Sabtu, 31 Julai 2010
AL-KISAH KAPAL SELAM NEGARA YANG BERMASALAH!
Baru-baru ini, Panglima Tentera Laut, Laksamana Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberitahu bahawa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman berjaya melancarkan penembakan misil bawah permukaan ke permukaan, Exocet SM39 blok dua yang berjaya memusnahkan sasaran permukaan (STB) berukuran 40 meter.
"Misil yang dilancarkan tepat ke sasaran berukuran 40 meter pada kedudukan 40 kilometer (22 batu nautika) dari kedudukan kapal selam.
"Ia dilancarkan ketika KD Tunku Abdul Rahman berada pada kedalaman 55 meter iaitu paras di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan," katanya dalam kenyataan.
Misil Exocet SM39 blok dua merupakan aset negara yang diperolehi dari Perancis pada pertengahan 2008. Peluru berpandu sepanjang enam meter dan berdiameter 35 sentimeter itu seberat 2,100 kilogram.
Abdul Aziz menambah, penembakan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kontrak ujian tropika.
"Ia juga bertujuan mengesahkan keberkesanan misil Exocet SM39 blok dua dan sistem persenjataan KD Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika," ujarnya.
Beliau turut memberitahu, sebanyak 10 unit yang terlibat dalam penembakan tersebut akan turut menyertai latihan gabungan TLDM iaitu Eksesais Operasi Laut (Ostex) dan Latihan Integrasi Armada Kapal Selam (Subfit) yang berlangsung selama seminggu di kawasan Gugusan Semarang Peninjau, Laut China Selatan.
Bukan apa sangat yang Satu Hala nak cakapkan.....cuma, yelah....bila kapal selam kita berjaya buat sesuatu, takda pulak sesiapa nak puji apa-apa pun kan.
Taklah puak pembangkang nak kata tahniah kerana kapal selam tentera membuktikan ia mampu memainkan peranan yang besar dalam pertahanan negara.
Tak nak la pulak kata "kita harap pasukan tentera kita akan lebih kukuh lagi di bawah program pemodenan angkatan tentera yang diatur kerajaan,".
Jangan haraplah kan nak dengar benda-benda camtu.
Tapi cuba macam bila kapal selam negara baru sampai dulu...
Adalah kes tak dapat selam....tak dapat timbul.
Kutuk tak ingat dunia punya....masa itu juga buat kesimpulan sendiri kita beli kapal selam kokak dan macam-macam lagi.
Tapi pada mamat-mamat tiga suku penyokong pembangkang ni semua pernah tak terfikir untuk sejenak.....kehadiran Kapal selam adalah terlalu baru dalam pasukan tentera kita....
Terlalu baru...
Dan kapal selam bukan kereta sorong...ia satu peralatan pertahanan yang sangat complicated. Bukan mudah untuk ia dioperasikan.
Mestilah awal-awal tu akan ada pelbagai macam masalah.
Mana ada satu sistem atau alat yang baru diperkenalkan tidak akan mempunyai masalah? Cuba sebutkan....
Macam KLIA mula-mula dibuka dulu lah...sistem bagasi dia kerap bermasalah.
Namun, sekarang ni dah bertahun kita tak dengar apa-apa masalah besar melibatkan sistem bagasi di KLIA kan.
Macam itu jugaklah dengan kapal selam kita....masa mula-mula sampai memanglah ada macam-macam masalah seperti tak leh menyelam dan sebagainya.
Bagilah masa sikit sebelum pasukan tentera kita benar-benar menguasai selok belok berkaitan dengan pengendalian kapal selam negara agar tak timbul masalah-masalah macam yang berlaku baru-baru ini.
Jangan main taram kutuk aje....
Penyokong pembangkang yang tiga suku juga akan cakap anak-anak kapal telah dilatih selama berbelas bulan di Perancis...sepatutnya tidak timbul la sebarang masalah pengendalian.
Bro....macam belajar bawak kereta la....memang belajar kat sekolah memandu....tetapi kemahiran memandu akan hanya terbentuk setelah melalui satu tempoh pemanduan yang lama selepas dapat lesen. Mungkin berbulan dan mungkin juga bertahun.
Samalah dengan pengoperasian kapal selam negara....bagilah peluang dan masa kat anak-anak kapal dia untuk mahir.
Lagi dua tahun pun kalau ada masalah yang sama jugak...masa tu kauorang makilah sepuas mana yang kauorang hendak ok....aku pun join maki sekali nanti.
Malaysian Instinct
MctHeory:
Pembangkang biasa la, mereka cuma nampak apa yang buruk je. Buruk perangai betul.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan