Rabu, 13 Oktober 2010

FUUYOO!! GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN SIRI KEDUA KEMBALI!!


Nampaknya serangan berterusan dari UMNO/BN Selangor akan disambung semula Jumaat ini. Tuan-tuan dan puan-puan, terimalah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan!!


  • Jumaat 15 Oktober 2010, bermula di Parlimen Subang (Subang Perdana)
  • Sabtu 16 Oktober 2010, Parlimen Shah Alam (TTDI Shah Alam)

UMNO Selangor akan meneruskan siri kedua jelajah ‘Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ selepas berakhir Syawal ini bagi menjelaskan pelbagai lagi isu akibat kelemahan kerajaan negeri sekarang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata antara perkara terbabit ialah isu berkaitan tanah di Sungai Buaya, Rawang.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun enggan memberitahu isu di kawasan berkenaan, sebaliknya berkata ia hanya akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi siri jelajah itu nanti.
“Isu air dan pasir sudah berlalu kerana sebenarnya banyak isu lain yang akan UMNO Selangor bangkitkan. Rakyat Selangor akan tahu temberang sebenar kerajaan negeri ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Tanjung Karang.

Noh berkata, rakyat di negeri itu juga akan diberi penjelasan berhubung sikap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang yang terus berdolak-dalik mengenai penemuan kamera video tersembunyi di pejabatnya, termasuk keengganan Menteri Besar itu membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sumber Kita Gempur

P/s: Tunggu kejutan yang Dahsyat!! Bakal mengegarkan negara!!

Mctheory:
pasti gegar punyalah..

Tiada ulasan: