Datuk Salamon Salamat berceramah!
Tak banyak gambar yang Mc ambil, sebab Mc lebih tumpukan kepada maklumat ceramah yang cuba disampaikan oleh ketiga-tiga penceramah. Mc pasti akan ada blogger lain yang akan paparkan gambar Roadshow di PJS ini.
Kita cerita tentang hadirin dulu, semasa Mc sampai lebih kurang pukul 9.15, dewan sudah pun penuh. Ceramah belum bermula, hadirin kebanyakkannya Melayu dan India, cina ada la seorang dua. Kebanyakan yang hadir ni dari golongan veteran. Anak muda remaja ada, tapi dok belakang-belakang. Malu kot, sebab tu dok belakang-belakang. Anak dara pun Mc tak nampak, cuma yang banyak mak dara ada la. he he he. . .
Sememangnya UMNO PJS seharusnya diberi pujian kerana berjaya mengumpulkan seramai mungkin ahli UMNO dan komponen BN untuk hadir memberi sokongan kepada RoadShow ini. Pada mulanya ceramah ini nampak berjaya pada pandangan mata Mc. Cuma isi ceramah agak kurang padat. Kurang 'Umph' kata orang. Ada yang tak kena.
Penceramah seperti Ezam dan Zahid Md Arip tidak hadir sama untuk menambah 'perasa' yang sepatutnya ada didalam ceramah semalam. Sudah tentu kawasan PJS ini kawasan kuat Pas. Sepatutnya isi ceramah ini perlu padat dan mudah difahami oleh semua hadirin. Ini tidak, sesetengah isu yang dikupas tidak habis. Ada kepala ekor tak ada, ada ekor, badan pula hilang. Maknanya, orang yang datang mendengar ceramah itu tidak akan faham 'APA MASALAH' sebenar kerajaan Selangor sekarang.
Kebanyakan hadirin yang datang dengar ceramah ini ialah makcik pakcik dan golongan yang agak veteran. Sudah pasti mereka perlukan input yang lebih untuk memudahkan kefahaman mereka. Mungkin Mc faham kerana Mc sudah tahu cerita mengenai hal ehwal kerajaan Selangor sekarang, tetapi hadirin yang lain? Terpinga-pinga.. lalu keluar meninggalkan dewan kerana bosan mendengar ceramah.
RoadShow yang sepatutnya 'GAH' ini dilihat hampir gagal mencapai matlamatnya di PJS. Tempat lain Mc tak tahu la. Jumlah hadirin yang hadir dah bagus, kalau ceramah Pas pun sekitar 250 orang je di PJS dan UMNO pula dapat mengumpulkan lebih 500 orang. Itu petanda rakyat dah mula ambil berat dengan UMNO. Rakyat sudah mahu mengetahui apa masalah sebenarnya kerajaan Selangor sekarang.
Bukan Mc kata penceramah tak bagus, tapi cuma tak cukup 'perasa' bagi mengegarkan lagi dewan semalam. Perihal Anwar pun kurang diceritakan, isu panas-panas pun agak kurang. Isu yang dimainkan isu pasir, KSSB, Kroni si Junah, Khalid gagap pun kurang, Azmin pun kurang dan isu duit simpanan kerajaan Selangor. Dalam ceramah sebegini, sepatutnya mereka diberi input dan point yang tidak akan dapat dalam media yang lain. Maknanya, berikan cerita dari lain selain dari media yang ada.
Mc rasa, Road Show kat PJS ni patut dibuat semula. Banyak hadirin yang menunggu penceramah berapi seperti Zahid dan Ezam. Tunggu punya tunggu, akhirnya pulang hampa. Ceramah selesai lebih kurang pukul 11.35. Ada tiga penceramah semalam, Megat Zulkarnain, Datuk Salamon Selamat dan seorang lagi Mc tak kenal. Agak baru pada pandangan mata Mc.
P/s: Puak Pas pun ada semalam, dok jauh nun hujung dikedai kopi hujung padang sana. Sibuk nak dengar juga. heh!
MctHeory:
Gelombang Selamatkan Selangor ni, sepatutnya kena lebih gegar dari biasa.
1 ulasan:
Mungkin penceramah sengaja tak na bawak cerita panas sebab terlampau banyak cerita berkari takut backfired pulak.
Catat Ulasan