Khamis, 10 Februari 2011

PANAS!! KISAH ANWAR, PEMANDU TEKSI DAN PONDAN!!


Sebuah laman blog penyokong tegar Anwar Ibrahim [klik sini] mengatakan Dr. Yusri Mohamed bekas Presiden ABIM ke 6 terkedu apabila Anwar membalas balik segala isu dan kritikan ke atas bekas dirinya dalam satu perjumpaan tertutup bekas pemimpin ABIM di rumah Prof Osman Bakar di Cyberjaya, 2 Januari lalu.

Laman tersebut seolah-olah ingin menyatakan Anwar telah berjaya menutup mulut bekas pimpinan ABIM yang memperpertikaikan beberapa pendekatan pluralism agama yang terpesong akidah itu dijadikan modus operandi Anwar kebelakangan ini.

Walhal realiti sebenarnya adalah sebaliknya yang terjadi, bukan Yusri atau Ismail Mina yang terkedu tetapi Anwar yang hilang punca hingga terpaksa dibantu oleh pemimpin ABIM yang masih wala kepadanya.
Dan Itulah juga yang dinyatakan oleh blog bekas pendokong Anwar Ibrahim iaitu Ibrahim baba bahawa sumber berita penulis tersohor tersebut lansung tidak boleh dipercayai.


Pertanyaan kepada Anwar
Pada malam tersebut beberapa orang bekas pimpinan ABIM yang terdiri daripada Ismail Mina, Dr Yusri Muhamad, Dr Amran dan Dr Farid Shahran telah mengajukan persoalan kepada Anwar ;
Pertamanya meminta Anwar supaya menerangkan kepercayaan terhadap doktrin John Hick, iaitu kepercayaan bahawa kesemua agama sama seperti yang diyakini oleh Anwar.

Kedua, persoalan mengapa Anwar begitu konsisten dikaitkan pembabitannya program pluralism agama dari LSE London, New York hinggalah ke India – Darashikur.

Ketiga penjelasan hubungan Anwar dengan Khalid Jaafar yang menggerakan Institut Kajian Dasar.

Keempat, mengapa Anwar tidak melibatkan kelompok ABIM sebagai inner circle dan permasalahan agama.

Kelima, penglibatan Anwar dengan kes murtad Lina Joy dan sokongan kepada HINDRAF.
Sementara persoalan Ke-enam peranan Kondrad Adenaur Faoundation (KAF) menggerakan IKD , PKR.’

Kesemua persoalan ini gagal dijawab dengan baik oleh Anwar malah ada ketikanya Anwar terpaksa mengheret perbincangan kepada kes perbicaraanya liwatnya di Mahkamah dan menggelakkan isu asal diperbincangan.

Anwar juga sekali lagi mengunakan nama Yusuf Qardawi, nama bekas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar dan isu perlantikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai dinding untuk mempertahankan diri, walhal kesemua isu tersebut langsung tiada kaitan dengan tujuan sesi pertemuan itu diadakan.

Menariknya Idriz Jauzi, Naib Presiden WADAH pusat terpaksa mencelah perbincangan dan membantu Anwar Ibrahim. Idris menyeru kepada kelompok ABIM yang datang pada malam tersebut agar husnuzon kepada Anwar Ibrahim.

Namun sedarkan Idris Jauzi disebabkan husnuzhon itulah air mani Anwar Ibrahim bertakung di dalam dubur si Saiful Bahri.

Disebabkan husnuzhon juga bekas penulis pidato kepada Anwar, Khairani Nahfiz terpaksa membuat pengakuan kepada ustaz Taib Azamudin bahawa Anwar telah meliwat dirinya tanpa kerelaan.
Begitu juga nasib bekas pemandu peribadi Wan Azizah, Azizan Abu Bakar dan beberapa lelaki lain yang mungkin sehingga kini malu untuk mendedahkannya kepada umum lantaran husnuzhon kepada bekas Presiden
Abim ke dua tersebut.

Kesemua mangsa-mangsa Anwar ini sebagaimana pengkagum kepada ketokohan Anwar juga berfikiran normal pada permulaanya dengan husnuzhon kepada apa yang dilakukan Anwar Ibrahim, namun apabila maruah dicabuli adakah layak untuk masih bersangka baik kepada Anwar.


Hobi Anwar sodomi ?
Idris Jauzi seolah meletakkan Anwar Ibrahim seumpama maksum, langsung tiada kecacatan, walhal menurut Kicdekfella, orang Thailand pun tau perwatakkan Anwar bagaimana.

“Apabila teksi kami berhenti di persimpangan di Patpong, tiba-tiba pemandu teksi itu berhenti mengalih bercakap pasal Mahathir, sebaik ternampak seorang pondan melintas jalan. “Mr Anwar!” kata pemandu teksi itu dengan kuat dan bangga sambil menunjukkan ke arah pondan yang melintas jalan itu.” Tulis Syed Azidi Aziz. Klik di sini

Mesej apakah yang ingin diberitau oleh pemandu teksi di Kota Bangkok tersebut? Mungkin ingin memaklumkan hobi Anwar suka melakukan sodomi, kerana itu yang mampu ditawarkan oleh pondan. Anwar dikhabarkan selalu menjadikan Bangkok sebagai transit atau tempat untuk dirinya melakukan pelbagai kerja politik dan peribadi selain kota Hong Kong dan Jakarta.

Kebebasan seksual di negara majoriti Buddha itu meletakkan Bangkok sebagai kota kegemaran kepada kelompok gay dan trangender seks di Asia. Dan semua mengetahui ratusan kelab malam, pusat urut, sauna dan escort lelaki gay wujud di Bangkok.

Jika itu gambaran diberikan orang yang tiada kaitan dengan politik Malaysia terhadap Anwar, adakah satu kesalahan kepada umat Islam di Malaysia untuk berprasangka kepada Anwar Ibrahim.
Takkanlah Ismail Mina, Dr. Yusri, Dr. Amran dan Dr. Farid Shahran mengambil tindakan mengkritik tindak tanduk Anwar pada malam mukabalah dengan Anwar itu tidak berdasarkan kepada dalil dan hujah.

Kesian sunguh kepada pemimpin ABIM yang membela Anwar pada malam tersebut yang seperti Idris Jauzi dan Razali Nawawi, begitu juga dengan Nazri Abdullah (sejak bila Nazri jadi ABIM ?) mereka seakan-akan masih berada di alam fatarmorgana ciptaan Anwar sehingga gagal mengenalpasti di mana intan di mana kaca. Mereka masih percaya kepada impian karut bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Suatu perkara yang pelik juga wujud di malam tersebut, apabila ada pemimpin PAS dari kelompok Erdorgan iaitu Dr. Dzukifli Ahmad (pun jadi ABIM juga ?) menjelmakan diri dan sekaligus mempertahankan Anwar Ibrahim. Bukankah ia suatu perkara pelik seorang pemimpin PAS sanggup membela Ketua Umum parti lain malah berada di kelompok jemaah lain luar dari kebiasaan.
Siapa wala siapa?

AIDC

P/s: Sampai orang Thai pun tau.. ni dah kira hebat dah ni...

Mctheory:
Susah betul kalau dah hobi main belakang.. hahaha...

Tiada ulasan: