika Syarikat yang menaungi 52 badan-badan Yahudi yang lain. Antara badan-badan yang dinaungi oleh organisasi itu adalah B'nai B'rith International, American Israel Public Affairs Committee, American Jewish Committee, American Jewish Congress, Bnai Zion, Religious Zionists of America, Zionist Organization of America dan lain-lain. Klik di sini


Benjamin Nentahayu, Perdana Menteri Israel sedang memberi ucapan di Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations, dengan diiringi oleh rabbi Malcolm Hoenlei



Rabbi Malcolm Hoenlein sedang memberi hadiah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentahayu


Pendedahan The Unspinners mengenai pertemuan Anwar dan Malcolm Hoenlein yang mewakili Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations merupakan maklumat baru yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana media sebelum ini.

Anwar sendiri dalam twiternya tidak menyebut pertemuan tersebut, kerana jika didedahkan akan lebih mengesahkan lagi bahawa kunjungan Anwar ke Amerika Syarikat baru-baru ini benar-benar untuk 'melutut' kepada Yahudi kerana Malcolm Hoenlein merupakan tokoh yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Yahudi, sama ada di Amerika Syarikat mahu pun di Israel.Klik di sini.

Malcolm Hoenlein merupakan Naib Pengerusi Eksekutif The Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations, pengasas/Pengarah The Greater New York Conference on Soviet Jewry dan The Jewish Community Relations Council of New York. Klik di sini.

Pada 22 Jun , Anwar bertemu dengan Bret Stephens, seorang Yahudi yang berpengaruh di Wall Steet Journal. Stephens merupakan Timbalan Editorial Wall Steet Journal untuk edisi Eropah dan Asian. Anwar dilaporkan makan tengahhari di pejabat mereka di simpangan antara Avenue of the Americas dan 47/48th Street.

Selain berpengaruh Wall Steet Journal, Stephens turut mempunyai pengaruh di The Jerusalem Post, akhbar terkemuka di Israel kerana beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Israel itu dari tahun 2002-2004.

Pada jam 3 petang, Anwar berkunjung pula ke pejabat CNN di bangunan Time Warner di 58th Street.Beliau menemui sahabat karibnya bernama Fareed Zakaria. Anwar dan Farid merupakan anggota CFR (Council on Foreign Relations), sebuah badan pemutus dasar luar Amerika Syarikat yang menyokong Israel.

Fareed adalah Pengarang Newsweek's International dan host kepada CNN yang merupakan seorang muslim pro-Israel. Beliau telah mengahwini wanita Yahudi, bernama Paula Throckmorton Zakaria.Klik di sini

Seterusnya pada 7 petang, Anwar sepatut menghadiri suatu forum yang berjudul "In Pursuit of a New Economic Paradigm." di New York. Forum itu turut disertai oleh sahabat Yahudi Anwar iaitu James Wolfensohn, namun tidak dapat dipastikan sama ada Anwar berjaya menghadiri forum itu atau tidak.

Keesokan harinya pada 23 Jun, Anwar menuju ke Washington DC. Jadual pertamanya menemui Carl Gershman pada pukul 11 pagi.

Carl Gershman merupakan seorang tokoh Yahudi yang menjadi Presiden National Endowment for Democrasy (NED) sejak tahun 1984. NED merupakan sebuah organisasi yang dibiayai CIA sebagai badan yang kononnya mempromosi demokrasi.

Semasa pentadbiran Presiden Bush, Anwar bersama-sama Gershman menyokong Doktrin Bush untuk membawa demokrasi di Timur Tengah khususnya menerapkan idea reformasi liberal, kebebasan dan membendung kebangkitan Islam yang dianggap berlawanan dengan prinsip demokrasi.

Pada jam 2 petang, Anwar telah menemui Howard Berman di Rayburn House Office Building(RHOB) . RHOB merupakan bangunan rasmi untuk ahli-ahli kongres Amerika Syarikat. Klik di sini

Berman amat berpengaruh dalam dasar luar kerana beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Amerika Syarikat.

Secara berterus terang Berman memberitahu media " Saya adalah seorang aktivis Zionis, sebelum saya menyertai parti Demokrat lagi". Ini disahkan lagi apabila Akhbar Yahudi, The Forward melaporkan Berman adalah penyokong kuat Israel.

Pada pukul 3:30 petang, Anwar bertemu pula dengan sahabat lamanya, Sir William Cohen di pejabat Daniel Piper.


Anwar bersama salah seorang godfathernya Sir William Cohen dalam Diskusi Sadat Chair 2005: Dari kiri, Shibley Telham,(Pengarah Sadat Chair) Anwar Ibrahim, William Cohen dan Robin Wright(dari Washington Post). Sadat Chair for Peace and Development, University of Maryland, Amerika Syarikat diambil sempena nama Anwar Sadat, bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh kerana usahanya mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.


