Rabu, 13 Oktober 2010

CONFIRM!! KU LI BUKAN CALON DI GALAS!!


Nampaknya cita2 untuk melihat Ku Li menjadi calon di Galas sudah tertutup, Ku Li sudah pun menolak rancangan tersebut, mungkin untuk memberi jalan kepada muka baru menjadi calon.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandingan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Sambung baca sini.

Bagus juga kalau Ku Li tak jadi calon, ada rasa cabaran sikit, kalau Ku Li jadi calon.. memang dah sah UMNO/BN menang besar kat sana. Tak mencabar langsung.. he he he..

P/s: Pilihla calon anak tempatan yang berwibawa..jangan salah pilih.. penat nanti.

Mctheory:
Pas dok telan air liur je dari jauh...

Tiada ulasan: