Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ssde. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ssde. Papar semua catatan

Isnin, 18 Oktober 2010

LIWAT!! PAS PERLU BERJUMPA DENGAN SAIFUL!!


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) mencabar pemimpin Pas mengadakan perjumpaan dengan bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi mendengar penjelasan berhubung tuduhan liwat.

Beliau berkata, usaha itu penting supaya pemimpin Pas mendapat gambaran lebih jelas terhadap tuduhan berkenaan dan bukannya hanya mendengar daripada pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Tambahnya, sebagai parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai paksi perjuangan maka pertemuan dengan Mohd. Saiful sepatutnya menjadi satu kewajipan kepada pemimpin tersebut kerana ia sejajar dengan konsep keadilan yang diamalkan dalam ajaran Islam.

Namun apa yang berlaku, jelas beliau, kebanyakan pemimpin termasuk ahli Pas sendiri dilihat cuba menyebarkan persepsi serta fitnah berkaitan tuduhan liwat itu termasuk melabelkan kononnya sebagai konspirasi dan permainan politik.

Paling mendukacitakan katanya, ada pemimpin parti itu turut membuat tuduhan bahawa kes itu ada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Orang Pas sudah berjumpa Mohd. Saiful atau belum? Mereka tidak berjumpa pun untuk mendengar daripada pihak Mohd. Saiful mengenai tuduhan liwat itu.

''Sebaliknya, mereka mempertahankan Anwar dan membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan tuduhan itu sebagai konspirasi, fitnah dan permainan politik UMNO.

''Saya cabar pemimpin Pas supaya berjumpa dengan Mohd. Saiful dan mendengar cerita daripada pihaknya atas dasar dan prinsip keadilan. Mohd. Saiful itu manusia, bukan binatang. Dia ada hak untuk mendapatkan keadilan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Padang Awam Taman Subang Perdana di sini malam tadi. Sambung baca sini

Mungkinkah Pas akan berjumpa dengan Saiful? Peratusnya mungkin tidak, OK.. tapi kenapa pulak Pas taknak berjumpa dengan Saiful? Mana Pas tahu Saiful tu jahat? dan mana Pas tahu Anwar tu baik?

Kepimpinan Pas patut berasa sangsi dengan Anwar sekarang ni, dakwaan liwat terhadapnya sudah menjadi semakin jelas. Bangkai yang cuba Anwar tutup selama ini, sudah bau busuknya. Hinggakan orang2nya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi. Takkan kerana kuasa yang dijanjikan oleh Anwar kepada Pas, Pas sanggup membiarkan seorang saudara sesama Islamnya terainaya?

P/s: Anwar meliwat bukan fantasi atau konspirasi, tapi ia satu realiti.

Mctheory:
Dari MCKK lagi dia buat benda tu, tak caya tanya kawan2nya.

Rabu, 13 Oktober 2010

FUUYOO!! GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN SIRI KEDUA KEMBALI!!


Nampaknya serangan berterusan dari UMNO/BN Selangor akan disambung semula Jumaat ini. Tuan-tuan dan puan-puan, terimalah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan!!


  • Jumaat 15 Oktober 2010, bermula di Parlimen Subang (Subang Perdana)
  • Sabtu 16 Oktober 2010, Parlimen Shah Alam (TTDI Shah Alam)

UMNO Selangor akan meneruskan siri kedua jelajah ‘Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ selepas berakhir Syawal ini bagi menjelaskan pelbagai lagi isu akibat kelemahan kerajaan negeri sekarang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata antara perkara terbabit ialah isu berkaitan tanah di Sungai Buaya, Rawang.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun enggan memberitahu isu di kawasan berkenaan, sebaliknya berkata ia hanya akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi siri jelajah itu nanti.
“Isu air dan pasir sudah berlalu kerana sebenarnya banyak isu lain yang akan UMNO Selangor bangkitkan. Rakyat Selangor akan tahu temberang sebenar kerajaan negeri ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Tanjung Karang.

Noh berkata, rakyat di negeri itu juga akan diberi penjelasan berhubung sikap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang yang terus berdolak-dalik mengenai penemuan kamera video tersembunyi di pejabatnya, termasuk keengganan Menteri Besar itu membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sumber Kita Gempur

P/s: Tunggu kejutan yang Dahsyat!! Bakal mengegarkan negara!!

Mctheory:
pasti gegar punyalah..

Rabu, 18 Ogos 2010

KASI PANAS! Ceramah Perdana "Selamatkan Rakyat Selangor dari Anwar Ibrahim!"

:

Salah satu ceramah SSDE. Bercerita mengenai pembelit Anwar! Tengok la sendiri. he he

MctHeory:
Letihnya hari ni.. sebuk kerja.