Selain berketurunan Yahudi, Cohen kini dianggap 'Penasihat pentadbiran Obama', kerana pengalamannya sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton.

Beliau merupakan salah seorang godfather yang membina karier politik Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Pada jam 4.30 petang, Anwar dijadualkan berjumpa dengan Daniel Mariaschin yang merupakan Naib Presiden Eksekutif, B'nai Birth International, sebuah organisasi Yahudi tertua yang pernah mengecam Anwar sebagai 'anti-semitik' sebelum ini.

Pada jam 6:30 petang, Anwar bertemu dengan Dr Jamal Barzinji dan Yakub Mirza di Sterling Virginia. Mereka ini adalah anggota Institute of International Islamic Thought (IIIT).

Menurut rekod, IIIT merupakan badan pemikir yang ditubuhkan oleh Dr Ismail Faruqi, Anwar Ibrahim, Jamal Barzinji, Abdul Hamid Sulayman dan lain-lain di Virginia pada tahun 1981. Selain Anwar, pengasas IIIT lain adalah warganegara Amerika Syarikat.

Selepas Dr Ismail Faruqi mati dibunuh pada tahun 1986 kerana didakwa terlibat aktiviti homoseksual di kalangan pelajarnya di universiti Temple, jawatan Presiden IIIT disandang oleh salah seorag pengasasnya iaitu Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman.Klik di sini

Pada 24 Jun, Anwar dijadual bertemu Fred Hiatt pada pukul 11 pagi.

Hiatt adalah wartawan berpengaruh akhbar The Washington Post, sebuah akhbar yang dikuasai keluarga Yahudi Katherine Graham. Hiatt adalah seorang Yahudi yang menyokong neo-konservatif dan merupakan kenalan kepada Paul Wolfowitz, seorang lagi godfather zionis Anwar.

Pada jam 2 petang, Anwar berucap di Wilson Center bertajuk "Islam and Democracy in Southeast Asia". Wilson Center, dinamakan sempena nama bekas Presiden Demokrat AS ke-28, Thomas Woodrow Wilson. seorang Presiden Amerika Syarikat dilabel pro-Yahudi kerana semasa pemerintahannya belaiu mengiiktiraf penubuhan Negara Israel melalui Deklarasi Balfour.

Ucapan Anwar dipengerusikan oleh Robert Hathaway, Pengarah Program Asia Woodrow Wilson International Center for Scholars. Beliau mempunyai pengaruh dalam Foreign Affairs Committee dan Perwakilan Ahli Kongres Rumah Putih.

Pada jam 5:30 petang Anwar bertemu dengan Kurt Campbell, yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Hubungan Asia Tenggara, Jabatan Negara Amerika.

Campbell, seorang Yahudi adalah ahli Council on Foreign Relations (CFR). Anwar dan Campbell pernah menyokong Annapolis Summit untuk mengiktiraf Negara Israel yang pernah diusahakan oleh Presiden Bush.

Menurut sumber, semua pertemuan itu diatur oleh pegawai khas Anwar di Amerika Syarikat bernama Aasil Kazi Ahmad.Klik di sini


Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim menunjukkan foto Aasil Kazi Ahmad semasa sidang akhbarnya di Hotel Grand Seasons baru-baru ini. Bersamanya adalah bekas exco Keadilan, Azwanddin Hamzah.Menurut Anuar Shaari, Aasil merupakan individu yang banyak memainkan peranan melobi imej Anwar di Amerika Syarikat


Aasil, yang juga mempunyai warga negara Pakistan itu, turut menyusun jadual agar Anwar bertemu dengan Chuck Allers, seorang pengkaji Phd dan media-media seperti Bloomberg, Fox News, dan Charlie Rose, tetapi tidak dapat dipastikan pertemuan itu berlangsung atau tidak.

Anwar dijadualkan kembali ke Malaysia pada pukul 9 malam menaiki Qatar Airways di Dulles Airport, Washington DC.


P/s: Nah sudah terbukti jelas dan fakta bahawa Anwar ke U.S hanya untuk menyembah yahudi. Bagi membersihkan namanya. Siapa yang pengkhianat umat Islam? Siapa sahabat baik Israel Yahudi? Siapa? Rakyat Malaysia, Tolonglah jangan diperbodohkan Anwar lagi. TOLONG LA!



MctHeory:
Teruskan kerja mu wahai AIDC, bongkar segala perangai buruk dan busuk Anwar.

Isnin, 12 Julai 2010

Saya Percaya Anwar Meliwat - SD Johari



Pengakuan liwat daripada rakan karib Anwar sendiri! Mesti Tonton!

MctHeory:
Perangai busuk Anwar makin hari makin terdedah!