Rabu, 9 Februari 2011

KRISIS MESIR!! OPS PIRAMID MEMANG KERJA GILA!!


GILA! Dalam tempoh lima hari saja semua rakyat Malaysia berjumlah lebih 10,000 dapat dipindahkan dari Mesir. Ini memang kerja gila. Tak pernah dibuat oleh mana-mana negara memindahkan rakyat dan pelajarnya dari mana-mana negara asing yang begitu jauh dalam tempoh begitu singkat. Malaysia memang betul-betul boleh!

Tiada siapa pun boleh menyangkal kejayaan besar kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak menerusi Ops Piramid ini. Aku percaya kalau Barack Obama tahu apa yang dibuat Najib, pastinya dia pun respek gila. Maklum AS sendiri nak pindah rakyat mereka tak adalah sederas itu dan tak adalah sampai begitu besar "operasinya". Lainlah kalau nak hantar tentera serang negara Islam. Malang Ops Piramid tak dapat liputan CNN, BBC atau Al-Jazeera. Kalau tidak satu dunia boleh terkujat beruk.


Bayangkan dalam tempoh tak sampai 24 jam selepas PM buat keputusan untuk pindah semua pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir melalui laut dan udara, berbondong-bondong kapal TLDM, kapal terbang TUDM bergerak menuju Timur Tengah manakala MAS dan AirAsia buat pertama kalinya "berganding bahu" menghantar pesawat-pesawat komersial terbesar masing-masing untuk mengangkut ribuan pelajar itu.

Dan yang paling menakjubkan ada pulak negara lain yang sudi menerima kehadiran ribuan orang asing transit di negara mereka. Ini hebatnya Malaysia dan inilah hikmahnya bersahabat dengan negara asing. Kalau bukan kerana hubungan erat antara kedua negara, tak adalah Arab Saudi nak bagi puluhan ribu orang Malaysia transit di negara mereka. Bayangkan lebih 10,000 tanpa sebarang visa, melainkan hanya jaminan dari Najib semata-mata.

Pada masa yang sama, Mesir yang sedang bergolak itupun boleh menerima kehadiran kapal dan kapal terbang tentera Malaysia mendarat di negara mereka sedangkan perkara itu biasanya amat mustahil dapat dilakukan melainkan atas pelawaan negara terbabit. Tetapi itu semua dapat dilakukan dan dalam tempoh beberapa hari, semuanya beres.

Tapi malang dalam keadaan sedemikian ada juga segelintir manusia di muka bumi Malaysia ini yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan sebaliknya mereka lebih suka mahu mempolitikkan semua perkara. Sampaikan nak selamatkan anak-anak mereka sendiripun mereka nak politik. Peliknya bila anak-anak mereka dah selamat sampai kat tanah air, awal-awal pagi lagi dah menunggu kat airport. Dan bila nampak kelibat anak, mulalah meraung melalak dan berpeluk cium.

Lambat sikit nak buat proses pemindahan dipolitikkan kata kerajaan tak prihatin. Bila kerajaan dah hantar gerakan besar-besaran untuk memindahkan pelajar pun dipolitikkan dan bila anak-anak mereka dah selamat sampai kat Malaysia pun mereka nak politikkan kata tak perlu berterima kasih kerana memang itu tugas mana-mana kerajaan.

Apa-apa pun aku bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain (walaupun tak ada anak atau saudara-mara di Mesir) mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan menteri yang terlibat, TUDM, TLDM, Tabung Haji dan semua yang terlibat dalam Ops Piramid ini.

Aku percaya walau menjadi tugas kerajaan menyelamatkan rakyat mereka, tetapi tidak ada negara yang buat kerja gila seperti ini melainkan kerajaan Malaysia! Gila... memang gila!!

Mesin taip Buruk

P/s: puak sana mana tau apa, selain dari politik..


Mctheory:
Syabas kerajaan Malaysia..

