Rabu, 13 Oktober 2010

PANAS! TIPU HELAH PAS BERSAMA SYAITAN DAN IBLIS!

antara yang paling menyesatkan

Kalau bercerita tentang Iblis laknatullah, pastilah yang tergambar di minda kita makhluk hodoh yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanamkan manusia, terutama dengan cara menakut-nakutkan manusia. Walhal hakikatnya Iblis TIDAKLAH SEBODOH itu, bahkan diperingatkan oleh Allah Taala bahawa tipu daya Iblis itu sangat halus dan sukar dikesan atau ditepis melainkan oleh mereka yang beriman dan bertaqwa dengan sebenar-benar iman dan sebenar-benar taqwa.

Artikel ini tidaklah MENUDUH KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS Pusat, Suhaizat Kaiat sebagai IBLIS LAKNATULLAH yang menjelma dengan wajah manusia, sebaliknya menyifatkan kenyataannya yang disiarkan di MALAYSIAN INSIDER sebagai tipudaya Iblis yang sangat licik demi menjauhkan manusia dan umat Islam dari tali Allah Taala di samping memberi imej buruk terhadap tubuh badan Islam dan umatnya.

Menurut Suhaizat di dalam kenyataannya itu, PAS katanya, selama 59 tahun tidak pernah mengubah dasarnya. Barangkali BUDAK SUHAIZAT ini baru lahir dalam tahun 80-an dan diremajakan pada ahun-tahun 90-an sehingga tidak tahu bahawa PERLEMBAGAAN PAS telah diubah beberapa kali. Paling ketara adalah perkataan KEBANGSAAN yang dibuang daripada perlembagaan PAS pada 1993.

Apa sebenarnya dasar PAS? Kalau mendengar sembang para pemimpin PAS, dasar PAS adalah Islam dan sebuah daulah Islamiyyah yang menjalankan hukum dan undang-undang al Quran. Paling mudah, tengok sahajalah Fasal 3 dan Fasal 5 dalam Perlembagaan PAS, kata mereka.

Hakikatnya, itu sekadar tulisan dan retorik semata-mata.

1954, Kongres PAS pada ketika itu menolak cadangan pembentukan sebuah negara Islam. Malah sepanjang Burhanuddin Helmi menjadi Yang Dipertua PAS, parti tersebut adalah bersifat reformis dan nasionalis. Dasar-dasar dan corak pendekatan PAS mulai berubah apabila Asri Haji Muda menjadi Presiden PAS.

Kemudian pada 1981, apabila Asri Haji Muda berjaya ditumbangkan dan dihalau keluar dari parti tersebut, kumpulan pemimpin yang naik adalah kumpulan muda radikal yang sangat berpegang kepada prinsip Al-Ushuliyyah iaitu sangat berpegang kepada tekstual al Quran. Dengan kata lain, golongan pemimpin baru PAS mendasari parti tersebut dengan dasar-dasar keras yang tidak bertolak ansur dengan sebarang unsur-unsur yang akan menyebabkan parti tersebut kelihatan atau akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang disifatkan kurang Islam, terutama sekali UMNO.

Dek kerana itulah, munculnya 'AMANAT HAJI HADI' yang sangat masyhur sehingga menyebabkan penderhaka dan penyeleweng seperti gemulah Ibrahim Libya dan kawan-kawannya dianggap sebagai syahid, sekalipun berdasarkan undang-undang hudud dan qisas, mayat mereka seharusnya disalib. Soal mereka syahid di sisi Allah Taala atau sebaliknya, itu adalah urusan Allah Taala. Di dunia, mereka adalah pelaku-pelaku BUGHAH yang wajar DILAYAN dengan hukuman yang setimpal, iaitu mayat mereka disalib!

