Ini barisan belakang, nampak kurang penuh, tapi depan semuanya full.
Sebenarnya Mc pun tak sangka roadshow SSDE ada buat kat flat PKNS bandar Sunway ni. Semasa naik pergi kerja baru Mc nampak banner ditepi jalan. Lepas balik kerja terus Mc pergi dengar ceramah, walaupun agak lewat tetapi sempat juga dengar Ezam berceramah. Nampaknya sambutan penduduk sekitar terhadap gelombang SSDE semakin hebat. Untuk pengetahuan semua, tapak ceramah yang digunakan oleh SSDE ni, pernah dikunjungi oleh Anwar semasa kempen PRU ke 12. Semasa itu, Anwar digelar sebagai 'hero rakyat', kenapa hero rakyat? Sebab janji-janjinya yang berapi untuk membantu dan mengubah cara hidup rakyat JIKA PAKATAN HARAM MENANG di Selangor.
Semasa Anwar ceramah dalam kempen PRU ke 12, sambutan penduduk agak hebat. Tambahan pula kepetahan Anwar berpidato menabur janji. Membuatkan orang yang dalam rumah, tengah berak pun tak senang disebabkan 'bersemangat' mendengar janji-janji Anwar. Namun janji tinggal janji, hari berganti hari, tahun berganti tahun. Apa yang dinanti tak kunjung datang. Apa yang dijanji tak kunjung tiba. Akhirnya rakyat merana menangih janji.
Kiranya apabila SSDE buat ceramah disini dan penduduk setempat memberi sambutan yang hebat. Ini membuktikan keyakinan penduduk terhadap Pakatan Haram sudah luntur. Mereka sudah tahu mengenai salah laku kerja puak Pakatan Haram di Selangor. Paling menarik apabila Ezam bercerita mengenai salah laku Anwar dan menghentam Anwar bertubi-tubi beliau mendapat sorakkan semangat dari pendengar ceramah.
Itu ertinya rakyat sudah tahu mengenai PEMBOHONGAN Anwar. Walaupun ceramah ini nampaknya berjaya. Tetapi UMNO/BN perlu kerja lebih kuat dan selalu adakah ceramah seperti ini. Kerana sesi ceramah seperti inilah yang mendekatkan diantara pemimpin dan rakyat. Pendedahan-pendedahan dalam bentuk maklumat yang berlainan dari berita media elektronik juga membuatkan rakyat lebih teruja untuk mendengarnya.
Jika dihitung secara kasar, lebih kurang 700 atau 800 orang yang menghadiri ceramah di Bandar Sunway. Ini tidak termasuk jumlah pendengar yang berkumpul tersembunyi dicelah-celah taman permainan, depan-depan rumah sambil mendengar dari jauh. Jika dapat dihitung yang mendengar dari jauh, pastinya jumlahnya akan jadi lebih besar.
P/s: Dulu kawasan ni kawasan kuat PKR. Tapi selepas ini nampaknya ada peluang UMNO nak rampas kawasan balik. Rakyat dah bagi respond. Tunggu apa lagi, tak reti-reti nak buat kerja ke? he he he. .
MctHeory: Apa cerita SSDE di jalan kebun Klang semalam? pasti lebih gempak!
|
1 ulasan:
TOLONG ROAD SHOW KAT KELANTAN MACAM SELANGOR.
BIAR PAS BERKOKOK MENGELABAH.AKU DAH GERAM NI.APA UMNO KELANTAN BUAT,HABUK TARAK.
NAK MENANG TAPI HAMPEH,MANA PERGI ANUAR MUSA DAN MUSTAFA,BERGABUNGLAH MACAM KHIR TOYO DAN NOH,KENAPA TAKBOLEH.
AKU DENGAR MEREKA NI MEREBUT JAWATAN MB .BETUL KE,SEBAB TU
TAK BUAT APA APA.KALAU MACAM NI BILA UMNO NAK MENANG.
BANGKITLAH KELANTAN.NIK AJIS DAH SESAT,TUNGGU APA LAGI.SAMPAI KIAMATKE .NAK MASUK SYURGA MACAM NIK AJISKE.
SEDARLAH WAHAI KELANTAN.PEMIMPIN UMNO KELANTAN BILA NAK BERKOKOK MACAM AYAM JANTAN.
KENAPA MENIKUS MACAM TIKUS NAK MATI.BANGUNLAH .
MUSTAFA DAN ANUAR MUSA,JANGAN FIKIR KAU ORANG BERJAWATAN MENETERI .HIDUP
SENANG DI KL.KAU TAK KESAH.
JANGAN KAU ORANG FIKIR UMNO TAK MENANG KAT KELANTAN TAK APA SEBAB KAU ORANG DAH SENANG.IKUTLAH JEJAK SELANGUR.JADI JANTAN LAAAA....
Catat Ulasan