Khamis, 12 Ogos 2010

KASI PANAS! Ceramah SSDE - Khir Toyo turun padang!



Dr Khir Toyo akhirnya turun padang bersama Noh Omar dan Ezam untuk menghentam Puak Pakatan Haram. Boh jangan kasi can.. boh lagi!

MctHeory:
Tak sabar tunggu fasa kedua gelombang SSDE ni. Dengar kata yang kedua, isu pasir tidak dimainkan lagi. hmm..

Isnin, 9 Ogos 2010

ROADSHOW! CERAMAH SSDE DI BANDAR SUNWAY PETALING JAYA SEMALAM!

Datuk Salamon Salamat Sedang menghentam Anwar Al-juburi

Banner Rasmi SSDE, Tak ramai yang tahu bahawa Road Show SSDE Grand final part 1 diadakan di P.J, Bandar Sunway semalam.


Dari jauh melihat penceramah
Gambar kurang jelas, takpe asal nampak sudah. Guna camera handphone, faham-faham je la

Ni gambar cun sikit, khusyuk semua hadirin mendengar Ezam menghentam Anwar.

Ini barisan belakang, nampak kurang penuh, tapi depan semuanya full.


Sebenarnya Mc pun tak sangka roadshow SSDE ada buat kat flat PKNS bandar Sunway ni. Semasa naik pergi kerja baru Mc nampak banner ditepi jalan. Lepas balik kerja terus Mc pergi dengar ceramah, walaupun agak lewat tetapi sempat juga dengar Ezam berceramah. Nampaknya sambutan penduduk sekitar terhadap gelombang SSDE semakin hebat. Untuk pengetahuan semua, tapak ceramah yang digunakan oleh SSDE ni, pernah dikunjungi oleh Anwar semasa kempen PRU ke 12.  Semasa itu, Anwar digelar sebagai 'hero rakyat', kenapa hero rakyat? Sebab janji-janjinya yang berapi untuk membantu dan mengubah cara hidup rakyat JIKA PAKATAN HARAM MENANG di Selangor.

Semasa Anwar ceramah dalam kempen PRU ke 12, sambutan penduduk agak hebat. Tambahan pula kepetahan Anwar berpidato menabur janji. Membuatkan orang yang dalam rumah, tengah berak pun tak senang disebabkan 'bersemangat' mendengar janji-janji Anwar. Namun janji tinggal janji, hari berganti hari, tahun berganti tahun. Apa yang dinanti tak kunjung datang. Apa yang dijanji tak kunjung tiba. Akhirnya rakyat merana menangih janji. 

Kiranya apabila SSDE buat ceramah disini dan penduduk setempat memberi sambutan yang hebat. Ini membuktikan keyakinan penduduk terhadap Pakatan Haram sudah luntur. Mereka sudah tahu mengenai salah laku kerja puak Pakatan Haram di Selangor. Paling menarik apabila Ezam bercerita mengenai salah laku Anwar dan menghentam Anwar bertubi-tubi beliau mendapat sorakkan semangat dari pendengar ceramah.

Itu ertinya rakyat sudah tahu mengenai PEMBOHONGAN Anwar. Walaupun ceramah ini nampaknya berjaya. Tetapi UMNO/BN perlu kerja lebih kuat dan selalu adakah ceramah seperti ini. Kerana sesi ceramah seperti inilah yang mendekatkan diantara pemimpin dan rakyat. Pendedahan-pendedahan dalam bentuk maklumat yang berlainan dari berita media elektronik juga membuatkan rakyat lebih teruja untuk mendengarnya.

Jika dihitung secara kasar, lebih kurang 700 atau 800 orang yang menghadiri ceramah di Bandar Sunway. Ini tidak termasuk jumlah pendengar yang berkumpul tersembunyi dicelah-celah taman permainan, depan-depan rumah sambil mendengar dari jauh. Jika dapat dihitung yang mendengar dari jauh, pastinya jumlahnya akan jadi lebih besar.

P/s: Dulu kawasan ni kawasan kuat PKR. Tapi selepas ini nampaknya ada peluang UMNO nak rampas kawasan balik. Rakyat dah bagi respond. Tunggu apa lagi, tak reti-reti nak buat kerja ke? he he he. . 

MctHeory:
Apa cerita SSDE di jalan kebun Klang semalam? pasti lebih gempak!

Ahad, 8 Ogos 2010

Panas lagi! Ceramah SSDE - Anwar Takut Kepada Sanusi Junid - Ts Isa Samad!



Dengar betul-betul cerita Ts Isa ni. Menarik dan ini adalah sejarah yang kita tidak tahu.

MctHeory:
betul betul betul! he he he..

Sabtu, 7 Ogos 2010

KASI PANAS! Ceramah SSDE - Korek Selangor Sampai Bankrap!



Yaa betull.. suruh si Khalid korek Selangor sampai jadi macam bulan. Baru best!! Sapu bersih! Rakyat Selangor semua baik, curi sikit-sikit takpe la kot. ye tak?

MctHeory:
Angguk-angguk, geleng-geleng!

Rabu, 4 Ogos 2010

Sabtu, 31 Julai 2010

ROADSHOW GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DI PETALING JAYA SELATAN.


Hadirin yang datang terdiri dari berbilang bangsa.

Datuk Salamon Salamat berceramah!

Warga PJS memenuhi ruang dewan, hingga keluar.

Tak banyak gambar yang Mc ambil, sebab Mc lebih tumpukan kepada maklumat ceramah yang cuba disampaikan oleh ketiga-tiga penceramah. Mc pasti akan ada blogger lain yang akan paparkan gambar Roadshow di PJS ini.

Kita cerita tentang hadirin dulu, semasa Mc sampai lebih kurang pukul 9.15, dewan sudah pun penuh. Ceramah belum bermula, hadirin kebanyakkannya Melayu dan India, cina ada la seorang dua. Kebanyakan yang hadir ni dari golongan veteran. Anak muda remaja ada, tapi dok belakang-belakang. Malu kot, sebab tu dok belakang-belakang. Anak dara pun Mc tak nampak, cuma yang banyak mak dara ada la. he he he. . .

Sememangnya UMNO PJS seharusnya diberi pujian kerana berjaya mengumpulkan seramai mungkin ahli UMNO dan komponen BN untuk hadir memberi sokongan kepada RoadShow ini. Pada mulanya ceramah ini nampak berjaya pada pandangan mata Mc. Cuma isi ceramah agak kurang padat. Kurang 'Umph' kata orang. Ada yang tak kena.

Penceramah seperti Ezam dan Zahid Md Arip tidak hadir sama untuk menambah 'perasa' yang sepatutnya ada didalam ceramah semalam. Sudah tentu kawasan PJS ini kawasan kuat Pas. Sepatutnya isi ceramah ini perlu padat dan mudah difahami oleh semua hadirin. Ini tidak, sesetengah isu yang dikupas tidak habis. Ada kepala ekor tak ada, ada ekor, badan pula hilang. Maknanya, orang yang datang mendengar ceramah itu tidak akan faham 'APA MASALAH' sebenar kerajaan Selangor sekarang.

Kebanyakan hadirin yang datang dengar ceramah ini ialah makcik pakcik dan golongan yang agak veteran. Sudah pasti mereka perlukan input yang lebih untuk memudahkan kefahaman mereka. Mungkin Mc faham kerana Mc sudah tahu cerita mengenai hal ehwal kerajaan Selangor sekarang, tetapi hadirin yang lain? Terpinga-pinga.. lalu keluar meninggalkan dewan kerana bosan mendengar ceramah.

RoadShow yang sepatutnya 'GAH' ini dilihat hampir gagal mencapai matlamatnya di PJS. Tempat lain Mc tak tahu la. Jumlah hadirin yang hadir dah bagus, kalau ceramah Pas pun sekitar 250 orang je di PJS dan UMNO pula dapat mengumpulkan lebih 500 orang. Itu petanda rakyat dah mula ambil berat dengan UMNO. Rakyat sudah mahu mengetahui apa masalah sebenarnya kerajaan Selangor sekarang.

Bukan Mc kata penceramah tak bagus, tapi cuma tak cukup 'perasa' bagi mengegarkan lagi dewan semalam. Perihal Anwar pun kurang diceritakan, isu panas-panas pun agak kurang. Isu yang dimainkan isu pasir, KSSB, Kroni si Junah, Khalid gagap pun kurang, Azmin pun kurang dan isu duit simpanan kerajaan Selangor. Dalam ceramah sebegini, sepatutnya mereka diberi input dan point yang tidak akan dapat dalam media yang lain. Maknanya, berikan cerita dari lain selain dari media yang ada.

Mc rasa, Road Show kat PJS ni patut dibuat semula. Banyak hadirin yang menunggu penceramah berapi seperti Zahid dan Ezam. Tunggu punya tunggu, akhirnya pulang hampa. Ceramah selesai lebih kurang pukul 11.35. Ada tiga penceramah semalam, Megat Zulkarnain, Datuk Salamon Selamat dan seorang lagi Mc tak kenal. Agak baru pada pandangan mata Mc.

P/s: Puak Pas pun ada semalam, dok jauh nun hujung dikedai kopi hujung padang sana. Sibuk nak dengar juga. heh!

MctHeory:
Gelombang Selamatkan Selangor ni, sepatutnya kena lebih gegar dari biasa.