9 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Salam.
Aku cukup teruja dengan misi ini, tahniah PM, Tahniah semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuklah mereka yang mengadakan solat hajat memohon keselamatan rakyat Malaysia.Paling feel aku rasa dalam misi ini ialah Dato seri Jamil Khair Baharom tak sangka aku walaupun sudah tidak bersama Tentera tapi masih punya "power" untuk mengarahkan dan menyusun angota tentera dalam misi ini, lihat orangnya tidak lah tinggi sangat tapi ordernya di bumi Mesir sama taraf dengan Panglima Tentera tidak satu pun pegawai tentera yang engkar.

Tanpa Nama berkata...

Apa taknya, dia kan bekas Jeneral. Dia faham selok belok operasi tentera ni. Memang dia orang yangs sesuai untuk misi ni. Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Ops piramid menjadi sangat mudah dan mendapat pertolongan dari pelbagai pihak...? termasuk dari Allah s.w.t ? Itu kerana kerajaan BN Ikhlas dan berada di pihak yang benar dan diiktiraf oleh negara luar ... tapi sayang ada orang kat Malaysia ni asyik berpolitik menuduh yang bukan2..dan tergamak melemparkan fitnah ...sedih dan sungguh malang...sedarlah dan insaflah..

cikguleepk berkata...

tahniah, very good article......lu memang giler lah bro

Ular Menyusur Akar berkata...

Peranan Datin Seri Rosmah juga jangan di perkecilkan. DSR juga mempunyai pengaruh dan dan di percayai di Timor Tengah sehingga di berikan penghormatan merasmikan persidangan wanita bertaraf dunia.

Rasanya, peristiwa ini juga memberi hikmah membuktikan perleceh oleh Zuraidah dan kebanyakkan pemimpin pembangkang terhadap DSR tidak berasas.

Tanpa pintu di buka oleh kedua dua pemimpin negara terlibat, barisan hadapan yang menyelesaikan bantuan ini, juga tidak mudah untuk mereka menyelesaikannya.

Apa apa pun syabas dan tahniah.

agbr47: Kian hari kian jelas kewibawaan PM.

mat berkata...

rasa bangga jadi rakyat malaysia yg aman damai tapi ada sewtengah orang yang tak senang duduk, bediri, dan berjalan kerana pekung didada bertambah besar dan bertambah busuk biarkan mereka mati dengan penuh hina.Thank DSN bukan DSI yang semakin teruk meroyan mengaku dia yang suruh DSN selamat kan pelajar malaysia aku pun nak claim ada jugak suruh selamatkan rakyat malaysia jugak.

Kama At-Tarawis berkata...

Mc, suami saya bertugas dengan SOS International, sebuah syarikat antarabangsa yang tugasnya berteraskan 'rescue'; dari war zones, gurun, banjaran gunung, tempat2 bergolak dsb. ramai orang hanya pandai kritik, duduk kat rumah dan bagi komen yang mengutuk, komen yg tidak membina.

menurut my husband, ops pyramids ni berjaya kerana wujud kerjasama erat antara malaysia dengan negara2 terbabit. kalau tidak, sapa nak bagi landing rights untuk aircraft movements (military aircrafts pulak tu kebanyakannya) yg begitu punya banyak? our rescue mission punyai strategi yg baik dan tersusun. saya bersyukur semua berjalan dengan baik. bagi yg tak habis2 kutuk tu, memang dasar taktau berterimakasih.apa nak kata lagi.

Mohammad Suhaimi berkata...

dh katanya benci, buat baik pun d iktiraf jahat.. tu org tak bersyukur.. perlu gak di ingatkan, majoriti pelajar yg kat mesir pun kuat pembangkang. jadi diorg mmg tak bersyukur, even belajar pun atas tiket kerajaan yg memerintah, duit pun duit kerajaan yg memerintah..
ni d namakan d beri bunga, d balasnya taik, bagai melepaskan anjing tersepit.

pengembala berkata...

oraet!!!!!!!!!!!!

bayangkan pulak kalu rakyat Malaysia yang terkandas di london

50 ribu orang

(-.-)