Kerana Fadhil Noor adalah kawan Anwar Ibrahim dan melihat Anwar Ibrahim sebagai faktor pemangkin kepada sokongan baru yang lebih menyeluruh untuk PAS, menjadikan dasar PAS berubah sekali lagi. Biarpun masih lagi BERTOPENGKAN ISLAM, namun PAS sudah pun BOLEH BERSEKUTU dan BERLEMBUT dengan PERKARA-PERKARA MUNGKAR terutama sekali HOMOSEKSUAL dan LIWAT dengan alasan, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah. Dan apabila si pelakunya didapati bersalah, mereka segera mengubah dasar tersebut dengan mengatakan, itu hanyalah konspirasi semata-mata.

Ditambah pula dengan kenyataan Mursyidul Am PAS yang menghalalkan PAS berkawan dengan syaitan semata-mata untuk menjatuhkan UMNO, menyaksikan PAS menjadi begitu liberal seolah-olah seluruh pasukan syaitan sudah pun menjadi tok dalang di belakang sebarang keputusan mahupun kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS.

PAS pada zaman kini sudah menggugurkan Negara Islam dan Hudud daripada perjuangan mereka. Sebabnya, mereka sangat takut kehilangan undi kafir. Sebaliknya mereka memberi alasan, masyarakat dan rakyat perlu dididik agar menerima hukum hudud dan qisas secara sukarela. Tiada pemaksaan boleh dilakukan untuk perlaksanaan hukuman berkenaan.

Namun pada masa yang sama, mereka menjadikan UMNO sebagai bahan sesahan sebagai hujah utama apabila berceramah di hadapan audiens Melayu. Nik Abdul Aziz umpamanya TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK BERDUSTA dan MENJADI MUNAFIK semata-mata untuk menyelamatkan serban dan jubahnya.

Contoh terbaik adalah Undang-Undang Hudud dan Qisas yang digubal oleh PAS. Pada mulanya, Nik Aziz menyalahkan Sultan Kelantan kerana tidak menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Kemudian apabila pecah rahsia bahawa Sultan Kelantan pada ketika itu SUDAH PUN menurunkan tandatangan, Nik Aziz memberi alasan bahawa undang-undang berkenaan tidak boleh dilaksanakan kerana Dr. Mahathir yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia mengugut dan mengancam akan menghukum Kelantan. Namun apabila PECAH LAGI RAHSIA bahawa perbelanjaan RM250,000 yang dikeluarkan oleh pentadbiran Nik Abdul Aziz untuk draf undang-undang tersebut, tidak memenuhi syarat-syarat minimum untuk implementasinya, Nik Abdul Aziz dan seluruh kepimpinan PAS segera menalakan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kini nada tersebut berubah. 1990, Manifesto PAS jikalau dapat menawan Kelantan ialah, melaksanakan hukuman hudud dan qisas di negeri tersebut. 1998, dalam satu kenyataan, Nik Abdul Aziz mengatakan undang-undang berkenaan hanya boleh dilaksanakan jikalau dipersetujui ramai. Pada tahun 2009, hudud dan qisas langsung dah tak sebut di hadapan khalayak umum sebaliknya yang disebut adalah mendidik masyarakat untuk memahami hudud dan qisas dan kemudian menerimanya dengan RASA SENANG walhal lebih 30 tahun dahulu, ayat yang sama juga telah disebutkan oleh Presiden UMNO pada ketika itu dan diulang semula pada tahun 1996 oleh Dr.Mahathir.

Mungkin kerana berasakan ucapan Choi Soi Lek sebagai peluru yang sangat mustajab untuk MEMBESAR-BESARKAN PAS, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat itu, memilih untuk menonjolkan pengetahuan dan tipu dayanya.

Antara tipu daya yang paling ketara ialah cubaan menyamakan PAS dan Islam walhal Islam adalah Islam dan PAS hanyalah sebuah parti politik yang menjayakan DEMOKRASI ROM yang tidak langsung mempunyai sebarang identiti mahupun nilai-nilai Islam di dalam perlaksanaan mahupun undang-undangnya.

Apa yang dibohongkan apabila mengatakan PAS menjadikan al Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan dan panduan?

Apabila dasar utama al Quran ialah mempersaudarakan umat Islam, apa pula yang dilakukan oleh PAS? Bukankah tentangan yang sangat keras dibuat apabila usaha mewujudkan satu barisan umat Islam di negara ini dengan penyatuan atau kerjasama PAS dan UMNO? Malah, pelbagai hujah terutamanya yang SANGAT BERTENTANGAN dan melampau sebagai hamba Allah turut dikeluarkan... sehingga sampai ke satu peringkat menyatakan lebih baik bekerjasama dan berbaik dengan KAFIR DAP berbanding Islam UMNO.... tidakkah kenyataan tersebut bertentangan sama sekali dengan apa yang diperintahkan Allah Taala dan ajaran Rasulullah s.a.w.

Begitu juga dengan PENGHALALAN kalimah Allah Taala yang dilakukan oleh sebilangan pemimpin utama PAS kerana kemarukkan kuasa dan undi daripada kaum kafir, jelas sekali bertentangan dengan apa yang ditegaskan oleh Allah Taala tentang Diri-Nya menerusi firman-firman-Nya di dalam kitab suci al Quran.

Menurutnya, sebahagian besar pemimpin Umno gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar.

“Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat.


Kenyataan yang dikeluarkannya itu mungkin berlaku ketika dia sedang zawq dalam penghayatan kebesaran DEMOKRASI ROM yang telah diislamkannya. Kalau benarlah Suhaizat ini seorang yang memegang Islam sebagai akidahnya dan undang-undang Islam sebagai dasar hidupnya, pastinya dia tidak akan mengeluarkan kenyataan yang bersifat buruk sangka seperti ini. Tidak seharusnya dia menuding keburukan ciri-ciri Muslim kepada 'SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN UMNO' sebaliknya melihat sendiri KEMUNAFIKAN yang sangat terserlah di dalam barisan kepimpinan PAS sendiri.

Bagaimana dasar-dasar dan nilai-nilai Islam hendak diwujudkan di negara ini, malah bagaimana Islam hendak diangkat jikalau para pemimpin yang MENGAKUI MEREKA MENJADIKAN Islam sebagai dasar dan al Quran sebagai ikutan, sebenarnya mempunyai keperibadian AMMARAH yang sangat jelek.

Sifat-sifat AMMARAH atau MAZMUMAH seperti syirik, kufur, riya', nifaq, zindiq, membanggakan kekayaan, mengikuti hawa nafsu, sombong dan ujub, boros, riba, mengumpat, benci, pengecut, cintakan fitnah, berangan-angan, khianat, ragu, buruk sangka, rakus, zalim, adu domba dan tabiat jasad yang mengejar prinsip-prinsip kenikmatan syahwat yang lain begitu ketara, terutama tatkala mereka berceramah dan berkempen agar umat Islam mengundi mereka!!!!

Andai sukar menerima kenyataan ini, Galas di Hulu Kelantan akan menjadi bukti.... manakala portal-portal berita yang menyebelahi mereka akan membiakkan KESYIRIKAN terutama sekali Syirik Dalam Ketaatan.

Perhatikan juga bagaimana Suhaizat sedang membiakkan kesyirikan berkenaan... sangat halus, tetapi boleh menyebabkan kita kehilangan akidah dan iman kita kepada Allah Taala seandainya terpengaruh dan mengikut cakapnya, biarpun sekali dengar, ia tidak ubah seperti cerminan iman yang ingin dihidupkan...

Sumber The Flyingkick

P/s: Pernahkan anda dengar syaitan berjubah dan iblis brkopiah?? Pada akhir zaman, akan wujud banyak binatang2 serupa ini.

Mctheory:
Ramai yang masih tak sedar akan semua ini.. sering ditipu..

2 ulasan:

akupedulikhape berkata...

cayalah bro....terkesima juak2 pas nak menjawab nih..hahaha

YANG GAMBI berkata...

Juak-juak PAS ni bukan tak tahu, cuma lupa je... si budak ni pun tak ingat PAS sepatutnya dah tukar nama atau buang perkataan Islam sebab dah tukar perlembagaan bagi membolehkan orang bukan Islam jadi ahli, boleh pegang jawatan, boleh mengundi dan boleh juga 'take beer'......