Isnin, 18 Oktober 2010

LIWAT!! PAS PERLU BERJUMPA DENGAN SAIFUL!!


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) mencabar pemimpin Pas mengadakan perjumpaan dengan bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi mendengar penjelasan berhubung tuduhan liwat.

Beliau berkata, usaha itu penting supaya pemimpin Pas mendapat gambaran lebih jelas terhadap tuduhan berkenaan dan bukannya hanya mendengar daripada pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Tambahnya, sebagai parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai paksi perjuangan maka pertemuan dengan Mohd. Saiful sepatutnya menjadi satu kewajipan kepada pemimpin tersebut kerana ia sejajar dengan konsep keadilan yang diamalkan dalam ajaran Islam.

Namun apa yang berlaku, jelas beliau, kebanyakan pemimpin termasuk ahli Pas sendiri dilihat cuba menyebarkan persepsi serta fitnah berkaitan tuduhan liwat itu termasuk melabelkan kononnya sebagai konspirasi dan permainan politik.

Paling mendukacitakan katanya, ada pemimpin parti itu turut membuat tuduhan bahawa kes itu ada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Orang Pas sudah berjumpa Mohd. Saiful atau belum? Mereka tidak berjumpa pun untuk mendengar daripada pihak Mohd. Saiful mengenai tuduhan liwat itu.

''Sebaliknya, mereka mempertahankan Anwar dan membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan tuduhan itu sebagai konspirasi, fitnah dan permainan politik UMNO.

''Saya cabar pemimpin Pas supaya berjumpa dengan Mohd. Saiful dan mendengar cerita daripada pihaknya atas dasar dan prinsip keadilan. Mohd. Saiful itu manusia, bukan binatang. Dia ada hak untuk mendapatkan keadilan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Padang Awam Taman Subang Perdana di sini malam tadi. Sambung baca sini

Mungkinkah Pas akan berjumpa dengan Saiful? Peratusnya mungkin tidak, OK.. tapi kenapa pulak Pas taknak berjumpa dengan Saiful? Mana Pas tahu Saiful tu jahat? dan mana Pas tahu Anwar tu baik?

Kepimpinan Pas patut berasa sangsi dengan Anwar sekarang ni, dakwaan liwat terhadapnya sudah menjadi semakin jelas. Bangkai yang cuba Anwar tutup selama ini, sudah bau busuknya. Hinggakan orang2nya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi. Takkan kerana kuasa yang dijanjikan oleh Anwar kepada Pas, Pas sanggup membiarkan seorang saudara sesama Islamnya terainaya?

P/s: Anwar meliwat bukan fantasi atau konspirasi, tapi ia satu realiti.

Mctheory:
Dari MCKK lagi dia buat benda tu, tak caya tanya kawan2nya.

3 ulasan:

Saifool Gay berkata...

saifool tu memang gay nak wat macam mana. dah dasar suka sedap belakang. tengok la. tunang dia pun dah tinggalkan dia. memag gay la mamat tue.

Anuar Al Jubori? berkata...

Peduli apa saifool gay ker tidak, dia bukan nak jadi pemimpin.

Yang dipeduli anuar tu kaki sondol jubor ker tak ?

Tanpa Nama berkata...

Ada aku kisah liwat paksa atau liwat rela yang yang pasti liwat dah berlaku....air punai anwar ada di jubo saiful kapal sink langsung soal balas....rela ke paksa ke tak penting lagi dah...tolak pemimpin homoseks...tolak gay...ahli PAS sudah-sudah le menipu pakai jubah,janggut dan kopiah....DAP kata anwar harus taubat,PKR pun dah buat PAS bila lagi...????Ada aku kisah.