Memaparkan catatan dengan label ezam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ezam. Papar semua catatan
Selasa, 19 April 2011
KASI PANAS!! ANWAR OMEGA LAGI DAHSYAT DARI MUBARAK!! - Ezam
Anwar dok tuduh orang diktator, tapi dia lagi teruk!!
Mctheory:
Pendedahan demi pendedahan, tapi puak Pakatan Haram ni tetap dok bodoh macam tu jugak!
Khamis, 14 April 2011
KASI PANAS!! ANWAR BUKAN ANUUGERAH TUHAN! TAPI UJIAN TUHAN - Ezam
Mc dah kumpul semua ceramah Ezam. Tak payah nak cari-cari lagi. Semuanya ada disitu. Mc suka dengar Ezam berceramah. Dia berfakta, bukan auta!..
Mctheory:
Ayat paling best, Anwar mampu jual Ais krim kat orang eskimo. Lihatlah, betapa tinggi level pembohongan Anwar.. he he he..
Selasa, 12 April 2011
KASI PANAS!! EZAM BELASAH AZMIN DI SARAWAK!!
Keadaan kempen dan ceramah di Sarawak semakin hangat dan Panas. Kehadiran Ezam membuatkan penyokong PKR histeria!!
Itulah yang berlaku di Kpg Boyan, Gersik semalam. Ceramah PKR bermula sekitar jam 8 malam. Dan ketika kira-kira dua ratus penyokongnya seronok bertepuk tangan dan bersorak sewaktu Azmin Ali berucap dengan penuh semangat, tiba-tiba Senator Ezam Mohd Nor hadir di pentas BN yang hanya kira-kira 30 meter dari situ.
Bila mendengar suara Azmin, Ezam naik geram dan tanpa berlengah terus mencapai microphone dan 'menelanjangkan' Anwar, Azmin dan PKR sehabis-habisnya. Ketika itu kem BN pula bergema dengan tepuk sorak para penyokongnya. Dalam masa yang sama kumpulan orang ramai yang berdiri di seberang jalan mula beralih dari ceramah Azmin ke ceramah Ezam yang semakin 'hot'.
Kata Ezam "Jangan dengar kata-kata si pembohong dan pengecut itu. Sewaktu kami berjuang untuk Anwar dan PKR, nama Azmin tidak pernah wujud. Ketika kami masing-masing ditangkap polis, dia pula berdiam diri dan bersembunyi.
"Sebab itu kalau kita lihat senarai nombor keahlian parti Keadilan dari 001 hingga 0020 ketika itu kita tidak akan jumpa nama Azmin yang dibenci oleh Wan Azizah yang 'tahu' peranan Shamsidar (isteri Azmin) .
"Siapa yang jaga Wan Azizah dan anak-anak ketika Anwar dalam penjara? Bukan azmin tapi saya sekeluarga termasuk ibu saya yang Azizah panggil 'bonda'," jerit Ezam untuk membuktikan bahawa beliau lebih kredible untuk bercakap tentang Anwar.
Keadaan menjadi semakin panas, untuk bacaan lanjut klik SINI
Mctheory:
Panass.. Panass gilor..
Ahad, 7 November 2010
KASI PANAS!! PENDEDAHAN EZAM MENGENAI PERIHAL SAIFUL, ANWAR DAN WAN AZIZAH!!
Banyak maklumat yang boleh kita dapat dalam video ni. Mengenai Saiful yang mahu bersumpah didepan ulamak, walaupun ulamak Pas mengenai dirinya diliwat Anwar. Mengenai Ezam yang mahu jadi saksi dalam mahkamah, kes liwat Anwar. Perihal UMNO dan Polis takut nak tolong Saiful disebabkan kes ini ada sangkut paut dengan Anwar. Banyak lagi sebenarnya.. tengok la sendiri..
Mctheory:
Ceramah Perdana yang hangat!!
Rabu, 20 Oktober 2010
PANAS! TUN DR MAHATHIR DAN EZAM TULIS BUKU DEDAHKAN KEBURUKKAN ANWAR??
1. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ezam - yang sanggup bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, setelah menyedari sandiwara Anwar Ibrahim selama ini. Saya juga yakin, tindakan Tun Mahathir mengheret Anwar ke mahkamah adalah tepat dan benar, demi kebaikan negara.
2. Cuma, saya fikir, dalam keadaan sekarang Tun Mahathir digesa untuk menulis sebuah buku khas berkenaan kisah di sebalik apa yang sebenarnya berlaku dan menimpa Anwar Ibrahim - agar semua rakyat mengetahui siapakah yang benar dan siapa pula yang bersandiwara. Malah, saya juga menyeru kepada Ezam rakamkanlah perjalanan reformasinya, selama beliau bersama dengan Anwar Ibrahim sehinggalah beliau insaf dan kembali ke jalan yang benar dalam bentuk sebuah buku - agar kebenaran tersebar dengan seluas-luasnya. Baca Laporan di bawah :
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan liwat bukan sahaja tepat malah rakyat harus berterima kasih dengan tindakan tegas yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan bahawa tuduhan Dr. Mahathir itu adalah betul. Menurutnya, keputusan bertulis hakim-hakim jelas bahawa terdapat aktiviti homoseksual yang didakwa walaupun terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.
"Ya, keputusan Dr. Mahathir pada masa itu tepat walaupun ia satu keputusan yang amat sukar kerana ramai rakyat tidak dapat menerima dan mencemuhnya. "Saya sendiri antara yang menentang keputusan Dr. Mahathir ketika itu kerana terpengaruh dengan sandiwara dan muslihat Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir semasa bercakap pada forum masyarakat antarabangsa menegaskan bahawa tindakannya pada 10 tahun lepas sebagai satu yang tepat dan bukan satu konspirasi. Sehubungan itu, Dr. Mahathir mahu semua pihak berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan dengan tuduhan yang sama.
Justeru Mohamad Ezam menyeru kepada mereka yang masih menyokong Anwar supaya menilai secara objektif, rasional dan membuang perasaan emosional terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Malah tegasnya, kesilapan beliau dan ramai lagi orang ketika itu adalah kerana bersikap terlalu emosional.
"Kita mesti ikut sikap tegas Dr. Mahathir dan bersikap rasional untuk menolak pemimpin seperti itu. "Keputusan tersebut juga sebenarnya menjadi asas kepada diri saya untuk meninggalkan Anwar," katanya. Sementara itu, pakar Perlembagaan, Dr. Shamrahayu A Aziz berkata, tindakan Dr. Mahathir mempunyai asas tersendiri kerana beliau lebih tahu apa yang berlaku ketika itu.
"Dr. Mahathir seorang pemimpin berani dan buat apa yang dia kata. Tindakan mesti ada sebab dan mungkin dia tahu apa yang Anwar buat ketika itu," katanya yang juga Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Sumber Azli Shukri
P/s: Tak sabar-sabar rasanya nak beli buku ni kalau jadi diterbitkan...
Mctheory:
Jadikan buku wajib sastera di sekolah.. he he he..
Selasa, 24 Ogos 2010
KASI PANAS! Saiful Jumpa Saya Ceritakan Perihal Liwat! - Ezam
Bagaimana Ezam menceritakan detik-detik perubahan pada dirinya setelah mendapat tahu, keSONGSANGAN Anwar Ibrahim.
MctHeory:
Selamatlah diberi petunjuk, kalau tidak, sesat sampai sekarang.
Rabu, 4 Ogos 2010
Jumaat, 23 Julai 2010
KASI PANAS! Ezam Dedah Surat Rahsia Anwar
Video ini kasi panas mengingatkan kembali peristiwa peperangan antara Ezam dan Anwar. Surat yang Anwar kata mahu dedahkan, hingga sekarang tak timbul-timbul. he he he.. Anwar biasa la.. cakap je lebih, tue pun n.ajis percaya lagi.
MctHeory:
Anwar..biasa la cakap tak serupa bikin!
Khamis, 22 Julai 2010
Anak Shamshida Anak Siapa? - Ezam
Jangan tanya Mc, tanya kat Ezam sendiri. Tonton la video ni!
MctHeory:
Boleh tahan pembohong juga Anwar ye.. he he he..
Langgan:
Catatan (Atom)

